Penyerang Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez, telah mengutip kad merah yang pelik dan boleh dianggap paling bingai dalam Liga Perdana Inggeris ketika pertemuan antara pasukannya menentang pendahulu liga, Manchester City.
Pemain berasal dari Mexico itu telah dilayangkan kad kuning ketika perlawanan masuk ke minit 45 dan 51 saat. Beberapa saat kemudian dia dilayangkan kad merah, sekaligus memaksanya meninggalkan pada pada penghujung separuh masa pertama.
Kad kuning pertama boleh dikatakan satu kekasaran professional di mana dia telah melakukan terjahan ke atas pemain City, Rodri, dalam satu cubaan untuk menyekat serangan balas pasukan pendahulu liga tersebut.
Tapi apabila dilihat semula, kad kuning pertamanya itu sebenarnya agak keras daripada pengadil kerana terjahan yang dilakukan tidak terlalu keras dan mendatangkan kecederaan kepada pemain lawan.
1. Gave away a foul 🟨
2. Stopped the free kick being taken 🟨Raul Jimenez got sent off for two yellow cards in 48 seconds 😳 pic.twitter.com/IPCQ49EIPg
— B/R Football (@brfootball) December 11, 2021
Walaubagaimanapun, kad kuning keduanya adalah satu tindakan yang tidak patut dibuat dan boleh dianggap sebagai satu tindakan yang bodoh.
Sebaik mendapat arahan pengadil untuk meneruskan permainan, Rodri meletakkan bola di tempat kekasaran berlaku dengna Jimenez berada di hadapannya dalam jarak kurang 10 ela.
La tarjeta roja más tonta de el historia 😂😂😂#rauljimenez pic.twitter.com/lXVALE19UI
— Fuerza_mental (@fuerza_mental) December 11, 2021
Selepas Rodri menyepak bola ke arah rakan sepasukan, Jimenez bertindak menahan bola tersebut dan tindakan ini boleh dikategorikan sebagai satu aksi yang tidak mempunyai semangat kesukanan dan memang layak dilayangkan kad kuning.
Dengan dua kad kuning, pengadil melayangkan kad merah buat Jimenez lantas menyebabkannya keluar padang awal. Penyerang tersebut berjalan keluar padang sambil mulutnya terkumat-kamit menyebut sesuatu sambil membuka semutar di kepalanya.
Pengurus Wolves, Bruno Lage, kelihatan sangat bengang sebaik Jimenez mendapat kad merah – tak pasti bengang dengan pengadil atau pemain sendiri.
Pada separuh masa pertama, Wolves bertahan dengan cukup baik dan berjaya mengekang asakan City daripada menembusi gol mereka. Malang buat mereka apabila terpaksa bermain dengan sepuluh pemain sepanjang separuh masa kedua.
Sepanjang separuh masa kedua, City melancarkan serangan bertali arus ke kubu Wolves. Pada minit ke-52, Gabriel Jesus hampir menjaringkan gol apabila sepakannya selepas menerima bola daripada Joao Concelo, sekadar terbang melepasi palang.
Dua minit kemudian, giliran Ijay Gungogan pula hampir memberikan gol pendahulu buat City. Joao Concelo sekali lagi melakukan umpanan berkualiti ke dalam kotak penalti Wolves dan bole tersebut dapat ditanduk oleh Gundogan yang tidak dikawal.
Penjaga gol Wolves Jose Sa sudah pun tertewas, namun muncul Conor Coady menanduk keluar bola di atas garisan gol.
Pada minit ke-63, City dihadiahkan sepakan penalti selepas cubaan untuk crossing daripada Bernardo Silva terkena tangan Joao Moutinho. Selepas direviu menerusi VAR, pengadil meniup wisel dan menunjukkan ke arah titik penalti.
Raheem Sterling mengambil sepakan ini dan dengan tenang dia menyepak leret dan perlahan dengan Jose Sa sudahpun melompat ke sebelah kanan, sekaligus menjadikan Sterling mencatatkan 100 gol di dalam Liga Perdana Inggeris.
Gol ini menjadi gol tunggal perlawanan dan membolehkan City mengutip tiga mata penting dalam mengukuhkan kedudukan mereka di puncak liga.
Secara keseluruhan dalam perlawanan ini, City telah berjaya melakuan 11 cubaan tepat ke arah pintu gol Wolves dan lapan cubaan melilau. Seperti biasa, mereka menguasai sebahagian besar perlawanan dengan 72 peratus posession.
Tiga hari lagi City akan bertemu Leeds United di tempat lawan, dan diikuti Newcastle United pada 19 Disember. Pada 26 Disember pula, City sekali lagi akan turun ke padang menentang Leicester City di tempat sendiri dan menutup tempoh sibuk ini dengan mengunjungi pasukan Arsenal pada 1 Januari.
Masalah utama yang dihadapi oleh Pep Guardiola adalah ketiadaan penyerang sejati meskipun berada di puncak liga. Setakat ini, pengurus dari Sepanyol ini telah bertukar-tukar pemain di posisi nombor 9 setiap dan ini menyebabkan hasil jaringan gol menjadi agak menurun.
City merekodkan jumlah jaringan gol yang paling sedikit berbanding lagi dua pencabar – 32 gol dalam 15 perlawanan, dan ini merupakan jumlah paling rendah secara purata (2.1) sejak musim pertama Guardiola menjadi pengurus di kelab ini dan pada musim tersebut, City sekadar menamatkan saingan liga di tangga ketiga.
Empat daripada kemenangan mereka pada musim ini menyaksikan City hanya mencatatkan keputusan satu gol, termasuk ketika menewaskan West Ham United dan Aston Villa.
Sumber : GMS