Barcelona mengejutkan ramai pemerhati bola sepak dunia apabila mereka telah berbelanja sakan dalam jendela perpindahan pada tahun ini tatkala kelab tersebut dilanda masalah kewangan yang membawa kepada kemuflisan.
The Blaugrana telah berjaya mendapatkan beberapa pemain berstatus bintang seperti Raphinha yang dibeli dari Leeds pada harga £50 juta, dan juga Robert Lewandowski yang dibeli pada harga yang sama dari Bayern Munich.
Mereka juga telah berjaya memotong Chelsea pada minit terakhir apabila berjaya memujuk pertahanan, Jules Kounde dari Sevilla, untuk sertai kelab Catalan itu pada harga 65 juta Euro.
Welcome to the fam, @jkeey4 💙❤️ pic.twitter.com/IfbaZcmaGc
— FC Barcelona (@FCBarcelona) August 3, 2022
Selain itu, mereka juga telah berjaya memancing pemain secara percuma mengikut peraturan Bossman dengan mendapatkan Franck Kessie dan Andreas Christensen.
Tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan pemain-pemain yang disebutkan mampu menambah kualiti pasukan ke satu tahap yang lebih tinggi. Tetapi menurut satu laporan berita daripada SPORT, presiden Barcelona Joan Laporta difahamkan masih belum puas dengan urusan perpindahan pemain dan kini dia mahu berbelanja lebih besar untuk mendapatkan seorang lagi pemain berprofil tinggi sebelum jendela perpindahan ditutup.
Laporan tersebut mengatakan bahawa kedua-dua pihak, Joan Laporta dan pengurus pasukan, Xavi Hernandez, masih belum berpuas hati dengan keadaan pasukan yang sedia ada dan percaya bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam usaha mereka untuk kembali meletakkan Barcelona sebagai juara Sepanyol dan ke puncak peta bola sepak Eropah.
Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Laporta kini dilaporkan sedang membuat persiapan untuk mendapatkan bintang Manchester City, Bernardo Silva.
Pemain Portugal berusia 27 tahun itu sememangnya sudah lama menggamit minat Barcelona tetapi kelab tersebut tidak dapat melakukan sebarang tindakan kerana masalah kewangan yang dihadapi.
Walaubagaimanapun, hasrat untuk mendapatkan bekas pemain AS Monaco tersebut dilihat akan menemukan jalan bercahaya memandangkan secara tiba-tiba Barcelona dilihat bagaikan mendapat wang yang turun dari langit.
Laporta tells @CBSSportsGolazo on Bernardo Silva to Barcelona: "Bernardo, very good player. I've to respect that he belongs to Manchester City". 🔵 #MCFC
"We have some friends there, like Pep Guardiola, Txiki Begiristain and Al Mubarak. There are a lot of people I know". #MCFC pic.twitter.com/m38fZUcMBr
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 29, 2022
Bagi pihak Manchester City pula, mereka pasti akan memberikan tekanan kepada Barcelona di mana sebelum ini mereka telah meletakkan tanda harga 100 juta Euro kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk mendapatkan pemain ini. Akan tetapi, Silva sendiri dipercayai mempunyai keinginan untuk berpindah ke Camp Nou dan mungkin akan membuka pintu kepada kemungkinan perpindahan.
Pun begitu, jika Barcelona tetap berhasrat untuk mendapatkan Silva, mereka pasti perlu menjual pemain tengah yang menjadi sasaran Manchester United dan Chelsea, Frenkie De Jong.
Selain untuk mendapatkan secebis dana untuk membayar Manchester City, mereka juga perlu mengosongkan sedikit ruang dan belanjawan gaji, supaya mereka dapat mendaftarkan Silva dengan jayanya, melainkan Barcelona berhasrat untuk mendapatkan wang dengan cara yang lain pula.
Sebelum ini, Laporta dikhabarkan berkata bahawa De Jong bukan untuk dijual.
Joan Laporta berkata,”Frenkie De Jong adalah pemain Barcelona. Kami tidak mahu menjualnya melainkan kami tidak mempunyai pilihan lain.
“Memanglah, ada tawaran untuk membeli De Jong, tapi kami tak nak jual. Ada kelab lain yang nak beli dia juga, bukan United sahaja. Kita tak ada niat pun nak jual dia, dia pun nak kekal.
“Frenkie ni kalau nak kira merupakan antara pemain tengah tebaik di dunia menurut kesemua pakar bola sepak. Kita kat sini pun gembira dapat pemain macam dia.
“Saya akan buat segala yang termampu di dalam bidang kuasa saya supaya Frenkie kekal di sini.
“Tapi pada masa yang sama kita ada masalah gaji, tapi yang tu boleh kawtim,” ujarnya.
Joan Laporta tells @carodelas: "Frenkie de Jong is our player, we really like him. We received some offers for Frenkie but we didn't accept as of now, as we want to talk with him and know exactly what he wants" 🚨🇳🇱 #FCB
"We need to clarify some aspects of his situation". #MUFC pic.twitter.com/TM1hwyHzVu
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 24, 2022
Kini Barcelona ingin memotong gaji pemain ini pula jika dia ingin kekal – satu syarat yang tidak dapat tidak, perlu dipersetujui oleh De Jong sendiri. Malah sebelum ini, kelab juga telah memotong gajinya, untuk kadar sementara, tatkala mereka berhadapan situasi kewangan yang tidak menentu gara-gara pandemik Covid-19.
Legenda Manchester United, Gary Neville, sebelum ini telah mengecam Barcelona berkenaan layanan mereka terhadap De Jong. Dia telah menciap;
“De Jong patut ambil tindakan undang-undang terhadap Barcelona dan semua pemain patut menyokongnya.
“Kelab tu belanja besar membeli pemain baru tapi tak bayar pemain yang ada kontrak dalam pasukan dengan bayaran penuh dan ini adalah tindakan yang tidak bermoral dan satu kebejatan. FIFPro patut hentikan tindakan buli ini.”
Sumber : AF