Rashford Kongsi Kejadian Selepas Dimalukan Liverpool Dan Hukuman Erik Ten Hag

Marcus Rashford mengakui dirinya tidak pernah terasa hati apabila dihukum oleh Erik ten Hag untuk sekadar duduk di bangku pemain simpanan ketika saingan Premier League pada musim lalu.

Hanya beberapa hari sebelum itu Rashford menhasilkan beberapa jaringan dan assist untuk pasukannya untuk United menewaskan Nottingham Forest 3-1.

Perlawanan berikutnya penyerang antarabangsa England itu direhatkan dalam perlawanan menentang Wolves hanya kerana dia lewat menghadiri perjumpaan pasukan yang dijadualkan oleh pengurus dari Belanda itu.

Bercakap kepada The Overlap, Rashford mengakui dirinya hanya lewat beberapa minit. Namun Ten Hag sememangnya seorang jurulatih yang tegas dan mementingkan disiplin.

Ini bermakna Rashford tidak akan terlepas daripada amarah dan hukuman bekas pengendali Ajax itu.

“Saya belajar daripada pra musim kerana beberapa pemain tiba lewat dan ia penting untuk dia [Ten Hag] mengimplementasikan peraturan sedemikian,” jelas Rashford.

“Dan pada ketika itu saya bukannya lewat sangat, mungkin hanya 45 saat atau seminit. Saya tahu ia [hukuman] akan berlaku dan saya tidak akan mempersoalkannya.

“Kami mempunyai perlawanan yang harus dimenangi dan beraksi menentang Wolves di tempat lawan sememangnya sukar untuk United sejak beberapa musim lalu.”

Rashford memulakan perlawanan tersebut dari bangku pemain simpanan, tetapi dimasukkan pada babak kedua perlawanan.

Dan ia strategi yang berjaya membuahkan hasil buat Ten Hag dan United kerana Rashford menjaringkan gol kemenangan. Rashford sememangnya berada di dalam prestasi terbaiknya pada ketika itu selepas tugasan antarabangsa bersama England.

Standard tinggi yang diamalkan Ten Hag di United sememangnya amat jelas apabila pengurus itu berulang kali memberikan penekanan kepada setiap aksi buruk ditampilkan United.

Ini termasuklah ketika United dibelasah 7-0 oleh Liverpool. Rashford bagaimanapun mengakui dirinya selesa bekerja di bawah kendalian Ten Hag.

“Apabila Ten Hag menyertai United, tidak pernah sekali pun dia bercakap mengenai sasaran mengejar empat tempat teratas.

“Dia hanya mahukan trofi dan jika anda memiliki mentaliti sedemikian, maka tidak kisahlah siapa pun lawan kami tetap mahu menang semua perlawanan.

“Semua pemain memberikan segalanya yang mereka ada pada musim lalu. Tetapi kami harus mempersalahkan diri sendiri atas kegagalam di Europa League.

“Saya berpendapat ada masanya kami gagal bertahan dengan baik dan tidak menjaringkan jumlah gol yang mencukupi. Itulah permasalahan yang mahu diperbetulkan oleh beliau.

“Kerap kali kami berjaya bangkit [selepas kekalahan besar].

“Tidak ada perkara yang lebih memeritkan apabila bertandang ke tempat seteru dan dibelasah. Selepas perlawanan itu [menentang Liverpool], kami melakukan analisis dan dia menegur kesilapan yang kami lalukan.

“Jelas sekali dia amat mengenali pemain. Ia tidak pernah untuk pulih [selepas dibelasah].

“Tetapi selepas keputusan yang buruk dia berusaha memulihkan moral pemain. Dan di akhir saingan liga, kami ketinggalan mata dan sepatutnya pasukan ini memberikan lebih tekanan kepada Arsenal dan Man City. Ya, ia amat mengecewakan,” tambah Rashford.

BACA:  Perlawanan Brentford Menentang Manchester United Pada Hari Ini Ditunda