TERKINI: Antony Kembali Sertai MU, Sedia Diturunkan Oleh Ten Hag

Manchester United membuat keputusan untuk membenarkan Antony kembali menjalani latihan dan bersedia untuk kembali beraksi walaupun siasatan terhadap pemain itu oleh pihak polis masih lagi berjalan.

Pemain sayap itu sebelum ini diberikan cuti tanpa sebarang tempoh untuk meberikan pemain itu ruang dan masa berhadapan dengan dakwaan menyerang tiga wanita, termasuk bekas kekasihnya.

Pemain dari Brazil itu sudah terlepas empat aksi United setatakt ini. Walaupun kembali menyertai skuad utama United, Antony dijangka tidak akan berada di dalam skuad menentang Crystal Palace di Old Trafford pada Sabtu ini.

Dakwaan terhadap Antony bermula apabila bekas kekasihnya Gabriella Cavallin berkata dirinya telah dikasari dalam beberapa insiden berasingan oleh pemain itu dalam satu temubual dengan sebuah akhbar di Brazil, UOL.

Sejak daripada itu dua lagi wanita dikenali sebagai Rayssa de Freitas dan Indrid Lana turut mendakwa menjadi mangsa pemain berusia 23 tahun itu.

Antony menegaskan dirinya tidak bersalah dalam setiap dakwaan dan memberikan kerjasama kepada pihak polis di Brazil dan England untuk siasatan dijalankan.

Minggu ini Antony secara sukarela hadir untuk siasatan di pejabat polis Greater Manchester dan turut menyerahkan telefon bimbitnya yang menjadi sebahagian daripada bukti.

Antony turut disoal siasat di Sao Paulo pada Jun lalu, namtun tiada tangkapan dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa setakat ini.

Manchester United melalui satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi berkata: “Sejak dakwaan [keganasan] dibuat pada Jun lalu, Antony telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk membantu siasatan di Brazil dan juga di UK. Dan dia masih berbuat demikian pada masa ini.

“Sebagai majikan Antony, Manchester United memutuskan untuk dia meneruskan latihan di Carrington dan juga berada di dalam senarai pemain untuk dipilih pada hari perlawanan. Pada masa yang sama siasatan oleh pihak polis akan diteruskan.

“Keputusan ini akan kekal bergantung kepada situasi semasa dan perkembangan terkini kes tersebut.

“Sebagai sebuah kelab bola sepak kami mengutuk keras sebarang bentuk keganasan dan kekerasan. Kami menitikberatkan kepentingan keselamatan semua yang terlibat di dalam kes ini, dan mengambil maklum akan impak terhadap mereka yang terlibat.”

BACA:  Man Utd Disiasat Kerana Hidang Ayam Mentah