Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick menganggap anak-anak buahnya terlalu lemah dan lembik ketika beraksi bertemu Newcastle awal pagi tadi.
Beliau merasakan yang para pemain setan merah tidak mempunyai kekuatan fizikal yang cukup ketika aksi terikat 1-1 bertemu The Magpies di St James Park.
Selepas tamat perlawanan tersebut, skuad Manchester United teruk dihentam oleh para peminat kerana mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mendukacitakan.
Gary Neville rips into Man Utd after performance that Ralf Rangnick will 'hate'https://t.co/Ih9X9W0AwT pic.twitter.com/GnuZBszzOd
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 27, 2021
Legenda kelab, Gary Neville merupakan antara individu paling bengang melihat persembahan United dalam perlawanan ini, dan menyebabkan beliau tampil menghentam aksi para pemain dan taktikal Ralf Rangnick.
Bukan hanya para penyokong, bahkan Ralf Rangnick sendiri turut kecewa melihat persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan ini dengan beliau menyatakan bahawa:
“Saya langsung tak suka dengan persembahan mereka.”
Jelas Ralf Rangnick kepada Sky Sports.
“Hari ini kami tidak mengawal permainan selain dari beberapa detik itu sahaja. Tapi ia semuanya tentang tenaga, fizikal dan siapa yang memenangi bola kedua.”
Ipswich Town saw an unwanted Premier League record removed from their possession last night. https://t.co/dIRfUg7Ha3
— Ipswich Star (@ipswichstar24) December 28, 2021
“Dari kesemua kawasan di seluruh padang, kami tidak cukup bagus. Perkara terbaik adalah kami berjaya dapatkan satu mata, tapi dari segi persembahan perlu lebih baik.”
“Kamu perlu lebih bersedia dan mampu untuk menang semua perebutan bola dan ini hal yang jarang berlaku. Ketika kita sedang dalam penguasaan, kita terlalu banyak beri bola, bahkan kita juga hampir beri gol, itu yang lebih menyukarkan.”
💬 Ralf admits United did not do enough for all three points in #NEWMUN 👇#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) December 27, 2021
Rangnick kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan yang anak-anak buahnya terlalu lemah dan lembik dari segi kekuatan fizikal dalam perlawanan ini.
“Hari ini bukan persoalan tentang bahasa tubuh, ia persoalan tentang fizikaliti. Jika kamu mahu jadi kompetetif, kamu perlukan fizikal dan ini tidak berlaku sepanjang perlawanan ini.”
“Masalah terbesar kami adalah kesilapan yang kami lakukan. Bahkan ketika kami menjaringkan gol penyamaan, kami tidak begitu mengawal permainan dan tidak membuat keputusan yang betul.”
“Kami satu gol dibelakang dan kami perlu mengambil lebih banyak risiko. Dalam beberapa situasi, termasuk gol, kami bagus dan dengan Edinson kita sudah ada seorang lagi penyerang merbahaya.”
“Hari ini, ia bukan lagi persoalan tentang formasi, ia soalan tentang bagaimana aggressivenya kita.”
To add context.
Possession lost
Shelvey + longstaff – 11
Mctominay + Fred – 19
This should never be the case for a Manchester United midfield.
— ManUtd Analytics (@Utd_Analytics) December 27, 2021
“Dalam tempoh tiga hari kita akan ada perlawanan seterusnya. Kita boleh buat yang lebih baik dan kita perlu lakukannya.”
“Kita tidak sepatutnya mencari alasan, kita seharusnya menjadi lebih baik dan kuatkan fizikal.”
“Saya sangat tidak gembira dengan persembahan kami baik kawalan bola atau ketika menekan. Apa jenis tenaga yang kita pakai untuk main? Dengan bola dan tak ada bola?”
According to one of the best managers in the Premier League ball possession is still the best tactic to win a game. 📈
What do you think?#ferguson #siralexferguson #united #manchesterunited #reddevils #manager #premierleague #legend pic.twitter.com/sMwYLmMRXl
— Tactalyse (@Tactalyse) December 27, 2021
Maka dengan itu, Ralf Rangnick mahu anak-anak buahnya supaya jangan jadi lemah dan lembik lagi selepas ini dan meminta mereka supaya jadi lebih kuat.
