Ralf Rangnick Dedah Ada Pemainnya Yang Menolak Untuk Berada Dalam Skuad Bertemu Aston Villa

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick mendedahkan yang ada seorang anak buahnya yang menolak untuk bersama skuad ke Villa Park bertemu Aston Villa awal pagi tadi.

Beliau mendedahkan yang pemain itu tidak mahu ikut sama rombongan United dalam aksi saingan Premier League minggu ini.

Bruno Fernandes berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini sebelum Aston Villa melakukan comeback untuk ikat kedudukan menjadi 2-2.

Bintang Portugal itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan pada aksi babak pertama.

Mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0, United kemudiannya terpaksa akur dengan keputusan seri selepas Villa meledak dua gol pada minit ke-77 dan 81 permainan.

Rangnick membuat perubahan dalam skuadnya dengan beliau menggantikan Anthony Elanga dengan Marcus Rashford dalam kesebelasan utamanya.

Cristiano Ronaldo juga tidak diturunkan dalam kesebelasan hari ini, dan menurut dakwaan dari Ralf Rangnick sendiri, bintang Portugal itu tidak diturunkan kerana beliau mengalami masalah kecederaan.

Pengurus United itu meletakkan dua penjaga gol dalam skuad simpanan dan barisan pemain simpanan beliau juga hanya ada beberapa pemain sahaja.

Selepas tamat perlawanan, beliau telah mendedahkan yang Anthony Martial menolak untuk menyertai skuad setan merah ke Villa Park hari ini.

“Dia tak mahu ada dalam skuad hari ini.”

Jelas bekas pengurus RB Leipzig itu ketika ditanya di mana perginya Anthony Martial.

“Dia kebiasaannya akan ada dalam skuad, tapi pada hari ini dia tak mahu.”

“Itulah sebabnya mengapa dia tidak datang ke sini bersama kami.”

Martial pada ketika ini dilaporkan sangat tak gembira di Old Trafford dan beliau benar-benar bertekad mahu meninggalkan setan merah pada jendela perpindahan Januari ini.

Walau beliau sangat terdesak untuk meninggalkan kelab, namun sepertinya tidak ada pasukan lain yang tampil untuk mencuba mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan telah ditawarkan sebagai pemain pinjaman bersama Sevilla dalam saingan La Liga.

Namun Man Utd pula yang tidak gembira dengan nilai yang Sevilla sanggup bayar untuk gaji Martial yang agak tinggi.

Laporan lain pula mendakwa yang Newcastle mahu menandatangani bekas pemain Monaco itu, namun pemain yang ada klausa Ballon D’or dalam kontraknya itu memilih untuk menolak tawaran dari The Magpies.

Rangnick sebenarnya berdepan dengan pelbagai masalah lebih besar lagi yang perlu beliau fikirkan, berbanding memikirkan tentang pemain yang tak mahu menyertai mereka ke Villa Park.

Bahkan jika Martial turut sama menyertai skuad setan merah hari ini, belum tentu lagi beliau akan diturunkan dan berkemungkinan beliau mungkin akan sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja.

Walaupun sudah mendahului 2-0 dalam perlawanan bertemu Villa, anak-anak buah Ralf Rangnick sepertinya gagal untuk mempertahankan tiga mata yang sudah hampir pasti mereka bawa pulang.

Skuad kendalian Steven Gerrard telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan turut cemerlang melakukan comeback untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata dari perlawanan ini.

Gol pertama Aston Villa berjaya dijaringkan oleh Jacob Ramsey dan Philippe Coutinho kemudiannya meledak gol kedua untuk bantu Aston Villa mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan ini.

Philippe Coutinho telah melengkapkan perpindahannya menyertai Aston Villa sebagai pemain pinjaman pada minggu ini.

Beliau dimasukkan pada aksi babak kedua permainan, dan Coutinho dengan segera memberikan impak yang cukup menakjubkan dalam membantu Villa untuk comeback.

Tidak akan mengejutkan andai beliau selepas ini bakal menjaringkan lebih banyak gol lagi dalam saingan Premier League, kerana peminat semua sedia maklum beliau sememangnya memiliki kualiti yang sungguh dasyat.

Kedatangan beliau sudah tentu akan lebih membantu Villa untuk pergi lebih jauh, dan tidak akan mengejutkan andai skuad kendalian Steven Gerrard itu akan mampu ke saingan Eropah dalam masa beberapa musim akan datang.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mourinho: Sanchez Pilih Manchester United Bukan Sebab Duit