PSG Jumpa Levy Minggu Depan, Sulitkan Usaha Bayern Munich Pujuk Spurs Jual Harry Kane

Paris-Saint Germain (PSG) sedia untuk bersaing dengan Bayern Munich untuk mendapatkan penyerang Tottenham, Harry Kane.

Bayern percaya Kane mahu menyertai mereka dan telah menghantar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jan-Christian Dressen untuk menemui pengerusi Tottenham, Daniel Levy pada Khamis.

Setakat ini tawaran terakhir kelab Bundesliga itu bernilai Β£70 juta dan tambahan bonus gagal membuka pintu hati Levy untuk melepaskan Kane.

Dan minat daripada PSG sudah pasti akan menyukarkan lagi usaha Bayern kerana nilai pemain itu pasti akan meningkat.

Bayern sebelum ini menegaskan mereka juga mempunyai had dari segi kewangan untuk ditawarkan kepada Spurs, dan akan kembali mendapatkan perjanjian lisan secara percuma daripada Kane pada Januari sekiranya gagal meyakinkan Spurs di jendela perpindahan musim panas ini.

Manchester United yang sedang memburu penyerang Atalanta, Rasmis Hojlund juga berkemungkinan akan mengubah strategi mereka dan kembali untuk cuba mendapatkan Kane jika situasi tersebut berlaku.

Pada masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Kane akan meninggalkan Spurs pada musim panas ini.

Ia masih satu kemungkinan kerana pemain itu hanya mempunyai baki kontrak selama semusim sahaja lagi.

Tidak dinafikan Thomas Tuchel amat berkenan dengan Kane tetapi sehingga kini Bayern Munich masih bergelut untuk membawa kapten England itu Allianz Arena.

Minat daripada PSG juga akan menyulitkan lagi keadaan. Pengurus baharu PSG, Luiz Enrique sudah membawa masuk dua muka baharu, Marco Asensio dan Manuel Ugarte ke kelab Ligue 1 itu.

Rancangan seterusnya adalah untuk menggandingkan Harry Kane dan Kylian Mbappe.

Penghijrahan Lionel Messi telah meninggalkan lompong besar di bahagian serangan PSG, dan Kane dilihat sebagai pemain yang sesuai untuk mengisinya.

BACA:Β  Real Madrid Siapkan Dana RM997.61 Juta Untuk Dapatkan Mbappe