Berapakah Kerugian Barcelona Jika Tersingkir Dari UCL?

Berapakah kerugian yang akan dialami oleh Barcelona yang berbelanja sakan jika terkeluar dari Champions League?

Barcelona kini diambang bahaya apabila berada dalam kedudukan berkemungkinan besar untuk tidak lepas peringkat kumpulan di saingan Champions League musim ini.

Kegagalan Barcelona untuk menewaskan Inter Milan dalam saingan kumpulan C pada malam Rabu lalu boleh membawa kesan kewangan yang teruk kepada kelab yang sedang bergelut itu.

Selepas seri dramatik 3-3 malam tadi di Nou Camp, pasukan Itali itu boleh menyingkirkan Barcelona daripada pertandingan jika mereka menewaskan lubuk mata kumpulan, Viktoria Plzen di San Siro minggu depan.

Penerbitan Sepanyol Mundo Deportivo telah membuat kira-kira berapa banyak kerugian yang bakal dialami Barcelona dari segi kewangan, melainkan mereka mampu memenangi dua perlawanan terakhir mereka dan bergantung harap kepada keputusan pasukan lain.

Setakat ini, Barcelona telah meraih hampir €19 juta (RM84.14 juta) di mana €15.6 juta (RM71.55 juta) diraih kerana bermain di peringkat kumpulan.

Barcelona meraih €2.8 juta (RM12.84 juta) selepas mencatatkan kemenangan ke atas Viktoria Plzen dan seri menentang Inter Milah hanya memberi pulangan €930,000 (RM4.23 juta) sahaja.

Pasukan yang mara ke pusingan 16 Champions League akan mendapat bayaran tetap dari UEFA sebanyak €9.6 juta (RM44.03 juta) dan berjaya ke suku akhir akan meraih €10.6 juta (RM48.61 juta).

Barcelona telah menyasarkan untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir dalam saingan Champions League musim ini dan kini hanya mengharapkan keajaiban untuk lepas.

Jika gagal ke pusingan kalah mati bermakna Barcelona akan kerugian sebanyak €20.2 juta (RM92.64 juta) minima dan kerugian Barcelona tidak akan berakhir disitu sahaja.

Kelab Catalan itu juga bakal kerugian pendapatan dari segi coefficient, hak penyiaran televisyen dan juga mungkin perjanjian bersama penaja.

Pada kebiasaannya. ada penaja akan memberi bayaran penajaan berdasarkan prestasi pasukan, makin jauh pasukan mara makin bertambah bayaran diterima.

Penajaan jersi dan penaja utama di dada jersi biasanya adalah tetap dan tidak terkesan dengan prestasi di padang.

Pasukan yang mara ke separuh akhir akan mendapat €12.5 juta dan, jika mereka mara ke final, €15.5 juta lagi menanti. Pemenang Liga Juara-Juara boleh menerima sehingga €4.5 juta tambahan.

Real Madrid, dalam kes ini, menerima sekitar €52.7 juta kerana memenangi Piala Eropah musim lalu hanya dengan mengambil kira jumlah bayaran tetap, angka itu boleh meningkat kepada hampir €75 juta hasil daripada pendapatan yang lain.

Jika Barcelona menamatkan saingan ditempat ketiga maka seperti musim lalu, mereka akan beraksi di Europa League di mana perlawanan akhir akan menjadi milik Manchester United dan Arsenal.

Jika dimainkan lagi buah kalau Barcelona muncul juara Europa League sekalipun mereka tetap akan mengalami kerugian kerana juara Europa League hanya akan meraih sekitar £13 juta (RM69.10 juta) sahaja.

Apa Perlu Dilakukan Barcelona untuk Layak?

Secara matematiknya peluang untuk Barcelona mara masih ada walaupun kebarangkaliannya amat rendah dan tipis namun dalam bola sepak segalanya mungkin untuk terjadinya keajaiban.

Ketika ini selepas 4 perlawanan Barcelona hanya mengutip 4 mata sahaja. Menang ke atas Viktoria Plzen, kalah kepada Bayern Munich serta kalah dan seri kepada Inter Milan.

Bayern Munich sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan kalah mata dan Inter Milan pula hampir mustahil untuk tidak layak yang sudah meraih 7 mata.

Maka apakah yang perlu dilakukan oleh Barcelona?

Barcelona kini hanya perlu mencatatkan dua kemenangan atau satu menang dan satu seri dalam dua perlawanan berbaki menentang Bayern Munich dan juga Viktoria Plzen sambil mengharapkan Inter Milan kalah baki dua perlawanan mereka.

Ketika ini Inter Milan hanya memerlukan satu kemenangan sahaja dan lawan seterusnya adalah Viktoria Plzen. Inter Milan menang maka tiada peluang Barcelona berdasarkan peraturan head-to-head.

Jadi kau rasa masih ada sinar buat Barcelona?

BACA:  [VIDEO] Messi Terus Cemerlang, Kali Ini Jaringkan Gol Menerusi Sepakan Percuma 'Panenka'