Premier League 2022/23: Arsenal Kalah Bermaruah Di Tangan Pasukan Disiasat Kerana Penipuan

Ianya bukan hari yang baik buat Arsenal. Di mana mereka telah kalah di tangan pasukan Manchester City di tempat sendiri.

Lebih memeritkan, Arsenal masih tidak menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka pada ketika ini.

Detik terburuk Arsenal musim ini, setakat ini.

Arsenal yang mengibarkan bendera harapan kejuaraan telah kalah di tangan Manchester City dengan cara sangat bermaruah.

Manchester City berdepan minggu minggu sukar sebelum ini, dengan kelab itu disiasat kerana disyaki melakukan penipuan dalam urus tadbir kewangan.

Premier League mengenakan lebih 100 pertuduhan ke atas Manchester City.

Namun tekanan itu berjaya diatasi Manchester City. Dengan mereka berjaya mencipta satu lagi kemenangan selepas menewaskan Aston Villa.

Lawan mereka kali ini Arsenal, pasukan yang dalam landasan terbaik untuk menjulang kejuaraan liga lalu merampasnya daripada Manchester City.

Arsenal melakukan ancaman pertama dalam perlawanan ini daripada Nketiah yang dianggap penyerang luar biasa pada ketika ini di Arsenal, sambil ada lagu khas:

Namnun Nketiah gagal menyudahkan peluang tersebut selepas Ake menghadangnya.

4 minit kemudian, Jorginho melakukan kesilapan yang hampir sahaja dihukum oleh Riyad Mahrez.

Pada minit ke-23, Manchester City akhirnya di hadapan menerusi pemain veteran, Kevin De Bruyne. Berpunca daripada kesilapan Tomiyasu yang melakukan hantaran lemah, De Bruyne merampas bola tersebut dan menewaskan Aaron Ramsdale.

Tetapi Arsenal tidak berdiam diri, sebelum tamat separuh masa, Nketiah dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Terdapat juga pertikaian tentang penalti itu. Dan kali ini peminat Arsenal merasakan bahawa pengadil adil dan VAR juga bijak saksama.

Pengadil memberikan penalti tersebut. Ederson cuba bermain perang saraf dengan Saka dan mengarahkan pemain itu melakukan sepakan ke arah yang dia mahu.

Saka menuruti permintaan itu dan Ederson menanggung malu kerana gagal menyelamatkannya, kerana dia pergi ke arah satu lagi.

Separuh masa kedua bersambung. Dengan Manchester City menaikkan lagi intensiti permainan.

Berlaku detik Kevin De Bruyne menolak Mikel Arteta yang cuba mengganggu permainan.

De Bruyne malah memberikan amaran kepada Arteta agar tidak membuat benda benda bodoh seperti itu lagi.

Tidak lama kemudian Man City dihadiahkan sepakan penalti selepas Gabriel mengasari Erling Haaland.

Malangnya VAR mendapati Erling Haaland sudah terlebih dahulu ofsaid dan penalti dibatalkan.

Manchester City kemudian berada di hadapan menerusi gol cantik Jack Grealish.

Ianya selepas satu lagi kesilapan pertahanan Arsenal ketika fasa build up. Gabriel melakukan hantaran lemah yang dipintas De Bruyne, yang terus melorongkan kepada Gundogan. Pemain antarabangsa Jerman itu melakukan tolakan kemas kepada Grealish yang terus merembat rendah dan masuk.

Pada minit ke-68, Jorginho menjadi penyelamat Arsenal daripada dibolosi gol ketiga. Dia melakukan clearance penting.

Bekas pemain Manchester City, Zinchenko kemudian terhantar bola kepada De Bruyne yang terus mencari Haaland. Tetapi mujur Ramsdale kebal kali ini.

Ketika Arsenal sedang berusaha mencari gol penyamaan, Erling Haaland akhirnya menjadikan kedudukan 3-1 buat Man City.

Ianya daripada satu permainan pantas City dalam kotak penalti dan akhirnya Haaland mendapat golnya.

Tamat perlawanan, Arsenal 1 Man City 3.

Juara bertahan, Manchester City kini memintas Arsenal untuk menjadi pendahulu carta liga menerusi kelebihan perbezaan jaringan.

Namun Arsenal masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

Barisan Pemain

Arsenal: Aaron Ramsdale; Takehiro Tomiyasu (Ben White 82′), William Saliba, Gabriel Magalhaes, Oleksandr Zinchenko; Martin Odegaard, Jorginho, Granit Xhaka (Fabio Vieira 82′) ; Bukayo Saka, Eddie Nketiah, Gabriel Martinelli (Leandro Trossard 76).

Manchester City: Ederson; Kyle Walker, Ruben Dias, Nathan Ake; Rodrigo, Bernardo Silva; Riyad Mahrez (Manuel Akanji 61′), Kevin De Bruyne (Kalvin Phillips 88′), Ilkay Gundogan, Jack Grealish (Phil Foden 77′); Erling Haaland.

BACA:  Rekod Kebanggan Maguire Bakal Dipadam Gvardiol Jika Lengkapkan Perpindahan Ke Man City