Arjen Robben telah mengumumkan persaraan penuh dari dunia bola sepak buat kali kedua pada penghujung musim 2020/21 yang lalu.
Legenda bola sepak Belanda itu pada awalnya telah mengumumkan persaraan beliau pada tahun 2019, namun beliau memutuskan untuk kembali beraksi bersama kelab asalnya, FC Groningen.
Namun begitu, selepas membuat tujuh penampilan pada musim 2020/21, beliau akhirnya memutuskan untuk menggantung terus bootsnya demi kebaikan semua.
Retired Bayern Munich and Chelsea star Arjen Robben completes his first ever marathon in 3 hours 14 minutes https://t.co/sPjYcdfIqI
β MailOnline Sport (@MailSport) April 11, 2022
Robben berjaya menstabilkan dirinya sebagai salah seorang pemain sayap terhebat pada abad ke-21 ini dan beliau turut pernah menikmati karier yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Kariernya ketika bersama Bayern Munich jelas sekali antara yang paling diingati oleh para peminat dengan beliau pada kemuncak kariernya dianggap sebagai antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak.
Bahkan sehingga hari ini para penyokong Bayern Munich masih lagi menyanjungi dan mengenang beliau sebagai antara legenda terhebat yang pernah beraksi bersama kelab.
Kehebatan beliau juga banyak memberi inspirasi kepada pemain-pemain sayap yang masih aktif bermain pada hari ini.
Kini, di usia 38 tahun, beliau selayaknya dimaafkan kerana memilih untuk meninggalkan pentas bola sepak dan menikmati hari-hari selepas bersara.
Walau bagaimanapun, Robben masih tetap berminat untuk menjaga kesihatan dan kecergasan beliau dengan tetap melakukan aktiviti riadah.
Hujung minggu ini, Robben telah berjaya menamatkan larian marathon pertama beliau selepas mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak.
Bekas bintang Real Madrid, Chelsea dan Bayern Munich itu berjaya melepasi kesukaran untuk menamatkan larian di acara Rotterdam Marathon itu.
Beliau juga sebenarnya sudah melakukan yang terbaik di acara tersebut, dengan Robben menamatkan larian dengan catatan masa 3 jam dan 14 minit.
Arjen Robben completed the first marathon of his life over the weekend.
No rest in retirement π pic.twitter.com/03xYtFG6hf
β GOAL News (@GoalNews) April 11, 2022
Ia merupakan rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk atlet berusia 38 tahun yang baru sahaja menyertai larian marathon pertama sepanjang kariernya.
Di bawah merupakan rakaman bagaimana reaksi beliau ketika menyentuh garis penamat di acara tersebut.
Linksbacks gek maken. Dat vond Arjen Robben leuk. 42 kilometer lang kapot gaan in Rotterdam. Dat vindt 'ie minder. pic.twitter.com/bndfkogsrs
β NOS Sport (@NOSsport) April 10, 2022
Well of course Arjen Robben just went on to finish the Rotterdam Marathon with a rather decent time of 3:13:57.
That's 42 kilometers.
Legend πͺ
Via @runnersworldnl pic.twitter.com/hZJ1SVH8nD
β DW Sports (@dw_sports) April 11, 2022
Di bawah merupakan catatan masa beliau sepanjang larian tersebut.
Robben memulakan larian seperti kereta api laju dengan beliau terus memecut meninggalkan peserta yang lain.
Beliau berjaya mencatatkan catatan masa yang sungguh menakjubkan pada jarak 30km namun mungkin kerana sudah sedikit pancit, beliau memperlahankan lariannya pada 12km terakhir.
Robben juga sepertinya dilihat agak bergelut dengan kesakitan selepas beliau melepasi garis penamat.
Menurut sumber laporan dari Daily Mail, kelajuan larian Robben secara puratanya adalah 8.121mph dan beliau mencatatkan 7 minit 22 saat setiap satu km.
Mengikut kategori lelaki, beliau berada di kedudukan ke-1280 dari 9187 peserta dari dari segi peringkat umur, beliau berada di kedudukan ke-268 dari 1313 peserta.
Robben jelas sekali berasa sangat lega selepas melepasi garisan penamat dan beliau turut mengakui yang dirinya tak begitu menikmati pengalaman menyertai acara tersebut.
Robben menjelaskan kepada Rijnmond bahawa:
βIa sebenarnya tak begitu menyeronokkan. Saya berjaya, tapi hanya itu sahaja.β
Arjen #Robben will take part in the Rotterdam Marathon today. "I'm a sports fan and like to keep fit. This is a nice challenge", he said before the start. (@iMiaSanMia) #FCBayern #MiaSanMia pic.twitter.com/Wn3FJqbsgw
β Martijn Visscher (@MartijnVisscher) April 10, 2022
βSaya kerap pergi terlalu deep dan terpaksa bertarung dengan kesakitan, tapi ini juga saya anggap sebagai pejuangan sebenar. Peminat yang ada di tepi-tepi itu benar-benar membantu kamu. Terima kasih pada semua orang untuk itu. Ia sangat membantu saya.β
βPada permulaan, saya sedikit sibuk memikirkan tentang catatan masa, tapi pada titik tertentu saya ketepikan terus tentang hal itu.β
βIa sangat melegakan selepas saya berjaya mengakhiri marathon pertama saya. Walaupun selepas itu saya sedar sesuatu berlaku pada badan saya, tapi saya tetap puas sebab saya berjaya.β
Sumber: GMS