PSG Pertimbang Lepaskan Mbappe Dan Mahu Tandatangani Bintang Everton Sebagai Pengganti

Paris Saint Germain dilaporkan sedang dalam usaha mereka untuk mempertimbangkan kebarang kalian untuk menjual Kylian Mbappe pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain kebangsaan Perancis itu dilaporkan telah menolak tawaran lanjutan kontrak selama lima tahun dari kelab pada bulan ini.

Menurut laporan dari RMC, selepas Kylian Mbappe menolak tawaran lima tahun dari kelab, PSG telah mengumumkan yang mereka bersedia untuk mendengar tawaran dari mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain muda itu.

Sejak Mbappe kembali ke ibu kota Paris selepas selesai tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Perancis dalam saingan Euro 2020, terdapat banyak laporan yang mengaitkan beliau bakal meninggalkan kelab untuk sertai Real Madrid.

Beliau dikatakan tidak gembira di Parc des Princes pada ketika ini dan sudah memasang tekad untuk meninggalkan kelab.

RMC juga turut mendedahkan yang PSG kini sedang dalam usaha mereka untuk mempertimbangkan kebarang kalian untuk menjual Kylian Mbappe pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ia kerana mereka bimbang Kylian Mbappe akan pergi meninggalkan kelab pada tahun hadapan sebagai pemain berstatus free ejen.

PSG telah mengeluarkan dana bernilai £130.5 juta pada tahun 2018 untuk menandatangani Kylian Mbappe dan kerana itulah mereka tidak sanggup melepaskan pemain muda itu secara percuma sahaja.

Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa PSG sudah melakukan segalanya yang mereka mampu untuk memujuk Kylian Mbappe agar terus kekal bersama kelab.

Selepas pihak kelab menandatangani Lionel Messi, Gianluigi Donnarumma, Sergio Ramos, Achraf Hakimi dan Georginio Wijnaldum, mereka sangat berharap agar usaha itu bakal mampu memujuk Mbappe untuk kekal.

Namum sayangnya, Mbappe tidak termakan dengan pujukan itu dan tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu menandatangani perjanjian baru bersama kelab.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, terdapat laporan yang menyatakan bahawa ada sebuah kelab dari England yang namanya masih dirahsiakan, telah menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan pemain muda Perancis itu.

Walau bagaimanapun, Real Madrid sehingga kini masih lagi dianggap sebagai calon kegemaran yang dijangka akan berjaya untuk melengkapkan perpindahan Kylian Mbappe.

Jika Mbappe meninggalkan kelab dalam tempoh satu ke dua minggu ini, PSG sudah menamakan rakan senegara Neymar, Richarlison sebagai calon pengganti.

Walaupun kesemua rumours tentang Mbappe sedang berlegar-legar di media sosial, Mauricio Pochettino masih tetap memilih untuk menutup semuanya.

Ketika beliau ditanya tentang masa depan Mbappe pada minggu lalu, beliau menjawab:

“Saya rasa dia sangat bagus, dia berusaha keras untuk dapatkan persembahan terbaik musim ini. Seperti saya katakan beberapa minggu ini, Kylian merupakan pemain kami dan saya tak nampak mengapa beliau tidak akan ada di sini musim ini.”

“Waktu ini sudah lumrah dalam dunia bola sepak, banyak hal yang diperkatakan, ada hal yang berlaku dan ada yang tak pernah berlaku.”

“Antara hal terpenting adalah Kylian Mbappe sangat tenang. Dia ada baki setahun dalam kontrak dia, dia masih pemain PSG. Kami gembira dengan dia, dan dari apa saya lihat, dia juga gembira bersama kami.

Ramai yang mengatakan kelab Inggeris yang dimaksudkan dalam laporan RMC itu sebenarnya adalah Liverpool, dengan The Reds sebenarnya sangat berminat untuk mendapatkan khidmat bintang PSG itu.

Walau bagaimanapun, mengambil kira nilai Mbappe dan gaji yang akan beliau terima, sepertinya agak mustahil untuk beliau dikaitkan dengan Liverpool.

Kerana peminat bola sepak sedia maklum, Liverpool sememangnya tidak berminat untuk mengeluarkan dana yang terlalu besar untuk seorang pemain, apa lagi mahu mengeluarkan dana tambahan untuk menanggung gaji yang tinggi.

Chelsea antara kelab yang berkemampuan, namun mereka sudah menandatangani Lukaku dengan yuran perpindahan mega, maka agak mustahil untuk The Blues menghantar bidaan untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Manchester City dan Manchester United merupakan dua pasukan yang juga boleh dianggap berpotensi dan berkemampuan untuk melakukan hal itu, namun tidak pasti sama ada mereka atau memang benar-benar Liverpool yang menghantar bidaan untuk mendapatkan Mbappe.

Jendela perpindahan musim panas ini sepertinya semakin menarik untuk dinantikan dengan banyak hal-hal mengejutkan yang telah berlaku.

Menjelang beberapa hari lagi sebelum jendela perpindahan ditutup, segalanya boleh berlaku dan ia pasti menarik untuk disaksikan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ronaldo Rancang Kekal Bersama Real Madrid, Mahu Bermain Sehingga Umur 41