Pemain Barcelona Bengang Dengan Joan Laporta

Pemain Barcelona dilaporkan bengang dengan karenah presiden kelab, Joan Laporta yang terus mengkritik pemainnya kerana tidak mahu dikenakan potongan gaji bagi melunaskan nafsunya berbelanja.

Pasukan Catalan itu telah dilanda masalah kewangan besar di luar padang dan terpaksa tergesa-gesa untuk mendaftarkan pemain pembelian musim panas mereka kerana mereka bergelut dengan had Financial Fair Play.

Laporta menggunakan Perhimpunan Ahli (Members’ Assembly) untuk meminta pemain seperti Frenkie De Jong dan beberapa pemain senior lain mengurangkan gaji mereka.

Menurut laporan Helena Condis melalui Cope, beberapa pemain bintang kelab, termasuk Sergio Busquets dan Gerard Pique, dikatakan telah mengambil pengecualian kepada komen presiden berusia 60 tahun itu.

Pemain seperti Gerard Pique dan Jordi Alba telah secara terbuka mengambil potongan gaji untuk membantu kelab, dengan ahli lembaga juga perlu memotong gaji mereka supaya kelab boleh mendaftarkan pembelian musim panas Jules Kounde di La Liga.

Dilaporkan bahawa pemain Barcelona mula berang dengan pendekatan Laporta menjelang minggu penting dalam musim kelab dengan perlawanan menentang Inter Milan di Liga Juara-Juara.

Selain itu perlawanan El Clasico menentang Real Madrid juga menjelang tiba dalam pertembungan dua pasukan teratas yang ditunggu-tunggu dunia bola sepak pada hujung minggu.

Laporta masih lagi mengkritik pemain yang tidak mahu menerima potongan gaji dan berkata:

“Kami telah mencubanya dengan beberapa pemain dan bukan sahaja ia tidak keluar tetapi kami terpaksa menjamin £8.8 juta yang [kami] kurang.”

“Jika ada pengurangan gaji beberapa pemain, jaminan itu tidak sepatutnya dibuat, kami menerimanya dengan semangat kesukanan.”

Kritikan Laporta itu jelas ditujukan kepada ketua pasukan, Sergio Busquets dan Frenkie De Jong yang menolak menerima potongan gaji sekaligus menyukarkan pendaftaran Kounde.

Kerana keengganan Sergio Busquets dan Frenkie De Jong, Barcelona terpaksa mencagar aset kepunyaan ahli lembaga termasuklah Laporta sebanyak £8.8 juta sebagai jaminan.

Pandai pula Laporta marah bila ahli lembaga dan dia kena keluar duit sendiri kena cagar aset sebagai jaminan, masa potong gaji pemain sedap je. Tak nak potong maki.

Walaupun ramai pemain sudah bersetuju untuk menerima potongan gaji, Laporta masih lagi merungut dan menyalahkan pemain ketika minggu penting sudah tiba sekaligus mengganggu keharmonian pasukan.

Laporta menyatakan bahawa mereka tidak pernah memaksa pemain menerima pemotongan gaji tetapi kritikan terus dilemparkan Laporta kepada pemain yang menolak. Gila.

Barcelona menandatangani Kounde, Raphinha, Robert Lewandowski, Franck Kessie, Andreas Christensen, Hector Bellerin dan Marcos Alonso dalam jendela perpindahan musim panas yang sangat sibuk.

Mereka berlumba-lumba untuk mendaftarkan pemain tepat pada masanya untuk permulaan musim baru, dan berjaya dengan semua kecuali Kounde, yang kini berjaya didaftarkan juga.

Laporta juga menjual 10 peratus wang hak TV masa depan kepada firma pelaburan Amerika Sixth Street Partners dalam perjanjian bernilai £176 juta.

Pengurus Bayern Munich Julian Nagelsmann berkata pada musim panas:

“Ia satu-satunya kelab di dunia yang tidak mempunyai wang tetapi yang membeli semua pemain yang mereka mahukan.”

Pemenang Liga Juara-Juara lima kali itu juga dilaporkan cuba memaksa beberapa pemain keluar dari kelab untuk menjimatkan wang, seperti de Jong dan legenda kelab Gerard Pique.

Mereka kehilangan Lionel Messi musim panas lalu kerana isu mengenai gajinya, walaupun laporan menunjukkan mereka berminat untuk membawanya kembali ke kelab.

Barcelona kini menduduki tangga teratas LaLiga, mendahului saingan Real Madrid dengan perbezaan gol dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan mereka setakat ini.

BACA:  Barcelona Masih Merayu Agar Koeman Terima Pengurangan Pampasan