Telah diumumkan pada malam semalam, yang Aston Villa dan Bayer Leverkusen sudah mencapai kata sepakat berkait perpindahan bintang Jamaica, Leon Bailey.
Pemain muda itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat ini, seterusnya bersedia untuk menandatangani kontrak bersama Aston Villa.
Menurut sumber laporan dari The Athletic, urusan perpindahan melibatkan pemain sayap berbakat itu mungkin akan diselesaikan pada awal minggu hadapan.
Leon Bailey for Bayer Leverkusen since the start of the 2016/17 season:
◎ 119 games
◎ 28 goals
◎ 18 assists
◎ 227 take-ons completed
◎ 178 chances createdAston Villa are signing a gem. 🤩 pic.twitter.com/nvPS5uNuVu
— Squawka Football (@Squawka) July 31, 2021
Laporan sama turut mendakwa yang skuad kendalian Dean Smith akan membelanjakan sekitar £30 juta untuk mendapatkan khidmat Bailey.
Berbaloi tak Aston Villa laburkan dana yang begitu besar untuk Bailey? Apa impak yang akan beliau bawa?
Berdasarkan persembahan beliau dalam saingan Bundesliga musim lalu, Leon Bailey berjaya menjaringkan sembilan gol dan mencatatkan lapan assists untuk Bayer Leverkusen.
Bintang berusia 23 tahun itu sepertinya akan bermain di posisi sayap kanan dan di Villa Park nanti, beliau akan digandingkan dengan pemain seperti Ollie Watkins dan Emi Buendia.
Leon Bailey deal will be officially completed next week for £30m to Bayer Leverkusen. Aston Villa are offering Bailey a five-years contract, they’re set to reach the agreement on personal terms too. 🔴🇯🇲 #AVFC
Medical and official announcement next week. What a deal for Villa. pic.twitter.com/OsZeoOMzev
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 31, 2021
Sehingga kini masih belum pasti sama ada Jack Grealish akan kekal bersama Villa atau beliau mungkin akan melengkapkan perpindahan mega bernilai £100 juta ke Etihad.
Manchester City dilihat sangat bersungguh untuk mendapatkan khidmat Grealish dan sanggup membayar yuran perpindahan memecah rekod untuk menandatangani pemain kebangsaan England itu.
Pada masa sama, para peminat Aston Villa sangat berharap untuk melihat Grealish kekal di Villa Park dan bergandingan bersama Bailey dalam skuad utama musim hadapan.
Bekas pemain penyerang Genk yang telah membuat 10 penampilan untuk skuad kebangsaan Jamaica sejak debutnya pada 2019 itu telah mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa menakjubkan.
Leon Bailey finally gets his premier league move. Get excited Villa fans you’re getting a gem 🔥🇯🇲 pic.twitter.com/7Ewq1FRvrY
— 𝓙𝓪𝓿𝓲 (@Javier9i) July 31, 2021
Beliau mempunyai kepantasan yang sungguh luar biasa ketika beraksi dalam saingan Bundesliga dan turut mempunyai kemahiran serta kemampuan yang sungguh menakjubkan.
Para peminat sangat teruja untuk melihat beliau beraksi dalam saingan premier league dan ramai yang percaya beliau akan menjadi bintang besar di England.
Jika ada peminat yang belum pernah melihat aksinya, saksikan video-video bagaimana kemampuan dan kebolehan pemain sayap muda ini.
Leon Bailey Skills Show – Mas Que Nada pic.twitter.com/h0jIOaCp9j
— George (@BarronAVFC1) July 27, 2021
Salah satu gol terbaik jaringan beliau untuk Leverkusen adalah pada Januari 2018 lalu, yang mana beliau berjaya menjaringkan gol yang sungguh menakjubkan dengan menggunakan teknik backheel ketika beraksi bertemu Hoffenheim.
Selepas menerima bola dari sudut sebelah kanan, Bailey memusingkan badannya sebelum menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Bahkan, dalam tempoh beberapa hari ketika itu, reputasi Bailey memuncak naik selepas beliau cemerlang menjaringkan dua lagi gol ketika beraksi bertemu Hannover dan Gladbach.
Kerana itulah para penyokong Aston Villa dan penyokong pasukan-pasukan lain dalam saingan Premier League sudah tidak sabar untuk melihat kemampuan dan aksi hebat dari Leon Bailey.
Welcome Leon Bailey 🦁🇯🇲 pic.twitter.com/ChJItQS8wK
— Gabe 🇯🇲 (@avfcgabe) July 31, 2021
Mengikut statistik dan rekod jaringan yang berjaya beliau catatkan sepanjang musim lalu dalam saingan Bundesliga, tak mustahil Leon Bailey akan mampu bersinar dalam saingan Premier League.
Aston Villa bakal menjadi pasukan underdog yang akan memberi masalah kepada pasukan-pasukan big six dan tak mustahil untuk melihat mereka mengakhiri saingan liga di kedudukan enam teratas musim hadapan.
Jentera serangan Villa bolehlah dianggap antara yang paling mengancam dan boleh memberi masalah kepada pemain pertahanan pasukan lawan.
Tentunya sangat menarik untuk melihat aksi saingan Premier League musim hadapan dengan banyak kelab-kelab yang sudah membuat persiapan cukup rapi pada jendela perpindahan musim panas ini.
Sumber: SPORTbible