Koeman Tidak Senang Gravenberch Utamakan Liverpool Sehingga Abaikan Tanggungjawab Kepada Skuad Kebangsaan

Bintang baharu Liverpool Ryan Gravenberch menimbulkan kemarahan dan rasa kurang senang pengurus Belanda Ronald Koeman dan barisan kejurulatihan lain kerana menolak panggilan menyertai pasukann negaranya.

Gravenberch baru-baru ini melengkapkan perpindahan bernilai £34 juta dari Bayern Munich ke Liverpool pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Pemain itu tidak berada di dalam senarai pemain skuad Belanda yang akan berhadapan Greece dan Republic Ireland untuk pusingan kelayakan Euro 2024.

Bagaimanapun sebab sebenar pemain itu tidak berada di dalam senarai tersebut adalah berpunca daripada pemain itu sendiri.

Menolak untuk menyahut panggilan menyertai skuad kebangsaan negaranya, pemain yang memiliki 11 caps antarabangsa bersama Belanda itu bagaimanapun memilih tempoh jendela perlawanan antarabangsa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya di Liverpool.

Liverpool tidak akan beraksi sehingga 16 September hadapan sepanjang tempoh tersebut, dan pilihan Gravenberch menyebabkan Koeman dan pasukan kejurulatihan Belanda tidak senang dengan sikap pemain iti.

“Kami tidak gembira mengenai perkara ini. Nigel de Jong ada menghubungi dia,” kata Koeman.

“Jurulatih skuad B-21 Belanda Michael Reiziger turut mempunyai pendapat yang sama dan menyifatkan tindakan Gravenberch memilih memberi keutamaan kepada kelab – alasan menyesuaikan diri – sebagai tidak bijak.

“Saya tidak berpendapat ia keputusan yang betul. Saya berterus terang saja dengan dia. Saya benar-benar berpendapat ia tindakan kurang bikak,” kata bekas pemain pertahanan Ajax dan Barcelona itu.

“Untuk skuad kebangsaan dan untuk negara anda harus memberikan sepenuh hati. Bukan pakai kepala saja. Anda harus benar-benar mahu berada di sini.

“Perkara ini amat penting pada saya. Dia membuat pilihan untuk berada di Liverpool untuk menyesuaikan diri. Saya kenal Ryan. Dia adalah pemain yang baik, tetapi kini membuat keputusan yang salah.

“Jika anda dipanggil bermain untuk negara, itu adalah satu penghormatan. Itu sepatutnya membuatkan anda rasa bangga.

“Perkara ini tidak terhad kepada sesiapa. Semua harus rasa begitu, bukan saja Ryan,” tambahnya lagi.

BACA:  Mourinho: Frank De Boer Pengurus Paling Teruk Dalam Sejarah Liga Perdana Inggeris