Manchester United telah mempamerkan satu aksi kebangkitan yang sangat menghiburkan ke atas Southampton sekaligus mengembalikan sajian istana di zaman silam, vintage Manchester United.
Kebangkitan Manchester United nyata tidak disenangi oleh peminat Liverpool yang sentiasa dengki dan iri hati seolah-olah merekalah maulana bola sepak sebenar walaupun wujud sejak 2019.
Edison Cavani akhirnya membuktikan kualiti yang ada pada dirinya selaku pemain penyerang yang digeruni yang memegang gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG.
James Ward-Prowse yang menjadi nadi dan penjana kepada dua gol Southampton melalui kepakarannya dengan sepakan bola mati menyumbang assist untuk gol pertama dari Jan Bednarek.
6 – Six of James Ward-Prowse's last seven Premier League assists have come via set-pieces, with three coming from corners and three from free-kick situations. Whippage. #SOUMAN pic.twitter.com/0MZooGCGTI
— OptaJoe (@OptaJoe) November 29, 2020
Kemudian James Ward-Prowse turut mencetak nama selaku penjaring dengan satu sepakan percuma cantik yang gagal diselamatkan oleh David De gea.
Pertukaran segera dilakukan Ole GUnnar Solksjaer usai separuh masa kedua bermula apabila memasukkan Edison Cavani dan mengeluarkan Mason Greenwood bagi mengubah permainan.
Ternyata percaturan Ole Gunnar Solskjaer menjadi dan menampakkan pengurus daripada Norway itu jelas kelihatan sangat genius disebalik wajah keanak-anakkannya itu.
Edison Cavani menjadi nadi kebangkitan Manchester United sensasi dalam sejarah bola sepak.
3 – Edinson Cavani is only the second player to be directly involved in 3+ goals in a Premier League game after coming on as a substitute for Man Utd (2 goals, 1 assist), after current manager Ole Gunnar Solskjaer scored four against Nottingham Forest in February 1999. Super.
— OptaJoe (@OptaJoe) November 29, 2020
Kerana tidak mendapat suapan bola yang diingini beliau selaku penyerang, Cavani memberikan satu contoh bagaimana hantaran yang beliau inginkan.
Hantaran cantik dan bersahaja Cavani mudah disambar oleh Bruno Fernandes untuk mengurangkan defisit pada minit ke-59.
Pada minit ke-74 Cavani telah mencetak nama selaku penjaring dengan menanduk terbang masuk bola rembatan Bruno Fernandes yang tertampan kaki pemain Southampton.
Goal – CAVANI
Assist – FERNANDESSouthampton 2-2 Man Utd (74 mins)#FPL #SOUMUN pic.twitter.com/EK8NoanQaT
— Only GOD☝ (@Akuete11) November 29, 2020
Namun ramai yang tidak perasan reaksi luar biasa yang ditunjukkan oleh Bruno Fernandes usai Cavani menjaringkan gol penyamaan.
Melihat Cavani meletakkan bola ke gawang, Bruno Fernandes mengangkat tangan dengan genggaman penumbuk dan segera menjerit supaya rakan pasukan kembali untuk memulakan perlawanan.
Mentaliti sang juara sangat menebal yang ditunjukkan oleh Bruno Fernandes ketika Namenja Matic dan Victor berlari ke arah Cavani untuk meraikan jaringan itu.
After Cavani scored the second goal, all of the players went to celebrate only Bruno Fernandes who doesn't celebrate with the team, He rather asked them to come back in to score the third goal.
What a mentality this player has! 🧠 pic.twitter.com/CSsQT7lCoo
— BF 18 (@FernandesThings) November 30, 2020
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter ini pantas mendapat perhatian peminat bola sepak dan terus menjadi bualan.
Ramai memuji mentaliti juara yang dipamerkan oleh Bruno Fernandes yang nyata tidak mahukan sekadar satu mata sahaja dan mahukan gol kemenangan.
Jika diikutkan kepada reputasi, Manchester United sepatutnya tidak terlalu meraikan gol penyamaan ketika menentang pasukan seperti Southampton, namun itu terjadi.
Namun Bruno Fernandes menyedari perkara itu dan Setan Merah mesti menang dan Cavani akhirnya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.