Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick mendedahkan tentang penyesalan yang beliau rasakan sepanjang kariernya mengendalikan skuad setan merah itu.
Kontrak beliau sebagai pengurus interim kelab akan tamat pada penghujung musim ini dan beliau kini sedang mempersiapkan skuadnya untuk aksi terakhir mereka musim ini.
Pengurus dari Jerman itu telah dilantik sebagai pengurus interim kelab bagi menggantikan legenda kelab Ole Gunnar Solskjaer yang telah dipecat pada November tahun lalu.
Ralf Rangnick reveals his biggest regret from time as Manchester United manager https://t.co/GCwBCFfEnM
— Indy Football (@IndyFootball) May 20, 2022
Ole Gunnar Solskjaer dipecat selepas skuad setan merah beberapa kali mencatatkan keputusan buruk musim ini di bawah kendalian beliau.
Sejak ketibaan Ralf Rangnick, nasib Manchester United sepertinya masih tidak berubah dengan mereka masih lagi dianggap lubuk tiga mata dalam saingan Premier League.
United turut tersingkir awal dari saingan FA Cup selepas ditendang keluar oleh Middlesbrough dan mereka turut ditendang keluar dari saingan Carabao Cup.
Ralf Rangnick awalnya dilihat akan mampu membantu Man Utd menjuarai saingan Champions League musim ini, namun sayangnya mereka turut tersingkir awal.
Skuad setan merah tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas mencatatkan kekalahan bertemu wakil dari saingan La Liga, Atletico Madrid.
Ralf Rangnick has been reflecting on his time at Manchester United and has named his one regret 🤔👀https://t.co/FOneAgm96n
— SPORTbible (@sportbible) May 20, 2022
Man Utd menghabiskan baki 15 perlawanan mereka pada musim ini dalam keadaan mereka sudah sedar yang mereka tidak akan memenangi apa-apa pada musim ini.
Secara keseluruhannya, karier Ralf Rangnick di Old Trafford boleh lah dianggap gagal dan menjelang aksi terakhir skuadnya dalam saingan liga, beliau mendedahkan tentang penyesalan terbesarnya bersama Man United.
“Sejak aksi bertemu Atletico, kami gagal untuk dapatkan tahap terbaik kami lagi. Sebelum itu kami berjaya stabilkan skuad, menjadi lebih stabil ketika bertahan. Tapi kemudian kami hilang keyakinan dan tenaga.”
Jelas Ralf Rangnick.
“Ada sesuatu yang perlu dilakukan berkait keyakinan, semangat sepasukan dan kebersamaan. Ini adalah kekecewaan terbesar saya yang kami gagal untuk menstabilkan semangat sepasukan. Saya masih sangat percaya yang ada pemain utama di sini antara yang terbaik, mereka sangat layak untuk bermain dengan kelab ini.”
Selepas tamat tugas sebagai pengurus interim kelab, Ralf Rangnick akan meneruskan kariernya sebagai penasihat kelab selama dua tahun.
Rangnick says he regrets not being able to forge a stronger team spirit 👇 #MUFC https://t.co/iXXkFuDIld
— Stretty News (@StrettyNews) May 20, 2022
Ralf Rangnick pada masa sama akan turut memegang jawatan sebagai pengurus skuad kebangsaan Austria dan jelas sekali beliau perlu bijak dalam membahagikan tugasnya selepas ini.
Ralf Rangnick turut mendedahkan yang beliau sudah bercakap dengan bakal pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dan bagaimana beliau boleh membantu pengurus Belanda itu untuk memudahkan tugasnya di Old Trafford.
“Kami bercakap tentang itu secara terperinci, kami bercakap tentang semua perbezaan yang ada yang mungkin saya boleh bantu dia.”
Skuad kendalian Ralf Rangnick itu perlu mencatatkan kemenangan bertemu Crystal Palace minggu ini di Selhurst Park andai mereka mahu mengesahkan slot ke saingan Europa League.
Seandainya mereka mencatatkan kekalahan dalam perlawanan tersebut dan West Ham United menang perlawanan terakhir mereka, maka Man Utd pada musim depan akan beraksi di pentas saingan Europa Conference League.
Jelas sekali Manchester United sangat berharap mereka akan menang perlawanan terakhir musim ini agar tempat mereka untuk setidak-tidaknya beraksi dalam saingan Europa League terjamin.
Ralf Rangnick finally reveals his biggest regret as Manchester United boss https://t.co/JZmppak6wy
— Dmtloadedmedia (@Dmtloadedmedia2) May 20, 2022
Ten Hag berkemungkinan akan diperkenalkan sebagai pengurus baru Manchester United ketika aksi bertemu Crystal Palace nanti.
Tugas berat bakal menanti Erik ten Hag selepas ini dengan Man Utd dijangka akan melalui jendela perpindahan musim panas yang sangat sibuk.
Terdapat banyak rumours yang mengatakan bahawa Erik ten Hag mahu melakukan rombakan besar-besaran pada musim panas akan datang, dek kerana ramai pemain utamanya akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.
Ralf Rangnick regrets failing to develop a better team spirit among the Manchester United players https://t.co/hvarfI602u
— MailOnline Sport (@MailSport) May 20, 2022
Man Utd juga turut telah dikaitkan dengan beberapa pemain berprofil tinggi, dan berkemungkinan mereka akan memulakan rundingan sebaik jendela perpindahan musim panas dibuka nanti.
Sumber: SPORTbible