Ralf Rangnick Dedah Senarai Wishlist Pemain Yang Mahu Beliau Tandatangani

Ralf Rangnick telah mendedahkan senarai lima pemain yang ada dalam wishlist beliau untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Pengurus interim setan merah itu telah menyediakan senarai wishlist lebih awal sebagai persiapan untuk menghadapi jendela perpindahan musim panas 2022.

Menurut sumber laporan dari Manchester Evening News, Ralf Rangnick sudah menyerahkan senarai wishlist beliau kepada pimpinan kelab.

Antara nama yang ada dalam senarai wishlist tersebut adalah seperti Erling Haaland, Kieran Trippier, Jude Bellingham, Tyler Adams dan Declan Rice.

Manchester United jelas sekali telah melalui musim yang sangat mendukacitakan pada musim ini dengan mereka sempat dianggap sebagai pasukan belasahan.

Keputusan-keputusan yang teruk itu menyebabkan Manchester United terpaksa memutuskan untuk memecat pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer.

Selepas memecat pengurus dari Norway itu, setan merah memilih untuk melantik Michael Carrick sebagai pengurus sementara kelab.

Pihak kelab kemudiannya mengumumkan Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab dengan bekas pengurus RB Leipzig itu akan mengendalikan United sehingga akhir musim ini.

Philosophy yang dibawa oleh pengurus berusia 63 tahun itu jelas sekali berjaya mengubah sepenuhnya skuad Manchester United pada ketika ini.

Skuad setan merah berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan menggunakan taktikal dan corak permainan yang diterapkan oleh Ralf Rangnick.

Tidak dinafikan juga, bukan semua pemain dari skuad United pada ketika ini yang mampu menyesuaikan diri dengan taktikal dan corak permainan pengurus dari Jerman itu.

Kerana itulah Ralf Rangnick memutuskan untuk memilih beberapa pemain bintang yang beliau rasakan bakal mampu untuk bermain dengan falsafah serta pendekatan yang beliau gunakan.

Ralf Rangnick juga sepertinya perlu bersedia untuk kehilangan beberapa pemain utama mereka memandangkan ramai yang mahu meninggalkan kelab pada masa terdekat ini.

Oleh kerana pemain-pemain yang mahu meninggalkan kelab itu datangnya dari beberapa posisi berbeza, maka United juga turut sama perlu menambah baik kesemua posisi yang ditinggalkan kosong itu.

Dan senarai wishlist yang disediakan oleh Ralf Rangnick juga sebenarnya bertujuan untuk mengisi dan menambah baik kekosongan yang bakal ditinggalkan.

Antara posisi yang perlu diperkuatkan adalah posisi penyerang, dengan Red Devils berkemungkinan akan kehilangan dua pemain dari posisi itu pada jendela perpindahan Januari ini.

Anthony Martial dan Edinson Cavani dilaporkan sudah hampir pasti untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari ini.

Erling Haaland merupakan pemain penyerang terbaik yang boleh Manchester United dapatkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Martial dan Cavani.

Bukan hanya boleh mengisi kekosongan, bahkan Haaland juga bakal menjadi pemain terpenting kelab seandainya beliau benar-benar berjaya ditandatangani.

Walau bagaimanapun, ia bukan tugas mudah untuk Manchester United mendapatkan penyerang kebangsaan Norway itu, memandangkan banyak lagi kelab lain yang turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Manchester City, Chelsea, Real Madrid, Barcelona dan Liverpool merupakan antara pasukan yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Haaland.

Di posisi midfield, Ralf Rangnick telah menyenaraikan nama Jude Bellingham, Tyler Adams dan Declan Rice sebagai pemain yang beliau mahukan.

Tidak dinafikan lagi midfield jelas sekali merupakan posisi paling bermasalah untuk Manchester United, terutama di posisi defensive midfielder.

Manchester United pada ketika ini kerap menggunakan khidmat pemain seperti Fred, Scott McTominay dan Nemanja Matic, namun para peminat sedar ketiga-tiga pemain ini bukanlah yang terbaik untuk digunakan.

Tidak boleh dinafikan juga yang sememangnya ada peningkatan mendadak yang ditunjukkan oleh Fred dan McTominay, namun ia belum cukup untuk memberi keyakinan kepada penyokong.

Gandingan kedua-dua pemain itu sepertinya masih sukar untuk bersaing dengan gandingan dan pemain-pemain lawan ketika beraksi dalam perlawanan besar.

Antara alasan lain mengapa Manchester United memerlukan pemain midfield yang baru adalah kerana mereka berkemungkinan akan kehilangan khidmat Paul Pogba pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Pemain kebangsaan Perancis itu sudah hampir pasti untuk meninggalkan kelab dengan kontraknya juga bakal tamat pada penghujung musim ini nanti.

Nama terakhir yang ada dalam senarai wishlist Ralf Rangnick merupakan Kieran Trippier, dengan bintang England itu juga sebenarnya antara pemain yang sudah sering dikaitkan dengan setan merah sebelum ini.

Ralf Rangnick jelas sekali memerlukan seorang lagi pemain di posisi pertahanan kanan, memandangkan mereka mahu mencari pencabar kepada Aaron Wan Bissaka.

Selain Kieran Trippier, Manchester United juga boleh menggunakan Tyler Adams di posisi tersebut kerana beliau memiliki kemampuan untuk bermain di posisi right back.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu bakal turun beraksi bertemu Newcastle United pada minggu ini dalam saingan Premier League.

Skuad setan merah jelas sekali sangat berpotensi untuk mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini memandangkan Newcastle sedang tidak berada di tahap prestasi terbaik.

Selepas melalui 16 perlawanan, setan merah berjaya mengutip 27 mata dan meletakkan mereka kini di kedudukan keenam dalam carta saingan Premier League.

Sumber: Manchester Evening News

BACA:Β  Premier League 2021/22: Norwich City 0-1 Manchester United