Kesatuan Pemain Bolasepak Profesional Perancis (UNFP) membidas tindakan Paris Saint-Germain (PSG) kerana mengenepikan Kylian Mbappe daripada menyertai pra musim selepas pertikaian berkaitan kontrak di antara pemain dan kelab Ligue 1 itu.
Penyerang antarabangsa Perancis berusia 24 tahun itu telah disenaraikan sebagai pemain untuk dijual oleh PSG selepas hubungan di antara kelab dan pemain itu menjadi keruh sejak bulan lalu.
Mbappe sebelum ini mengesahkan tidak akan memperbaharui kontrak yang akan tamay pada musim panas akan datang untuk kekal bersama PSG.
France's National Union of Professional Footballers (UNFP) has slammed Paris Saint-Germain after the Ligue 1 champions excluded Kylian Mbappe from their pre-season tour to Asia as a contract standoff between the forward and the club rumbles on. https://t.co/2aD1SX8Ewy
β Reuters Sports (@ReutersSports) July 22, 2023
Ini bermakna kelab berpengkalan di Paris itu berisiko kehilangan Mbappe secara percuma pada musim panas tahun hadapan sekiranya gagal mendapatkan pembeli pada jendela perpindahan kali ini.
Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi bagaimanapun menegaskan tidak akan membenarkan Mbappe pergi secara percuma.
Tindakan PSG mengenepikan Mbappe dipercayai untuk mendesak pemain itu memperbaharui kontrak bersama kelab itu β atau memaksa pemain itu menerima bidaan kelab-kelab lain yang berminat untuk mendapatkannya.
Melalui satu kenyataan, UNFP mengkrtik tindakan PSG terhadap Mbappe yang dianggap sebagai layanan tidak adil.
The France Players' Union have released a statement in response to PSG's treatment of Kylian Mbappe, stating that the UNFP reserves the right to take 'civil and criminal action against any club that behaves this way' π pic.twitter.com/Z0EATEa5F7
β Sky Sports News (@SkySportsNews) July 22, 2023
βPemain ini β semua pemain β seharusnya menikmati apa yang seharusnya mereka lakukan sepanjang karier profesional mereka.
βPihak UNFP berpendapat ianya penting untuk memberi peringatan kepada pengurus yang memberi tekanan kepada pemain β menggunakan situasi di dalam kelab, sebagai contoh β memaksa mereka berpindah atau menerima syarat yang dikategorikan sebagai tidak bermoral yang mana ia adalah salah daripada segi perundangan di Perancis.
βDi dalam situasi tersebut UNFP berhak mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana kelab yang bersikap sedemikian,β ujar kenyataan tersebut.
Situasi antara Mbappe dan PSG memanas. UNFP mencoba mengambil tindakan ke jalur hukum karena menganggap PSG memperburuk kondisi kerja sebagai salah satu bentuk tekanan pada karyawan.
Bagaimana nasib Mbappe musim ini? π€ pic.twitter.com/qzgzm5mMPq
β PanditFootball.com (@panditfootball) July 23, 2023
PSG telah menjuarai sembilan daripada 11 kejuaraan Ligue 1 sebelum ini. Namun demikian kejayaan di peringkat domestik gagal diterjemahkan di pertandingan Champions League oleh kelab itu walaupun melabur tinggi untuk mendapatkan pemain terbaik dunia sejak beberapa musim lalu.
PSG kini berhadapan dilema besar untuk membenarkan Mbappe menghabiskan baki konyrak setahun selain bakal gagal pelaburan β¬180 juta yang dibelanjakan untuk mendapatkan pemain itu daripada Monaco pada 2017.
Real Madrid adalah pilihan utama untuk Mbappe meneruskan karier selepas ini, tetapi kelab Sepanyol itu lebih rela menanti kontrak pemain itu tamat sebelum mengikatnya menyertai mereka.