Tidak dinafikan lagi yang United telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat teruk dalam perlawanan ini, dengan mereka turut mencatatkan statistik yang mengecewakan.
Manchester United catat statistik yang teruk
Manchester United mencatatkan statistik yang sangat teruk ketika aksi terikat 1-1 bertemu Newcastle United awal pagi tadi.
Skuad setan merah merekodkan 167 kali ‘lost possession’ yang mana ia merupakan catatan tertinggi mereka dalam saingan Premier League musim ini.
Ia jelas sekali antara aksi yang mahu segera dilupakan oleh skuad kendalian Ralf Rangnick itu, yang bergelut untuk bersaing dengan Newcastle di St James Park.
#MUFC lost possession 167 times against Newcastle, their most in the Premier League this season.
Is the 4-2-2-2 formation really the answer?@lauriewhitwell takes a look…https://t.co/p3YDvvN3C3
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) December 28, 2021
Newcastle turun dalam perlawanan ini sebagai pasukan yang sedang menunggu masa untuk ditendang keluar dari saingan Premier League musim ini.
Mereka berada di kedudukan kedua tercorot dalam saingan liga, dan juga turut merekodkan 79 bolos dari 41 perlawanan sepanjang tahun 2021 ini.
Ia merupakan angka paling teruk yang dicatatkan oleh sesebuah pasukan dari era saingan Premier League dalam tempoh setahun.
🥴 Newcastle have conceded 79 league goals in 2021, equalling the record in a calendar year in Premier League history (Ipswich in 1994) #NEWMUN
— WhoScored.com (@WhoScored) December 27, 2021
Walaupun sering mempamerkan aksi persembahan hambar sepanjang musim ini, tidak dinafikan yang anak-anak buah Eddie Howe telah mempersembahkan aksi bertahan yang sungguh menakjubkan.
Bahkan mereka juga turut dilihat sangat merbahaya ketika merencana serangan ke kubu United yang dibarisi oleh barisan pemain pertahanan termahal dunia.
Allan Saint-Maximin cemerlang membuka tirai jaringan untuk skuad The Magpies pada awal aksi babak pertama permainan dengan jaringan yang sungguh menakjubkan.
Edinson Cavani berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 permainan, secara tidak langsung telah menyebabkan Newcastle mencipta sejarah baru sebagai pasukan premier league paling banyak dibolosi dalam tempoh setahun.
When United gifted possession to Newcastle in the closing stages Rangnick's patience finally snapped. From placid to furious in an instant. An eye-opening night for United's interim manager #mufc https://t.co/CQ69wrHh6H
— Tyrone Marshall (@TyMarshall_MEN) December 27, 2021
Namun begitu, sebenarnya masih ramai peminat yang percaya selepas Cavani menjaringkan gol penyamaan, setan merah akan meledak lebih banyak gol lagi.
Hal ini kerana mereka memiliki barisan pemain berkelas dunia dan jentera serangan mereka juga dibarisi oleh pemain berpengalaman, serta turut dianggap sebagai antara yang terhebat dalam dunia bola sepak.
The Magpies bermain high pressing dan menyebabkan pemain cepat koyak seperti Bruno Fernandes hilang bola sebanyak 26 kali sepanjang perlawanan ini.
Times Man Utd players lost possession
Bruno 26
Rashford 20
Dalot 19
Sancho 14
McTominay 13
Telles 12
Maguire 11
Varane 11
Fred 10
Ronaldo 9
Greenwood 8
de Gea 7
Cavani 5
Matic 3#MUFC #NEWMUN— ᗷIᒪᒪ ᖇIᑕᕮ 🎙📻 (@billrice23) December 27, 2021
Marcus Rashford merupakan seorang lagi pemain United yang gagal untuk mengekalkan penguasaan bola, diikuti oleh Diogo Dalot, Jadon Sancho dan Scott McTominay yang hilang bola lebih dari 10 kali dalam perlawanan ini.
Sumber: Man Utd