Premier League 2022/23: Chelsea 0-1 Arsenal

London Derby merupakan pertembungan menarik antara dua pasukan dari Kota London yang menemukan Chelsea dan Arsenal dalam usaha mereka untuk membirukan atau memerahkan Kota London.

Aksi panas sentiasa disajikan dari kedua-dua pasukan ini dan aksi panas dari pengurus mungkin tidak dapat dilihat dalam perlawanan ini kerana Mikel Arteta dan Graham Potter bukanlah pengurus yang agresif.

Antara perkara menarik dalam perlawanan ini adalah apabila Pierre-Emerick Aubameyang berpeluang membuktikan sesuatu menentang bekas kelabnya yang ditinggalkan dengan penuh kontroversi.

Pierre-Emerick Aubameyang telah dimulakan dari kesebelasan utama oleh Graham Potter dalam perlawanan ini.

Setakat musim ini, Arsenal merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan dengan 11 gol dalam 12 perlawanan dan tidak pernah bolos dalam tempoh yang sama.

Kemenangan adalah penting buat kedua-dua pasukan di mana Chelsea perlu menang untuk kembali ke kedududkan empat teratas bagi merebut slot Champions League.

Arsenal juga perlukan tiga mata untuk kembali gayat di puncak liga bagi memotong Manchester City.

Perlawanan bermula agak perlahan dan tidak rancak dengan pemain kedua-dua pasukan bermain dengan padat dan sendat memenuhi ruang dan menutup sebarang ancaman tapi Arsenal mendominasi.

Pada minit ke-10 peluang kedua Arsenal hadir namun rembatan Ben White sedikit tersasar dan tidak cukup untuk diterjemahkan sebagai gol.

Chelsea cuba memberi reaksi balas dan sukar masuk ke kotak Arsenal dengan hantaran silang yang padat dengan hampir kesemua pemain.

Granit Xhaka menamatkan tekanan dari Chelsea dengan satu tandukan kebelakang kepada Aaron Ramsdale.

Eduoard Mendy hampir menyajikan dunia dengan satu lagi aksi kelakar namun dalam kelam kabut, Mendy berjaya mengeluarkan bola dari situasi bahaya.

Pada minit ke-28, hantaran sedap Gabriel Martinelli gagal disambar kemas dengan sundulan terbang Gabriel Jesus sedikit sipi dan tersasar.

Selepas 40 minit permainan Arsenal berjaya menghasilkan tujuh percubaan tanpa sebarang tepat apatah lagi percubaan berbahaya dan kedudukan tanpa jaringan kekal hinggat tamat 45 minit pertama.

Arsenal lebih mengancam dan menguasai perlawanan tetapi tidak berbisa.

Selepas sejam permainan barulah hadirlah percubaan mengancam dari Arsenal selepas Thiago Silva hilang bola diasak Gabriel Jesus yang menemui Bukayo Saka.

Tanpa berlengah Bukayo Saka terus menolak bola kepada Jesus yang membawa bola masuk ke kotak dan melepaskan rembatan padu yang berjaya dihadang Eduoard Mendy.

Bola keluar, sepakan penjuru untuk Arsenal yang diambil Saka di mana bola hanya melalui semua pemain yang berada di dalam kotak walaupun cuba disentuh.

Mendy juga gagal menangkap lalu Gabriel Magalhaes datang dengan satu tolakan mudah dan tiada aksi menarik terhasil hingga tamat perlawanan.

Kekecohan terjadi apabila Granit Xhaka dan Chalobah terlibat dalam pertelingkahan yang hampir mencetuskan pergaduhan di penghujung perlawnaan.

London Derby ini tidaklah menyajikan aksi menarik dan padu tetapi gol tunggal Gabriel Magalhaes cukup untuk Arsenal mencatatkan kemenangan.

Tiga mata berharga diraih Arsenal untuk kembali memintas Manchester City di puncak liga dan impian Arsenal untuk bergelar juara masih lagi di landasan yang benar.

Kesebelasan Utama Chelsea (4-2-3-1) : Mendy; Azpilicueta, Chalobah, Thiago, Cucurella; Loftus-Cheek, Jorginho; Sterling, Havertz, Mount; Aubameyang.

Pemain Simpanan : Bettinelli, Koulibaly, Gallagher, Hall, Kovacic, Zakaria, Pulisic, Ziyech, Broja.

Kesebelasan Utama Arsenal (4-1-4-1) Ramsdale; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Partey; Saka, Odegaard, Xhaka, Martinelli; Jesus.

Pemain Simpanan : Turner, Tierney, Holding, Cedric, Lokonga, Elneny, Vieira, Nelson, Nketiah.

Pengadil Perlawanan : Michael Oliver.

BACA:  Klopp Tidak Gembira Dengan 'Terjunan' Salah Ketika Tumpas Di Tangan Chelsea