Reaksi Calvert lewin Melihat Rakaman Semula Jaringan Beliau Yang Dibatalkan VAR

Everton sepatutnya mempunyai jaringan kemenangan pada minit ke- 92 perlawanan ketika menentang Manchester United malam semalam. Namun jaringan itu telah dibatalkan oleh VAR dan keputusan akhir perlawanan mereka sekadar Seri 1-1 menentang United di Goodison Park.

Dominic Calvert-Lewin sempat berfikir bahawa pasukan beliau telah memenangi perlawanan dengan gol keduanya pada minit-minit akhir permainan yang berjaya menewaskan De Gea sekali lagi dalam perlawanan itu.

Sayang seribu kali sayang, jaringan yang begitu cantik telah dibatalkan oleh teknologi VAR. Alasannya adalah kerana Gylfi Sigurdsson berada di kedudukan yang off side dan menghalang pandangan De Gea, sedangkan bola itu adalah Deflection.

Sigurdsson tidak langsung menyentuh bola itu tetapi dihakimi sebagai ‘menghalang’ pandangan De Gea ketika dia terbaring diatas padang dalam kotak penalti United.

Ia adalah keputusan yang sangat kontroversial untuk membatalkan jaringan itu. Tidak hairanlah mengapa para peminat Everton marah dengan keputusan tidak masuk akal VAR itu. Para pemain jelas kecewa dan pengurus Carlo Ancelotti dibuang dibuang padang kerana memprotes keputusan VAR itu.

Tidak ada yang akan mengubah keputusan itu,perlawanan sudah pun tamat dan mereka masing-masing membawa pulang satu mata dari perlawanan ini.

Tidak lama selepas tamat perlawanan,Tersebar rakaman Calvert-Lewin menyaksikan semula ulang tayang gol yang dibatalkan oleh VAR itu dan beliau jelas kelihatan terkejut melihat rakaman itu.

Semak ia di bawah:

“Keputusan yang sangat teruk, oh tuhan, dia tidak menghalang saya,”

kata depan sambil menonton.

Baiklah, mari sama-sama kita fikir dan nilaikan sendiri.

Sekiranya anda tidak menyedari jaringan Everton yang dibatalkan oleh VAR, anda boleh menontonnya di bawah:

Sedikit sebanyak boleh dikatakan keputusan itu agak kontroversi. Daripada menyalahkan VAR, pundit Sky Sport Roy Keane telah mempersoalkan mengapa Sigurdsson tidak dapat keluar dari kawasan itu lebih cepat.

“Saya akan marah dengan Sigurdsson kerana tidak keluar dari kawasan itu, dia terbaring di sana, beritahu saya apa yang dia tunggu,”

kata bekas kapten Man United itu.

“Anda perlu mencuba dan mengosongkan kawasan itu, itu hanya satu perkara yang masuk akal, saya fikir [VAR membuat keputusan yang betul.”

“Dengar sini, saya dapat melihat mengapa Everton kecewa, tetapi ia adalah keputusan yang betul. “

Ada logiknya apa yang dikatakan oleh Keane, tetapi untuk menjadi adil, kita tidak boleh menyalahkan Sigurdsson kerana gagal bertindak balas dengan cepat. Kerana kebanyakan peminat Everton dan ramai lagi peminat bukan dari Manchester United menyalahkan VAR dalam hal ini.

BACA:  Tawaran Manchester United Sebanyak €100 Juta (RM468 Juta) Sesuatu Yang Gila - Thomas Muller