Paris St-Germain (PSG) dilaporkan telah menghantar bidaan rasmi bernilai £42.8 juta untuk penyerang Atalanta, Rasmus Hojlund.
Hojlund adalah penyerang yang dikait rapat dengan perpindahan ke Old Trafford dan menjadi sasaran utama Erik Ten Hag untuk memperkuatkan jentera serangan skuad Setan Merah pada musim hadapan.
PSG bagaimanapun bertegas agar Atalanta menerima terus tawaran tersebut, atau abaikan sahaja dan tidak akan melakukan bidaan semula jika kelab Itali itu mahukan jumlah yang lebih tinggi.
Menurut laporan The Athletic, PSG berpendapat Atalanta menilai Hojlung dengan nilai yang tidak realistik dan bersedia untuk melupakan pemain itu jika bidaan tersebut tidak diterima.
PSG are offering Rasmus Hojlund a higher salary than #mufc, but the player has given priority to United [@DiMarzio] pic.twitter.com/OI9JJlY8tM
— utdreport (@utdreport) July 26, 2023
PSG bagaimanapun dikatakan telah melakukan perbincangan yang positif bersama penyerang itu untuk bersetuju dengan terma peribadi berkaitan.
Manchester United sebelum ini telah melakukan bidaan dengan jumlah yang sama pada Rabu lalu, tetapi tawaran tersebut turut datang dengan bayaran tambahan £8.5 juta dalam bentuk bayaran bonus untuk Hojlund.
Laporan turut mendedahkan United telah mencapai persetujuan untuk memenuhi semua terma peribadi lain bersama bintang dari Denmark itu.
Understand Manchester United sent 1st verbal proposal to Atalanta for Rasmus Højlund for €60m package 🚨🔴
Bid structure is €50m fixed fee plus €10m add-ons.
Atalanta always wanted at least €70m fee.
🇫🇷 PSG keep insisting with Højlund’s camp — Man Utd already agreed terms. pic.twitter.com/P2PCYqSuYA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 26, 2023
Erik ten Hag sebelum ini menyatakan keyakinan United mampu menandatangani pemain berusia 20 tahun itu sebelum perlawanan pertama Premier League musim 2023/24 menentang Wolves di Old Trafford pada 14 Ogos akan datang.
Cubaan PSG untuk mendapatkan Hojlund bagaimanapun dilihat tidak mempunyai kaitan dengan situasi yang mereka hadapi dengan Kylian Mbappe.
Walaupun mendapat tawaran daripada kelab Saudi Pro League, Al Hilal Mbappe dijangka akan terus kekal bersama PSG pada musim hadapan, sebelum menyertai Real Madrid selepas baki kontrak semusim pemain itu di Parc des Princess tamat pada Jun 2024.
Al Hilal sebelum ini dilaporkan telah menghantar bidaan bernilai £259 juta untuk mendatangkan Mbappe dan menawarkan bayaran lumayan untuk pemain itu.
Namun demikian sehingga kini penyerang antarabangsa Perancis itu enggan berbincang dengan wakil Al Hilal kerana tidak mempunyai perancangan untuk beraksi di Timur Tengah.