Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey pulang ke rumah dengan senyuman meleret ke telinga selepas membantu Arsenal menumpaskan Tottenham Hotspurs dalam aksi ‘North London Derby’ yang berlangsung di Emirates Stadium semalam.
Arsenal bangkit dari ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama untuk mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas seteru utama mereka itu.
Arsenal terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Pierre Emerick-Aubameyang selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Spurs, Jan Vertoghen ketika sepakan penjuru.
Pengadil perlawanan, Mike Dean tidak teragak-agak memberikan penalti kepada Arsenal dan ia berjaya disempurnkan Aubameyang untuk jaringan ke-9 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Bagaikan terjaga dari lena, Spurs mula mengorak langkah dan melancarkan serangan ke arah kubu Arsenal. Gol penyamaan Spurs akhirnya hadir pada minit ke-30 melalui tandukan Eric Dier. Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno gagal menampan bola di ‘near post’ dengan baik dan Dier berjaya menyamakan kedudukan.
Kontroversi tercetus ketika Dier menyambut jaringannya itu. Beliau berlari ke arah peminat Arsenal sambil meletakkan jari di mulutnya sebagai tanda meminta penyokong Arsenal senyap.
Tindakan tersebut mengundang perasaan marah beberapa pemain Arsenal yang menyerbu Dier, termasuklah Aaron Ramsey. Pergaduhan kecil meletus antara kedua-dua belah tetapi cepat dileraikan pengadil.
Dier juga sempat menunjukkan isyarat kepada Ramsey meminta pemain tersebut tidak ‘busybody’ dan duduk di bangku simpanan sahaja senyap-senyap.
Pengurus Arsenal, Unai Emery melakukan dua pertukaran pada permulaan separuh masa kedua dengan memasukkan Ramsey dan Alexander Lacazette.
Percaturan tersebut nyata menjadi kerana Ramsey memainkan peranan penting dalam gol penyamaan Arsenal yang dijaringkan Aubameyang untuk gol ke-10 beliau musim ini.
He then came on and showed Dier who is boss!!!RT @ODDSbible: Eric Dier tells Aaron Ramsey to go sit back down on the bench ??
— Osaro Obaigbo (@Ohsax) December 2, 2018
Arsenal akhirnya kembali mendahului perlawanan pada minit ke-75 dengan rembatan luar kotak dari Lacazette, yang menerima umpanan daripada Ramsey. Ia juga merupakan assist ke-2 Ramsey dalam perlawanan tersebut.
Lucas Torreira akhirnya membunuh semua harapan peminat Spurs untuk melihat pasukan mereka bangkit apabila menjaringkan gol ke-4 Arsenal pada minit ke-77 selepas menerima hantaran cantik daripada Aubameyang.
Ia merupakan kemenangan yang sangat menakjubkan buat peminat Arsenal dan meletakkan The Gunners di kedudukan ke-4 dalam Liga Perdana Inggeris, satu anak tangga lebih tinggi dari Spurs.
Selepas tamat perlawanan, Ramsey menerusi akaun Instagram beliau telah memberikan ‘jawapan’ kepada ejekan Dier terhadapnya pada separuh masa pertama.
Aaron Ramsey on Instagram story. Eric Dier allegedly told him to sit back down on the bench after a fight broke out between the two sides after Tottenham’s equaliser today. [IG story: aaronramsey] #afc pic.twitter.com/1qWJmSTsCz
— afcstuff (@afcstuff) December 2, 2018
“Duduk diam dia cakap.”
Revenge is sweet. Lebih manis apabila ia berlaku terhadap musuh anda yang paling ketat. Well played, Aaron.
Padan muka Dier. Sapa suruh menganjing sangat.