Roberto Carlos Tidak Fikir Panjang Tinggalkan Inter Milan Kerana Terkilan Tindakan Roy Hodgson

Bekas bintang Brazil, Roberto Carlos berkata beliau hanya memerlukan 10 minit untuk berfikir meninggalkan Inter Milan dan menyertai Real Madrid.

Pemain bek kiri itu hanya kekal selama semusim di Inter sebelum mengambil keputusan untuk ke Estadio Santiago Bernabeu pada musim panas 1996.

Roberto Carlos nyata mempunyai sebab beliau tersendiri untuk berbuat demikian. Pada ketika itu, Inter Milan dilatih oleh jurulatih berbangsa Inggeris, Roy Hodgson.

Hodgson yang turut pernah melatih England dan Liverpool kini adalah pengurus Crystal Palace.

“Di Inter mereka meletakkan saya di posisi sayap, dan pernah juga sebagai penyerang,” kata Roberto Carlos melalui video di Instagram milik FIFA.

“Masalahnya adalah saya telah menjaringkan tujuh gol dari tujuh perlawanan pertama saya.

“Itu menyebabkan mereka [Inter] meletakkan saya di bahagian hadapan, dan saya rasa merana.

“Saya bercakap dengan Presiden [Massimo Moratti] untuk menjelaskan kepadanya bahawa saya tidak boleh bermain di posisi itu.

“Ini kerana Copa America sudah semakin dekat, dan saya harus beraksi di posisi asal untuk dipanggik menyertai skuad kebangsaan.

“Menariknya ketika pertemuan dengan Presiden, Lorenzo Sanz [Presiden Real Madrid] juga berada di situ untuk bermesyuarat. Dan pada 10 minit seterusnya, saya sudah menyertai Real Madrid.”

Roberto Carlos dikenali sebagai seorang pemain yang memiliki sepakan kaki kiri yang deras, menjadikan beliau sebagai antara pengambil sepakan percuma paling bahaya pada era itu.

Namun hanya dua gol yang dianggap sebagai Roberto Carlos sebagai istimewa.

“Ia adalah gol menentang Barcelona dari sepakan percuma, dan menentang Perancis di Paris,” ujar beliau.

Menjelaskan jaringan ikonik yang menyebabkan nama beliau dikenali di seluruh dunia pada 1998 itu, Carlos berkata: “Bola tidak begitu berat, membuatkan ianya lebih mudah untuk saya melencongkan bola.

Beliau juga menamakan Joaquin Sanchez, Samuek Eto’o dan Luis Figo sebagai tiga pemain yang paling sukar dihadapinya.

BACA:  Gol Padu Jaringan Lautaro Martinez Gagal Bawa Inter Ke Peringkat Suku Akhir