Penyokong Gunners menganjing pasukan mereka sendiri, dengan meraikan gol keempat Manchester City yang dijaringkan oleh Rodri, seolah-olah Arsenal yang memperoleh gol tersebut.
Ia merupakan detik yang sungguh menarik dengan pelbagai reaksi bercampur baur ketika melihat insiden seperti itu berlaku di Etihad malam semalam.
Arsenal dibelasah teruk oleh Manchester City dalam aksi perlawanan ketiga dalam saingan Premier League malam semalam, dengan mereka dibantai lima gol tanpa balas.
Arsenal fans have fully lost it 😳 pic.twitter.com/3CefZFjHPd
— City Inside (@CityInside_) August 28, 2021
IIkay Gundogan, Ferran Torres (2 gol), Gabriel Jesus dan Rodri masing-masing mencatat nama sebagai penjaring gol untuk Manchester City dalam perlawanan tersebut.
Apa yang mengejutkan, ketika pemain kebangsaan Sepanyol itu menjaringkan gol keempat untuk Manchester City, seluruh stadium Etihad meraikan gol tersebut.
Ya. Seluruh pelusuk stadium meraikan gol tersebut, tidak kira penyokong pasukan tuan rumah, mahupun penyokong pasukan pelawat yang meraikan gawang mereka dibolosi.
Alex Lacazette apologising to the Arsenal away fans after today's defeat to Manchester City #AFC pic.twitter.com/kCyBPA4xQJ
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) August 28, 2021
Bagi penyokong pasukan lain, ia mungkin satu detik yang lucu dan menghiburkan, namun untuk penyokong Arsenal, ia jelas merupakan detik yang sungguh sedih dan memilukan.
Insiden tersebut mendapat perhatian dari para peminat di media sosial dengan pelbagai perasaan bercampur baur dapat dilihat dari luahan hati mereka.
Arsenal as a club has reach an all time low that arsenal fans were celebrating city 4th goal 😭💔💔you can tell they’re in pain bro .
— 👑👑Nûmèrö Ûñô🚀 🇦🇷 (@haidaer__) August 28, 2021
I was respecting Arsenal fans until they started celebrating Rodri’s goal . 😭😭😭
— YESU (@ghanayesu_) August 28, 2021
“Penyokong Arsenal meraikan gol keempat Manchester City. Ia satu petanda yang menunjukkan mereka kini berada di lembah kehancuran dan kebinasaan.”
“Bayangkan sampai penyokong Arsenal meraikan gol dari pasukan lawan, ia merupakan satu hal yang sangat teruk. Sungguh memalukan, pimpinan kelab perlu pandang serius hal ini.”
“Melihat penyokong Arsenal meraikan gol Manchester City, Arteta sepatutnya sedar diri dan angkat kaki dari Arsenal sekarang. Sungguh memalukan.”
“Saya rasa ini bukan lagi lawak jenaka. Arsenal benar-benar berada di ambang kemusnahan, saya sebagai penyokong pasukan City sendiri tak sampai hati lihat keadaan mereka sekarang.”
Arsenal fans to Man City "We lose every weeek. You're nothing special. We lose every week"😂😂😂😂 pic.twitter.com/gTXnvmHSL3
— 🏘💲positive vibes🏘💵 (@howoskii) August 28, 2021
Kekalahan 5-0 ditangan City memburukkan lagi rekod Arteta pada permulaan musim ini, dengan beliau masih gagal mencatat sebarang kemenangan dari tiga perlawanan awal dalam saingan liga.
Arsenal tewas perlawanan pembukaan mereka ketika beraksi bertemu pendatang baru dalam saingan Premier League, Brentford sebelum dimalukan oleh Chelsea dengan kekalahan 2-0 pada minggu lalu.
Kekalahan 5-0 di tangan Man City menjadikan rekod Arsenal semakin parah dan jelas sekali ia merupakan permulaan musim paling teruk dalam sejarah penubuhan kelab.
Dari tiga perlawanan awal saingan liga sebelum rehat antarabangsa, Arsenal tewas kesemua tiga perlawanan tersebut, dengan mereka kini berada di kedudukan tercorot dalam carta liga.
Arsenal fans celebrate Rodri’s 4th goal for City pic.twitter.com/rUiBzrXAv2
— Osman 🎗 (@OsmanZtheGooner) August 28, 2021
Gunners bolos sembilan gol dari tiga perlawanan awal liga, dan lebih teruk lagi, mereka gagal untuk menjaringkan sebarang gol sepanjang tempoh tersebut.
Ia benar-benar teruk dan tentunya penyokong Arsenal tidak boleh terima dengan catatan atau rekod seteruk ini yang dicatatkan oleh pasukan mereka pada awal musim ini.
Arsenal fans cheering Rodri's goal for Manchester City pic.twitter.com/kKCDnYFXUd
— Elijah Kyama (@ElijahKyama) August 28, 2021
Arteta sebelum ini memberi alasan yang beliau kehilangan ramai pemain utama dan kerana itulah persembahan anak-anak buahnya dilihat sedikit huru hara.
Tidak dinafikan hal tersebut masuk akal, dan ketika aksi bertemu Man City semalam, Arsenal masih kehilangan dua ke tiga orang pemain penting mereka yang terpaksa direhatkan.
With nothing to cheer for all game, Arsenal fans decided to cheer for Rodri's goal 🙂 pic.twitter.com/Dez5v7hbws
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) August 28, 2021
Walau bagaimanapun, skuad yang diturunkan oleh Mikel Arteta semalam sebenarnya antara skuad terbaik yang beliau miliki, dan kerana itulah peminat tidak boleh terima dengan keputusan kekalahan memalukan di tangan City itu.
Ramai yang mempertikaikan taktikal dan pendekatan yang beliau gunakan, dan Arteta juga dikritik teruk kerana membazirkan dana £129 juta yang beliau terima, dengan menandatangani pemain kelas B.
Masa depan beliau bersama kelab agak samar-samar pada ketika ini, dengan Arteta berpotensi untuk dipecat oleh Arsenal atas pencapaian dan rekod buruk yang beliau catatkan.
Arsenal supporters celebrated Rodri's goal more than Manchester City fans.
What has happened to this club pic.twitter.com/Qun4UJVeI8
— Manuel Menacho (@MenachoManuel1) August 28, 2021
Pada 11 September nanti, Arsenal akan kembali turun beraksi dalam saingan liga, dengan mereka bakal melayan kunjungan Norwich ke bumi Emirates.
Apa yang menyedihkan sekali adalah, pertembungan tersebut sebenarnya penentu untuk menentukan siapa yang bakal terus duduk di kedudukan tercorot dalam saingan liga, dengan kedua-dua pasukan itu merupakan penghuni kedudukan ke-19 dan 20 dalam carta liga pada ketika ini.
Sumber: SPORTbible