Real Madrid Setuju Bayar €60 Juta Untuk Dapatkan Penyerang Antarabangsa Serbia

Real Madrid meneruskan usaha mereka untuk memperkuatkan skuad bagi menghadapi saingan musim hadapan apabila bersetuju untuk membayar  €60 juta bagi mendapatkan khidmat penyerang Eintracht Frankfurt, Luka Jovic.

Jovic merupakan pemain antarabangsa Serbia dan mempunyai 4 penampilan di peringkat antarabangsa.

Adakah Jovic mampu mencipta impak seperti yang dilakukan Ronaldo suatu ketika dahulu ?

Penyerang berusia 21 tahun ini menarik perhatian beberapa kelab ternama sekitar Eropah selepas membantu Frankfurt melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Europa League selain menduduki tangga ke-4 Bundesliga ketika ini.

Daripada  €60 juta yuran perpindahan yang bakal diterima,  €48 juta akan pergi ke tangan Frankfurt manakala selebihnya akan diterima oleh bekas kelab Jovic sebelum ini, Benfica.

Jovic pada mulanya berpindah ke Frankfurt secara pinjaman dalam perjanjian selama 2 tahun pada 2017. Berikutan persembahan baik Jovic, Frankfurt memilih untuk menjadikan beliau pemain tetap mereka pada awal tahun ini tetapi Benfica memasukkan klausa 20% terhadap yuran perpindahan Jovic yang seterusnya.

Walaupun disingkirkan Frankfurt di peringkat suku akhir Europa League, Benfica boleh tersenyum kerana bakal menerima 12 juta hasil penjualan Jovic kepada Real Madrid

Beberapa akhbar dari Sepanyol melaporakan Jovic akan menandatangani kontrak selama 6 musim bersama Los Blancos dan akan bertindak sebagai penyerang backup kepada Karim Benzema.

Pada asalnya, Real Madrid mahu menunggu sehingga jendela perpindahan musim panas dibuka sebelum memulakan rundingan rasmi dengan Frankfurt bagi mendapatkan Jovic.

Walau bagaimanapun, berikutan minat ketara yang ditunjukkan pasukan lain terhadap Jovic terutamanya dari Paris Saint-Germain, Real Madrid terpaksa bertindak lebih pantas dan segala perjanjian telah berjaya dimuktamadkan dalam minggu ini.

Menurut sumber dalaman, barisan kejurulatihan Real Madrid melihat Jovic sebagai ‘backup’ kepada Benzema atau bermain bersama di jentera serangan.

Selepas melihat persembahan mengecewakan Mariano yang baru dibeli pada musim panas lalu, Zinedine Zidane terpaksa bertindak cepat bagi mencari pemain baru yang mampu memberi lebih pilihan di jentera serangan.

Jovic melalui musim yang cukup cemerlang setakat ini dimana beliau berjaya menjaringkan 26 gol dan mencipta 7 assists dari 44 perlawanan. Beliau adalah pemain utama bagi pasukan yang sedang menghuni slot ke Liga Juara-Juara Eropah dan mara ke separuh akhir Europa League.

Maka tidak hairanlah untuk melihat Jovic menjaringkan gol buat Frankfurt ketika mereka seri 1-1 menentang Chelsea dalam aksi pertama separuh akhir yang baru sahaja berlangsung Jumaat lalu.

Jovic menjadi pemain ke-2 yang dibawa masuk Real Madrid bagi menghadapi saingan musim depan. Beberapa minggu sebelum ini, pemain pertahanan Porto, Militao setuju untuk berpindah ke Santiago Bernabeu dalam perjanjian bernilai  €50 juta selepas Real Madrid mengaktifkan klausa pelepasan pemain tersebut.

Adakah Militao mampu mencipta impak seperti yang dilakukan Pepe dahulu ?

Yang pasti, Jovic tidak akan menjadi pemain terakhir yang akan dibawa masuk Zidane ke dalam skuad Real Madrid musim hadapan kerana masih terdapat beberapa nama besar yang menunggu masa untuk diumumkan. Sama-sama kita saksikan !

BACA:  Takefuso Kubo Reject Tawaran RM822.86 Juta Untuk Sertai Al Nassr