Menurut laporan oleh AS, Kylian Mbappe masih mempunyai masa sehingga 31 Julai tahun hadapan untuk mengaktifkan klausa tambahan kontrak setahun bersama PSG untuk kekal sehingga 2025.
Walaupun demikian Mbappe secara terbuka menyatakan beliau enggan berbuat demikian dan nekad untuk meninggalkan kelab Ligue 1 itu sebagai ejen bebas pada penghujung musim 2023/24.
Ini adalah untuk merealisasikan impiannya menyarung jersi Real Madrid selepas perpindahannya ke kelab itu gagal direalisasikan pada penghujung musim lalu.
🚨 PSG want €250m + €50m add ons for Kylian Mbappé, while Real Madrid are willing to offer €200m + €20m bonuses! 💰
Mbappé’s mother/agent has spoken with Real Madrid over several months and is now negotiating with the Emir of Qatar to close the deal as soon as possible.… pic.twitter.com/dJHibG6YEF
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 25, 2023
Menyedari situasi tersebut, PSG dilaporkan telah memaklumkan kepada Fayza Lamari (ibu Mbappe) – juga ejen kepada pemain itu – mengenai perancangan kelab.
Mbappe kini diberikan tempoh seminggu untuk membuat keputusan untuk menyambung kontrak bersama kelab itu atau akan diletakkan di dalam senarai pemain untuk dijual.
Bagaimanapun PSG bersetuju untuk memberikan potongan harga untuk mana-mana kelab yang mahu mendapatkan pemain itu.
Baki kontrak Mbappe bersama PSG dikatakan bernilai €300 euro. Sebelum in PSG dikatakan hanya akan menjual Mbappe sekiranya ada kelab sanggup menebus nilai kontrak tersebut dengan harga €250 juta.
🚨 WORLD #EXCLUSIVE : KYLIAN MBAPPE will play for Real Madrid NEXT SEASON.
⚪ PSG is FULLY determined to sell the French player to Real Madrid NOW.
PSG will ask Real Madrid for an offer of more than 200M €. They expect a POSITIVE answer from Real Madrid.#Mercato #Mbappe pic.twitter.com/OF6GpWY2cl
— Claude Martin (@claude_martin12) June 25, 2023
Menyedari jumlah tersebut masih tinggi dan sukar untuk dipenuhi oleh Real Madrid atau kelab-kelab lain yang berminat, PSG kini bersedia untuk membenarkan Mbappe meninggalkan kelab itu sekiranya ada kelab sanggup membayar €225 juta.
Mbappe menyertai PSG secara pinjaman daripada AS Monaco pada 2017 sebelum menjadi pemain remaja termahal dunia apabila PSG membayar €145 juta, sebelum menambah €35 juta untuk menandatangani pemain itu secara tetap setahun selepas itu.
Sebelum meninggalkan PSG, Lionel Messi turut menasihatkan Mbappe mencari kelab lain untuk mengembangkan karier dan cita-citanya di dalam bola sepak.