Rakaman Lebih Jelas Bagaimana De Beek Digunakan Sebagai Pembantu Jurulatih

Sebelum ini telah tular satu video yang memperlihatkan bagaimana Donny Van De Beek digunakan sebagai pembantu jurulatih ketika sebelum aksi sepak mula bertemu Tottenham Hotspur.

Terbaru, ada satu lagi video yang menunjukkan dengan lebih jelas tentang bagaimana Van de Beek disalah gunakan oleh Manchester United ketika aksi saingan Premier League minggu lalu.

Tidak dinafikan lagi, ia sememangnya satu video yang agak menyedihkan untuk ditonton, kerana bintang Belanda itu tidak sepatutnya menerima layanan sedemikian rupa.

Bekas bintang Ajax itu seperti kebiasaannya beliau langsung tidak digunakan ketika aksi kemenangan 3-0 Manchester United menewaskan Tottenham Hotspur.

Walau bagaimanapun, Ole Gunnar Solskjaer memberikan satu tugas khas pemain bintang Belanda itu ketika para pemain sedang memanaskan badan sebelum sepak mula perlawanan.

Pemain berusia 24 tahun itu dipanggil untuk membantu barisan pemain utama menjalani latihan sepakan, ketika beliau sedang bersama para pemain simpanan yang lain memanaskan badan.

Video terbaru itu memperlihatkan bagaimana Van de Beek menjadi setter untuk, Edinson Cavani, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes yang diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan itu.

Beliau sekadar berdiri di tengah-tengah sambil menjadi setter untuk para pemain melepaskan rembatan, sambil ditemani oleh jurulatih kelab, Michael Carrick.

Video terbaru ini juga turut mencuri perhatian peminat yang kemudiannya meluahkan rasa kecewa dan sedih masing melihat nasib Van de Beek.

Ramai yang menghentam Ole Gunnar Solskjaer kerana terlalu kejam terhadap Van de Beek dan merasakan bintang Belanda itu menerima layanan paling teruk pernah diterima oleh mana-mana pemain dalam sejarah Man Utd.

“Saya masih yakin yang Donny jauh lebih bagus berbanding Fred dari segi kreativiti, kawalan bola dan bertahan. Ole langsung tak tahu apa yang sudah dia lakukan ke atas skuad yang menakjubkan ini.”

“Ini satu gurauan seram. Jika kita bermain dengan sistem ini, Donny sangat sesuai untuk berada di tengah, dengan Bruno Fernandes di hadapan dia bersama dua pemain penyerang.”

“Saya rasa sangat bersimpati dengan dia. Bagilah dia keluar atau paling tidak pecat saja Ole. Melihat layanan yang diterima oleh Donny buat saya rasa sakit hati.”

“Kenapa perlu guna dia untuk jadi setter kalau tak ada perancangan untuk mainkan dia? Adakah itu saja gunanya dia? Mana pembantu jurulatih yang lain?”

“Ini bukan sesi latihan biasa, ini sesi pemanas badan sebelum sepak mula perlawanan, adakah patut malukan dia sampai macam ini?”

Van de Beek turun beraksi sebanyak tiga perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, dan beliau masih lagi bergelut untuk mendapatkan minit permainan sejak dari awal ditandatangani.

De Beek lantik ejen baru untuk bantu beliau keluar dari Old Trafford

Terdapat laporan terbaru yang menyatakan bahawa Donny Van de Beek sudah melantik ejen baru dalam usahanya untuk keluar dari Old Trafford secepat yang mungkin.

Situasi Van de Beek semakin memburuk di Old Trafford pada ketika ini, dan beliau sepertinya sangat perlu untuk keluar dari kelab secepat mungkin untuk menyelamatkan kariernya.

The Daily Mail melaporkan berkait situasi terkini Van de Beek dengan mereka mendakwa yang pemain berusia 24 tahun itu mahu meninggalkan ejen lamanya, Guido Albers dan mahu bekerjasama dengan ejen Lindelof, Ali Dursun.

Beliau mahu meminta Ali Dursun untuk membantunya keluar dari Manchester United secepat mungkin dalam usahanya untuk menyelamatkan kariernya sendiri.

Van de Beek menandatangani perjanjian bersama Manchester United pada musim panas tahun lalu, namun kariernya di Old Trafford sangat mendukacitakan.

Beliau hanya sempat membuat empat penampilan sahaja sebagai kesebelasan utama dalam saingan Premier League dan pada musim ini, beliau sangat jarang digunakan.

Lebih teruk lagi, walaupun United sepertinya perlukan sesuatu yang baru dan berbeza di posisi midfield, namun khidmat Van de Beek masih lagi tidak diperlukan

“Mengapa Donny Van de Beek tidak diberikan kesempatan?”

Soal Gary Neville baru-baru ini.

“Ada sesuatu tentang itu. Dia tidak diberikan kesempatan sejak tempoh 18 bulan jadi kamu sudah boleh buat kesimpulan sendiri yang Ole tak mahu tandatangani dia atau Ole tak suka dia.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pereira Telah Menjawab Kecaman Dari Peminat