Rakaman Eric Dier Meluru Ke Kawasan Penonton

Eric Dier menerjah masuk ke kawasan penonton di Stadium Tottenham Hotspur dan kelihatan beliau telah bertengkar dengan penyokong selepas tamat perlawanan Piala FA antara Spurs menentang Norwich.

Pasukan kendalian Jose Mourinho mendahului Norwich pada babak pertama perlawanan dengan 1-0 hasil jaringan Jan Vertonghen. Masuk babak kedua giliran Josip Drmic menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan Norwich.

Perlawanan bersambung hingga ke penentuan sepakan penalti dan Norwich berjaya mara ke suku akhir Piala FA selepas Spurs gagal menjaringkan tiga dari lima sepakan penalti untuk pasukan mereka.

Walau bagaimanapun, berlaku satu insiden tidak diingini selepas perlawanan tamat. Dier meloncat masuk ke kawasan penonton dan meluru ke arah penyokong lalu berlaku pertengkaran.

Para Penyokong lain yang melihat kejadian itu dengan cepat merakam aksi Dier lalu memuat naik ke media sosial. Bintang Spurs berusia 26 terlihat menyerang seorang penyokong lalu beliau ditenangkan oleh petugas Stadium dan penyokong lain yang ada ditempat kejadian.

Punca mengapa Dier berpelakuan begitu berang hingga tercetus perbalahan antara beliau dengan penyokong tidak begitu jelas.

Tetapi menerusi satu video yang lain mengenai perbalahan itu ada terakam suara Dier berteriak pada penyokong:

“Dia adik saya.”

Ada yang mengaitkan insiden itu dengan serangan rasis ke atas Gedson. Namun sebenarnya bukan. Ia tiada kaitan dengan serangan rasis kepada mana mana pemain.

Jose Mourinho dan sahkan ianya berlaku kerana Eric Dier bengang dengan penyokong tersebut yang memaki hamun dan mencarut dekat dia di hadapan keluarga dan adik lelakinya.

Walau bagaimanapun, ‘Special One’ menganggap tindak balas pemainnya terhadap kejadian itu adalah salah.

Mourinho menjelaskan dalam satu sidang akhbar:

“Saya tidak fikir ia sebahagian dari permainan.”

“Perlawanan hari ini sangat menarik dan hebat untuk perebutan Piala FA, tetapi saya tidak boleh mengelak dari pertanyaan itu.”

“Saya fikir Eric Dier melakukan apa yang sepatutnya seorang profesional tidak boleh lakukan, tetapi apabila seseorang sudah berada di luar kawalan Emosi, susah untuk dijelaskan.”

Eric Dier mungkin bakal berhadapan dengan hukuman daripada FA England dan juga daripada kelab beliau sendiri.

Ada juga beberapa pihak yang menyatakan tindakan Dier ini boleh membuatkannya digantung sehingga 8 perlawanan. Kerana menyerang seksyen penyokong.

Kekalahan ini bermaksud, Spurs terus kempunan piala domestik sekali lagi.

Skuad bimbingan Jose Mourinho, Tottenham Hotspur terus bergelut dengan prestasi pada musim ini. Ianya diburukkan lagi dengan krisis kecederaan yang serius melanda beberapa pemain utama mereka.

Mourinho sudah terlepas Piala FA dan sasaran utama beliau kini sudah pastinya untuk merebut kejuaraan Champions League. Tetapi dengan masalah kecederaan beberapa tonggak utama pasukan seperti Harry Kane dan Son merencatkan sedikit usaha beliau.

BACA:  Dier Mahu Pemain Muda Ikut Jejak Sancho Dengan Berhijrah Ke Luar England