Robben Dedah Kisah Silam, Hampir Sertai Manchester United

Pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben mendedahkan beliau sudah bersiap sedia untuk menyertai Manchester United selepas makan malam bersama Sir Alex Ferguson pada tahun 2003, tetapi United tidak pernah membuat sebarang tawaran terhadapnya selepas itu.

Suatu ketika dahulu, Robbe masih mempunyai rambut

Pemain antarabangsa Belanda ini baru sahaja berusia 19 tahun ketika melakukan kunjungan ke padang latihan Manchester United di Carrington. Beliau melawat Manchester pada Disember 2003 untuk berjumpa dengan Ferguson sebelum perpindahannya ke Old Trafford dari PSV Eindhoven.

Selepas perbincangan positif di antara pihak Robben dan Ferguson, beliau kembali ke PSV dengan perasaan teruja kerana bakal menyertai salah sebuah kelab terbesar di dunia. Tetapi perjanjian tidak dapat diteruskan kerana United enggan membayar yuran perpindahan yang diminta PSV.

“Saya mempunyai perbincangan yang baik dengan Ferguson ketika makan malam. Kami bercakap mengenai bolasepak dan hal berkait dengan kehidupan.” Ujar Robben kepada majalah FourFourTwo.

Mujur masuk Chelsea. Dapat merasa menang dua kali EPL

“Saya juga pergi menjenguk padang latihan mereka dan semuanya kelihatan sangat bagus. Tetapi selepas saya kembali ke PSV, tiada apa-apa yang berlaku.”

“Tiada sebarang perhubungan berlaku dan perjanjian tersebut tidak diteruskan. Pada ketika itu, PSV juga sedang mengadakan perbincangan dengan Chelsea. Mungkin Chelsea menawarkan lebih banyak wang daripada United. Saya pon tidak tahu.”

“Saya bercakap dengan Chelsea dan saya suka dengan rancangan mereka. Kami hanya berjumpa sekali dan semuanya berlangsung dengan pantas selepas itu.”

Revenge is sweet

“Seandainya Manchester United menawarkan kontrak sebaik sahaja saya balik dari berjumpa mereka, sudah tentu saya akan bermain di sana. Malangnya ia tidak berlaku dan saya pon tidak menyesal dengan perjalanan karier saya.”

Robben memilih untuk menyertai Chelsea pada musim panas 2004 dalam perjanjian bernilai sekitar £12juta. Beliau berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk dua musim berturut-turut di bawah Jose Mourinho sebelum menyertai Real Madrid pada tahun 2007.

Keengganan United untuk membayar jumlah yang diminta PSV mungkin disebabkan Wayne Rooney yang menyertai pasukan tersebut dari Everton pada musim panas yang sama. Rooney berpindah ke Old Trafford dalam perjanjian bernilai £30juta, rekod dunia bagi pemain remaja ketika itu.

Punca sebenar United enggan dapatkan Robben

Cristiano Ronaldo juga berpindah ke Manchester United pada tahun yang sebelumnya dengan yuran perpindahan yang hampir sama dengan jumlah yang diminta PSV terhadap Robben.

Selepas berbelanja besar untuk mendapatkan Ronaldo dan Rooney pada ketika itu, pihak atasan United tidak mahu lagi membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan lagi pemain remaja.

Presiden PSV pada ketika itu, Harry van Raaij berkata Robben sangat kecewa perpindahan ke Old Trafford tidak berlaku.

Beliau turut mendakwa Manchester United mungkir janji dengan menawarkan jumlah yang lebih rendah dari apa yang dipersetujui sebelum itu.

BACA:  Mourinho: Hazard Dialu-alukan Untuk Menyertai Manchester United