Reaksi Pogba Sebaik Sahaja Mendapat Tahu Mourinho Dipecat

Selepas berbulan-bulan lama dilanda pelbagai kontroversi baik dalam mahupun luar padang, Manchester United akhirnya mengumumkan pemecatan Jose Mourinho dari jawatannya yang berkuat kuasa serta merta.

Pemecatan ini sekali gus menamatkan perjalanan Mourinho di Old Trafford yang bermula pada Mei 2016 apabila beliau dinamakan sebagai pengganti kepada Louis Van Gaal yang juga dipecat walaupun berjaya membantu Red Devils memenangi Piala FA pada musim sebelumnya.

Pogba tidak dapat menahan kegembiraannya selepas mengetahui Mourinho telah dipecat

Kekalahan di tangan Liverpool akhirnya tidak dapat lagi membendung kemarahan pihak lembaga pengarah terhadap Mourinho yang didakwa gagal mempamerkan permainan menyerang sinonim dengan pasukan tersebut sejak sekian lama.

Sepanjang dua tahun lebih bersama United, Mourinho berjaya membimbing pasukan tersebut memenangi Piala Liga dan Europa League. Kedua-dua trofi tersebut dimenangi dalam musim pertamanya manakala musim lalu menyaksikan United gagal memenangi sebarang trofi tetapi berjaya menamatkan musim di tempat ke-2.

Jelingan tajam Pogba ke arah Mourinho selepas dituduh bergembira dengan kekalahan United pada ketika itu

Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah buat Mourinho. Musim ini menyaksikan pelbagai masalah melanda skuad Setan Merah dan menyebabkan mereka mencatatkan permulaan musim paling buruk sejak 28 tahun yang lalu.

United kini berada di tangga ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris, 19 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool yang menewaskan mereka 3-1 pada hujung minggu lalu.

Antara konflik yang melanda United musim ini adalah permasalahan yang wujud di antara Paul Pogba dan pengurus berasal dari Portugal itu. Kemuncaknya adalah ketika menentang Liverpool dimana Mourinho langsung tidak memasukkan Pogba walaupun mereka bergelut untuk melakukan serangan.

Seperti diduga, Pogba menyambut baik berita pemecatan Mourinho dengan memuat naik satu gambar di akaun Instagram beliau yang bertulis:

“Caption this.”

Hashtag #SetanMerahPowerNakMampos

Walau bagaimanapun, dengan cepat Pogba memadam status tersebut dari laman sosialnya. Namun keyboard warriors tidak pernah gagal menjalankan tugas. Status tersebut berjaya di’screen shot’ pengguna laman sosial dan perbuatan nakal Pogba tidak akan dilupakan selama-lamanya.

Pogba dan Mourinho mempunyai hubungan yang agak bermasalah musim ini. Antara insiden yang paling mendapat liputan media berlaku pada Oktober lalu ketika sesi latihan dimana mereka berdua dirakam berbalah mulut. Perbalahan tersebut tercetus 24 jam selepas Mourinho membuat kenyataan Pogba tidak akan menjadi kapten pasukan tersebut lagi.

Dalam perlawanan terakhir Mourinho sebagai pengurus United, beliau membawa masuk Fellaini untuk menggantikan Diogo Dalot manakala Juan Mata masuk menggantikan Jesse Lingard, meninggalkan Pogba terpinga-pingat di bangku simpanan.

Bekas pemain United, Gary Neville pula marah dengan status yang dimuat naik Pogba mengenai pemecatan Mourinho dan meminta pemain antarabangsa Perancis itu supaya meninggalkan kelab itu juga.

https://twitter.com/GNev2/status/1074983715544154113

Dalam bahasa kasornya,

“You can f**k off as well !”

BACA:  Erik Ten Hag Tidak Dapat Terima Hakikat Akan Kegagalan Pasukannya Jaring Gol