Harry Maguire bakal kehilangan statusnya sebagai pemain pertahanan termahal di planet bumi apabila Manchester City dikhabarkan semakin hampir mendapatkan Josko Gvardiol.
Pemain pertahanan antarabangsa Croatia berusia 21 tahun itu sudah lama menjadi pemain yang disasarkan Pep Guardiola.
Leipzig sebelum ini pernah berkata kelab itu hanya akan melepaskan Gvardiol sekiranya ada kelab sanggup membayar sekitar £85 juta untuk pemain itu. Tetapi itu dahulu.
Nilai tersebut sekiranya perpindahan tersebut menjadi realiti sudah cukup untuk memintas nilai perpindahan £80 juta yang dibayar oleh Manchester United kepada Leicester City untuk mendapatkan Maguire pada musim panas 2019.
Man City sudah sepakat secara personal dengan Josko Gvardiol
CB/21/🇭🇷/185cm
RB Leipzig inginkan harga transfer €100jt + €20jt add on!
Josko dan agen sudah menyampaikan keinginannya untuk gabung City
Josko Gvardiol akan menjadi CB termahal di Premier League geser Harry Maguire!… pic.twitter.com/S18aqPkZxO— Siaran Bola Live (@SiaranBolaLive) July 3, 2023
Man City memberikan indikasi mereka bersedia untuk melakukan bidaan £68 juta, tetapi Leipzig awal-awal lagi menyatakan jumlah tersebut tidak mencukupi.
Laporan terbaru The Times di London kemudianya mengesahkan City meneruska perbincangan dengan kelab Jerman itu untuk nilai perpindahan rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan – demi memastikan Gvardiol segera ke Etihad.
The times juga mengesahkan Leipziq mahukan £86 juta tidak termasuk bonus untuk Gvardiol.
Perbincangan di antara kedua-dua kelab disahkan oleh Pengarah Sukan Leipziq, Max Eberl.
“Gvardiol dan ejen beliau menyatakan niat mereka untuk menyertai Man City. Kami kini sedang duduk berbincang dengan City.”
RB Leipzig sporting director Max Eberl has confirmed Josko Gvardiol has requested to join Man City.
The Croatian defender will cost £86m, surpassing Maguire's £80m move to Man United.
Gvardiol will also link up with his compatriot Kovacic.#FansConnect #Afrosport #Transfer pic.twitter.com/ggsDAF01pz
— Fans Connect Club (@fansconnectclub) July 2, 2023
Walaupun usianya yang masih muda, Gvardiol sudah memiliki 21 kaps untuk negaranya di pentas antarabangsa.
Gvardiol menyertai Leipzig dengan nilai perpindahan £14 juta daripada Dinamo Zagreb sebelum dipinjamkan semula ke kelab itu pada 2020.
Debut beliau bersama Leipzig di Bundesliga hanya bermula pada 20 August 2021 dalam kemenangan 4-0 menentang VFB Stuttgart.
Sejak daripada itu Gvardiol telah menjadi pemain utama Leipzig dan melakukan 59 penampilan untuk kelab Jerman itu.