Ronaldo Rancang Kekal Bersama Real Madrid, Mahu Bermain Sehingga Umur 41

Bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkata beliau mahu terus kekal di Real Madrid kerana beliau sayangkan kelab dan bandar tersebut.

Masa depan Ronaldo sering menjadi bualan dalam akhbar tempatan di Sepanyol, dengan spekulasi mengatakan beliau mahu meninggalkan Los Blancos kerana kelab tidak mahu memenuhi permintaan beliau dalam tawaran kontrak terbaru.

Disebabkan wang KWSP yang tidak mencukupi, Ronaldo mahu terus bermain sehingga usia 41

Sumber dari Skysports turut melaporkan Real Madrid tidak bercadang untuk memenuhi tuntutan gaji yang tinggi diminta oleh Ronaldo berjumlah €50juta setahun. Ronaldo yang bakal menginjak usia 33 tahun bulan hadapan sering dikaitkan dengan kepulangan ke Manchester United, dengan Jose Mourinho berminat untuk kembali bekerjasama dengan Ronaldo.

Walaupun sering dikaitkan dengan kelab luar, Ronaldo menegaskan beliau masih gembira di Madrid, dan mengumumkan kesetiaannya terhadap Real Madrid.

“Sudah tentu, saya mahu terus kekal disini, saya sayangkan kelab ini. Saya gembira tinggal di Madrid. Saya tinggal di sini sejak 2009 dan saya sukakan cuaca dan masyarakat di sini.”

“Tambahan pula, Portugal agak dekat dari sini dan kamu boleh pergi ke sana dengan menggunakan kereta. Sepanyol merupakan negara yang sangat menakjubkan dan saya amat menyukainya.”

Kontrak Ronaldo bersama Real Madrid hanya akan tamat pada tahun 2021, tetapi Ronaldo berkata beliau mungkin perlu memikirkan kembali pelan asalnya kerana beliau mahu terus bermain sehingga umurnya mencecah 41 tahun.

Kalau tengok prestasi semasa, pasukan Ronaldo bakal dirogol Neymar n co bulan hadapan

“Perasaan saya ketika ini amat menakjubkan. Perasaan ini adalah apa yang saya mimpikan selama ini. Buat masa sekarang, rancangan saya adalah untuk bersara pada umur 41 tahun tetapi ia mungkin agak sukar untuk dicapai.”

“Saya tidak bercadang untuk menjadi jurulatih, tetapi seperti semua sedia maklum, manusia boleh mengubah fikiran. Tetapi buat masa sekarang, saya tidak mahu menjadi seorang jurulatih.”

Ronaldo tentunya perlu memikirkan bagaimana untuk mengubah nasib Real Madrid musim ini terlebih dahulu. Mereka baru sahaja disingkirkan oleh Leganes dalam Piala Copa Del Rey dan jauh ditinggalkan Barcelona dalam La Liga.

Apa yang tinggal untuk Real Madrid perjuangkan musim ini hanya Liga Juara-Juara, dan lawan mereka pada pusingan kalah bukanlah pasukan yang calang-calang, iaitu Paris Saint-Germain.

BACA:  6 Pengadil VAR Dipecat Selepas Insiden Perkauman Babitkan Vinicius Jr