Premier League 2024/25: Menang Ke Atas Pasukan Baru Naik Pangkat, Liverpool Pintas Manchester United

Liverpool memulakan musim 2024/25 dengan kemenangan ke atas pasukan kerdil yang baru sahaja naik pangkat iaitu Ispwich Town. Kemenangan itu membolehkan Liverpool merasa duduk di atas Man United buat seketika musim ini.

Liverpool akhirnya memulakan era Arne Slot secara rasmi di atas padang. Lawan mereka adalah pasukan yang dibimbing oleh pengurus yang pernah menjadi calon menggantikan Erik Ten Hag sebelum ini.

Kieran McKenna bagaimanapun memutuskan untuk terus kekal bersama kelab semasanya kerana dia mahu memastikan kariernya benar benar stabil terlebih dahulu.

Liverpool memulakan perlawanan dengan baik, namun kemudian mereka dilihat agak bermasalah berdepan dengan pasukan yang bermain dengan tekanan di garisan tinggi.

Peminat peminat Ipswich Ton benar benar gembira dan bersemangat melihat prestasi pemain pemain mereka di atas padang. Berdepan dengan juara eropah enam kali itu.

Liverpool malah hampir ketinggalan di belakang dalam beberapa kali. Namun nasib masih memihak kepada Liverpool. Dengan Alisson Becker kelihatan resah di belakang gol melihat gelombang serangan Ipwsich.

Skuad bimbingan Arne Slot itu akhirnya di hadapan menerusi gol Diogo Jota. Dia telah menerima hantaran daripada Mohamed Salah. Dengan ruang terbuka seperti itu, sesiapa sahaja boleh mencetak gol. Jadi tidak hairanlah pemain yang mewakili Portugal di Euro 2024 itu mencetak gol.

Dia gembira sekali meraikan gol tersebut dengan keraian gol yang luar biasa.

Seterusnya, giliran Mo Salah pula mencetak gol kedua. Menjadikan dia pemain yang sentiasa mencetak gol atau assist untuk pasukannya selama 8 musim berturut turut. Salah menyambar hantaran kepadanya di hadapan penjaga gol.

Pada masa kecederaan, Mohamed Salah memiliki peluang menambah gol. Namun rembatannya dinafikan oleh penjaga gol lawan.

Jelas sekali Liverpool hanya mampu menang 2-0 ke atas Ipswich Town. Dan mereka memintas juara  hari pertama EPL, Manchester United.

Barisan pemain:

Kesebelasan utama Ipswich Town: Walton; Tuanzebe, Woolfenden, Greaves; Davis, Morsy, Luongo, Burns; Chaplin, Hutchinson; Delap

Simpanan Ipswich Town: Slicker, Johnson, Burgess, Townsend, Phillips, Taylor, Szmodics, Harness, Al-Hamadi

Kesebelasan utama Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Quansah, Van Dijk, Robertson; Gravenberch, Mac Allister; Salah, Szoboszlai, Diaz; Jota

Simpanan Liverpool: Kelleher, Konate, Tsimikas, Bradley, Endo, Jones, Elliott, Gakpo, Nunez

Artikel berkaitan: VIDEO: Penyokong United Buat Perarakan Pancaragam Dan Keraian Juara Hari Pertama EPL 2024/25

Peminat Manchester United cawangan Uganda meraikan kejayaan mereka menjadi ‘juara’ hari pertama Liga Perdana Inggeris dengan perarakan besar besaran di sekitar bandar mereka.

Man United berjaya menewaskan Fulham pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris dan menjadi pasukan tempat pertama pada hari pertama EPL pada Jumaat. Memandangkan hanya 1 perlawanan sahaja pada Jumaat dalam aksi EPL itu.

Pemain baharu mereka, Joshua Zirkzee menjadi wira kemenangan Manchester United dengan gol kemenangan pada separuh masa kedua selepas masuk dari bangku simpanan.

Saksikan kegembiraan yang tidak terkira oleh peminat Manchester United di Uganda. Mereka benar benar teruja kerana United menjadi juara hari pertama EPL musim ini.

Sebelum sepak mula peminat peminat United Uganda sempat mengadakan acara pancaragam dengan lengkap dengan pasukan pemuzik.

Ianya sebagai sokongan tidak berbelah bagi kepada bakal juara EPL musim 2024/25 itu.

Gol tunggal oleh Joshua Zirkzee memastikan Manchester United menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2024/25. Mereka masih ada baki 37 perlawanan sahaja lagi untuk menjadi juara.

Pemain yang baru dibeli itu menunjukkan betapa tajamnya di hadapan gol ketika menerima hantaran daripada rakannya. Zirkzee masuk dari bangku simpanan untuk menjadi wira kemenangan  Manchester United.

Skuad bimbingan Erik Ten Hag turun dengan kesebelasan utama tanpa penyerang tulen, di mana Bruno Fernandez bermain sebagai false nine dalam perlawanan ini.

Ten Hag turut menurunkan Mazraoui sebagai pemain kesebelasan utama. Dan pemain ity benar benar cemerlang dalam debutnya.

Seorang lagi pemain yang baru dibeli oleh Manchester United, Matthijs De Ligt juga mempamerkan aksi sangat cemerlang untuk memastikan Man United tidak bocor.

United memulakan perlawanan dengan agak perlahan. Namun selepas 15 minit perlawanan, Manchester United berjaya mendominasi perlawanan dengan sebaiknya.

Fulham mulai hilang arah dan diselamatkan oleh wisel separuh masa.

Pada separuh masa kedua, kemasukan Alejandro Garnacho memberikan impak lebih besar di atas padang. Pemain itu yang menjadi salah seorang pemain terbaik di EPL musim lalu, telah memberikan impak walaupun pada masa kecederaan dia mempersia siakan peluang di hadapan gol.

Kemasukan pemain penyerang baharu United iaitu Joshua Zirkzee ternyata memberikan impak yang sangat luar biasa. Pemain yang dibeli dengan nilai £45 juta itu tidak menunggu lama untuk membuka akaun golnya bersama The Reds Devils.

Dia menyambar bola hantaran rendah dalam keadaan sangat sukar untuk memenangi bola tersebut dengan beberapa pemain pertahanan berada di sekitarnya.

Zirkzee memulakan gerakan itu dengan menghantar bola kepada Marcus Rashford. Kemudian Marcus Rashford menolak bola kepada Alejandro Garnacho yang terus menghantar bola lintang rendah yang disambar oleh Zirkzee.

Leno berjaya membaca bola itu namun gagal untuk memberikan respon lebih pantas. Dan akhirnya Man United mendapat 3 mata yang selayaknya mereka menangi.

Kejayaan ini meletakkan Manchester United sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris pada ketika ini. Man United masih ada baki 37 perlawanan lagi untuk memastikan mereka berjaya membawa pulang EPL sekali lagi ke Old Trafford sejak sekian lama.

BACA:  Darwin Nunez Tutup Mulut Pengkritik Dengan Meledak 4 Gol Bertemu RB Leipzig