Rakaman Video Detik Istimewa Sergio Aguero Hadiahkan Range Rover Evoque Kepada Kitman Manchester City

Seperti yang diketahui ramai, Sergio Aguera telah pun menurunkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan untuk menyarung jersi Barcelona pada musim hadapan dan sebelum berpisah dengan Manchester City, Aguero telah mengeluarkan belanja sebanyak lebih RM500,000 daripada duit poketnya untuk dihadiahkan kepada para petugas pasukan utam pasukan tersebut dan hadiah ini termasuklah sebuah Range Rover Evoque yang diberi kepada kitman kelab.

Dalam satu video yang dikongsi di Facebook, pemilikan SUV mewah tersebut diberikan secara cabutan bertuah. Walaupun tanpa majlis rasmi dan diadakan di ruang bangunan kelab sahaja, acara tersebut cukup meriah dengan sorakan mereka yang hadir.

Selepas nama pemenang diumumkan, kitman tersebut kelihatan bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Gigil dooo,”katanya ketika bersalam dengan Aguero.

“Aku selalu tengok kau dalam Range Rover setiap hari. *(Agaknya itulah kot yang disebut. Maaf penulis tak faham sangat bahasa British ni.)

“Aku tak tahu nak cakap apa. Terima kasih!”

Selepas cabutan bertuah tersebut, satu video telah dirakam detik-detik ketika Aguero menyerahkan Range Rover tersebut kepada kitman tadi.

Dalam video tersebut, sebaik Aguero parkir keretanya, dia keluar untuk memberikan kunci kepada kitman.

Sambil cuba menyorokkan rasa sebaknya, kitman tersebut berpesan dengan nada suara yang sebak,”Kau jangan lupa barang kau dalam tu.”

Kemudian Aguero menyerahkan kunci kereta kepadanya sambil berkata,”Kereta kau, ki*ak.”

Lalu mereka berpelukan untuk kadar masa yang panjang, dan di situ dapatlah kita lihat betapa akrab Aguero dengan staf pasukan dan betapa sayangnya penyerang tersebut terhadap kelab yang telah diwakilinya selama 10 tahun.

Perkongsian video ini di Twitter mengusik jiwa orang ramai, dan mereka memuji sikap mulia Aguero tersebut. Malah ada yang menitiskan air mata melihat detik indah itu.

Seorang pengguna Twitter, Luke Squire menulis;

“Aku memang selalu sayang Aguero dan ini lebih lagi.”

Pengguna kata nama @xnotsurprisedmf pula mengatakan bahawa seminggu dua ini adalah tempoh yang sangat emosional.

@AlexPortleda pula seakan masih tidak percaya bahawa lagenda kelab ini pergi meninggalkan mereka.


Selain Range Rover, Agueo telah menghadiahkan petugas seramai 60 orang tersebut, masing-masing dengan jam tangan mewah Hublot dan Tag Heuer Formula 1, yang bernilai sekitar RM7000-35,000.

Tidak sampai 48 selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA tempoh hari, Aguero mengumumkan bahawa dia akan menyertai Barcelona untuk musim depan dan bakal bergandingan dengan bekas pemain terbaik dunia, Lionel Messi. Dia meninggalkan City sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman 260 gol.

Pengurus City, Pep Guardiola, mengatakan bahawa mereka di City sangat sayangkan Aguero dan dia adalah cukup istimewa buat mereka semua.

“Kami sayang sangat kat dia. Dia adalah insan istimewa buat kami semua.

“Dia sangat baik. Dia sangat baik.

“Kami tidak akan dapat menggatikannya.

“Ramai pemain dari kelab ini, Joe Hart, David Silva, yang membantu kami menjadi kelab ini.

“Dia menunjukkan kualiti sepanjang 90 minit,” ujar Pep yang tidak mampu menahan sebak.

Dengan pemergian Aguero, City kini mempunyai penyerang yang tidak berapa nak bagus dan mencapai tahap power di EPL seperti Gabriel Jesus dan juga Raheem Sterling. Guardiola kini sedang mencari penyerang baru dan dikatakan sedang cuba memikat penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, yang baru-baru ini tanpa berselindung menyatakan mahu keluar dari kelab London tersebut dan menyertai kelab yang akan memberikannya piala.

Antara kelab yang berpotensi untuk memberikan piala buat Kane adalah Manchester City, Liverpool dan juga JDT, selain Shandong Luneng.

Baca Juga

Baca Juga