Erling Haaland akhirnya memilih untuk menyertai Manchester City dalam usahanya mahu membantu City terus mendominasi EPL dan juga menjadi pasukan terbaik di bandar Manchester.
Pengumuman rasmi sudah pun dibuat oleh Manchester City menerusi laman rasmi kelab mereka.
Beberapa hari lalu Erling Haaland dilaporkan sudah memberitahu kelabnya, Borrusia Dortmund bahawa dia mahu pergi pada akhir musim ini.
Kemudian CEO Manchester City Ferran Soriano sudah memberitahu pengerusi BVB, Hans-Joachim Watzke minggu lalu bahawa mereka mahu mengaktifkan klausa pelepasan yang ada pada pemain itu.
#MCFC CEO Ferran Soriano informed Dortmund last week that City are ready to activate the striker's €75m release clause! 💰
More details below…👇 pic.twitter.com/yA8pillTWo
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 9, 2022
Erling Haaland memiliki klausa pelepasan bernilai €75 juta pada tahun 2022. Oleh kerana gagal menjual Haaland sebelum 2022, Dortmund terpaksa kehilangan pemain itu dengan harga jauh lebih rendah daripada harga semasa Hasland di bursa pasaran pemain.
Tetapi laporan terbaru Fabrizio Romano menyebut, angka klausa pelepasan itu jauh lebih rendah iaitu sekitar €60 juta sahaja dibayar kepada Dortmud.
The real value of the release clause for Erling Haaland is around €60m, as reported yesterday – not €75m as previously reported. 🔵⌛️ #MCFC
Manchester City are preparing their official statement to confirm all the details – including contract until 2027. https://t.co/AJCNsjuOEX
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 10, 2022
Dortmund menerima syarat khas itu daripada bekas ejen Haaland, Mino Raiola yang sudah meninggal dunia. Salah satu sebab kenapa Man United menolak syarat tersebut walaupun Haaland sudah berbincang dengan Ole Gunnar Solskjaer pada ketika itu.
Namun Manchester City perlu membayar yuran perpindahan tersebut secara sekali bayaran bukannya secara ansuran. Kemudian City perlu membayar beberapa lagi klausa bonus tambahan. Dipercayai untuk bayaran khidmat ejen dan kepada ayah Haaland.
Erling Haaland merupakan pemain sasaran utama Pep Guardiola selepas gagal mendapatkan Harry Kane dengan tawaran €100 juta dalam jendela perpindahan sebelum ini.
Musim 2021/2022 menyaksikan Manchester City melalui musim ini tanpa penyerang tulen.
Mereka cuma ada penyerang antarabangsa Brazil iaitu Gabriel Jesus yang merupakan no.9 tetapi pemain itu tidak beraksi sebagai no.9 secara konsisten.
Haaland penerima gaji tertinggi bersama De Bruyne
Dari segi gaji, Haaland bakal menerima gaji sekitar £350k seminggu. Gaji yang sama dengan penerima gaji tertinggi kelab ketika ini iaitu Kevin De Bruyne. Haaland setuju dengan kontrak selama 5 tahun sehingga 2027.
Haaland turut menjadi sasaran kelab lain seperti Manchester United dan juga Real Madrid. Tetapi dari segi kewangan, Manchester City menawarkan pakej luar biasa kepada ejen dan pemain tersebut.
Seterusnya Haaland memiliki hubungan istimewa dengan City kerana ayahnya yang merupakan bekas pemain Manchester City.
Perpindahan Haaland ini juga penting dalam memastikan Guardiola akan terus kekal. Ini kerana Guardiola sendiri yang mahukan Haaland.
Guardiola dijangka akan terus kekal di City sehingga 2025. Dengan pengumuman kesepakatan baru bakal dibuat dalam masa terdekat.
Guardiola menyatakan bahawa dia terpaksa menyembunyikan keterujaannya sehinggalah pengumuman rasmi tentang pemain itu dibuat.
Ini kerana Guardiola dinasihatkan tidak mengulas langsung tentang Haaland kerana boleh melanggar undang undang dan Dortmund dikenali dengan sikap Watzke yang suka merumitkan keadaan apabila situasi tersebut berlaku.
…and here’s Pep Guardiola buzzing for Erling Haaland deal done 🤐🇳🇴 #MCFC
🎥⤵️ @footballdaily pic.twitter.com/sTZmpVmnIG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 10, 2022
Sejak menyertai Borussia Dortmund dari RB Salzburg, Hasland dengan cemerlang menjaringkan 85 gol daripada 88 penampilan untuk kelab Jerman itu.
Borussia Dortmund sedia menggantikan Hasland dengan seorang lagi penyerang RB Salzburg iaitu Karim Adeyemi. Pemain yang menjadi perhatian banyak kelab besar di Eropah tetapi ketika ingin ketika ini lebih tertarik dengan BvB.
Apa yang pasti squad depth Manchester City pada musim hadapan adalah sangat luar biasa dengan tambahan Erling Haaland di dalam pasukan mereka.
MAN CITY'S DEPTH IS RIDICULOUS 🤯 pic.twitter.com/2EjSs0K4on
— ESPN FC (@ESPNFC) May 10, 2022
Sebelum ini Pep Guardiola pernah menyatakan bahawa dia sukar mencari pengganti Sergio Aguero. Kemudian beliau mahukan Harry Kane, namun gagal mendapatkan pemain itu.
Akhirnya Guardiola mendapat pemain yang sangat bagus dari segi prestasi dan reputasinya. Ini ditambah dengan usianya yang masih sangat muda. Siapa lagi kalau bukan Erling Braut Haaland.