Arsenal berpeluang untuk merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris minggu ini dari Liverpool ketika mereka melayan kunjungan West Ham di Emirates.
Calon juara EPL 2023/24 ini sebelum ini menimbulkan kegentaran awam di kalangan peminat lawan mereka selepas berjaya mengikat Liverpool 1-1. Salah satu daripada caranya adalah dengan pertahanan beraura tinggi oleh Declan Rice.
Rice mengetuai bahagian tengah Arsenal berdepan majikan lamanya.
Seperti dijangka, Arsenal terus bermula garang. Ibarat aksi kumpulan rock di atas pentas. Mereka mendapat peluang gol sejak awal namun tidak disudahkan.
Sebaliknya, mereka dikejutkan dengan gol pembukaan oleh West Ham menerusi Tomas Soucek minit ke-13.
Gol itu sebenarnya sangat kontroversi kerana bola dilihat sudah terkeluar daripada kawasan permainan. Dan sekali lagi VAR cuma membuta tuli apabila melibatkan Arsenal. Sama seperti peristiwa ketika mereka menentang Newcastle United.
ππ'π¬ π‘ππ©π©ππ§ππ ππ ππ’π§ π¬
Arsenal concede, but thought the ball had gone out of play. The referee gives the goal, but VAR can't find a good enough angle to rule it out β the goal stands π π ββοΈ pic.twitter.com/qfVP3ceSvt
β OneFootball (@OneFootball) December 28, 2023
VAR tidak dapat mengesahkan bahawa bola itu benar benar sudah terkeluar daripada kawasan permainan. Dan akhirnya gol diberikan kepada pasukan bimbingan David Moyes, bekas pengurus Manchester United.
Ramai peminat Arsenal mengamuk menyalahkan VAR sebagai punca pasukan mereka berpotensi kehilangan mata dalam perlawanan ini.
VAR when Arsenal are playing π€‘ pic.twitter.com/r96jg8Rqh2
β Gooner Chris (@ArsenalN7) December 28, 2023
Dan peminat Arsenal yakin bahawa VAR benar benar benci dengan Arsenal.
VAR hates Arsenal. Clearly out. Happened twice this season. pic.twitter.com/H6lxnwUcfC
β Niall (@niallmoran_) December 28, 2023
VAR merompak Arsenal sekali lagi kata seorang peminat mereka.
VAR robbing Arsenal again pic.twitter.com/daTXnRFYpp
β Wikky π΅π± (@afcwikky) December 28, 2023
Arsenal mengasak dan terus mengasak. Mereka mendapat peluang menerusi rembatan Bukayo Saka yang terkena tiang. Kemudian Odegaard turut melakukan ancaman bahaya ke gawang West Ham.
Separuh masa pertama, Arsenal ketinggalan 0-1 di belakang West Ham.
Pada separuh masa kedua, Arsenal mendapat peluang gol menerusi rembatan deras Declan Rice. Namun tidak menerjah gawang.
West Ham kemudian sekali lagi di hadapan pada minit ke-55. Kali ini menerusi gol oleh bekas pertahanan Arsenal sendiri iaitu, Konstatinos Mavropanos yang menanduk masuk sepakan penjuru James Ward Prowse.
Setelah berjuang dengan sepenuh hati dan tenaga, Arsenal masih gagal untuk mendapatkan gol dalam perlawanan ini.
Dan pada masa kecederaan, Declan Rice memberikan penalti kepada bekas pasukannya. Namun malangnya Benrahma gagal menyempurnakannya.
Dengan kegagalan itu bermakna, Arsenal cuma kalah 0-2 di tangan West Ham.
Kemenangan ini bermakna West Ham memintas Man United untuk menduduki tangga keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Sementara itu Arsenal gagal memintas Liverpool untuk kekal di tangga kedua. Ini juga kekalahan pertama Arsenal di Home musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.