Pemain pertahanan Liverpool, Andrew Robertson menjadi pemain Liverpool pertama memecahkan kesunyian apabila menjadi pemain Liverpool yang pertama berbicara mengenai isu lanjutan kontrak Mohamed Salah.
Robertson sebagaimana kau, aku dan dia serta peminat Liverpool yang lain mahukan isu kontrak pemain handalan dunia ketika ini dapat diselesaikan dengan segera.
Pemain penyerang Mesir itu kini masih lagi dalam proses rundingan dan perbincangan mengenai kontrak baharu bersama Liverpool yang sudah berlanjutan untuk beberapa bulan.
Kontrak Mohamed Salah yang terkini akan tamat pada jun 2023 dan pemain berusia 29 tahun itu tanpa berselindung mahu terus kekal bersama Liverpool sehingga ke hujung nyawa.
Andy Robertson on Mo Salah:
“He's an incredible player – I think at this moment he's the world's best and he'll want to continue that. He won't want it for nine or 10 games, which he's done so far, he'll want to do it for a whole season like he's done previously.” #awlive [sky] pic.twitter.com/kMeHCCd1nf
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 29, 2021
Namun selepas beberapa bulan berunding Mohamed Salah dan majikannya, Liverpool masih tidak menemui titik persamaan dan Salah hanya mampu berserah kerana jodohnya di Anfield bergantung kepada keputusan kelab.
Ketika ditanya mengenai isu pemain nombor 11 itu, Robertson berkata beliau percaya bahawa peminat Liverpool layak untuk memiliki pemain terbaik dan hebat seperti Mohamed Salah dan berharap situasi ini akan diselesaikan dengan segera.
“Salah cakap beliau gembira untuk kekal disini dan perkara ini terpulang kepada beliau dan juga kelab untuk mencapai kata sepakat.” Ujar Robertson kepada Sky Sports.
“Aku berharap aku akan dapat terus bermain dengan beliau. Aku suka amat bermain dengan Mo dan aku suka beraksi dengan rakan sepasukan yang ada dan sudah pasti kau tidak mahu lihat sesiapa pun pergi.”
Andy Robertson on Mo Salah:
"I hope that I can continue to play with him. I love playing with Mo and all the lads around me and you don't want to see anyone leave. He said he'd be happy to stay here and that's up to him and the club to come to an agreement.” #awlive [sky] pic.twitter.com/GJhAuYjTFJ
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 29, 2021
Tidak mahu mengulas panjang dan memanjangkan pendapat serta buah fikiran yang berisiko diputar belit media, Robertson menyerahkan perkara ini kepada Salah dan Liverpool.
“Jadi marilah kita tinggalkan perkara ini kepada kelab dan Mo. Aku pasti semua orang cuba untuk mendapatkan persetujuan yang terbaik untuk semua.”
“Mudah-mudahan mereka dapat mencapai penyelesaian kerana jika Mo bukan pemain terbaik dunia, Mo tidak akan berada dalam perbincangan ini. Mo pemain yang kau mahukan di kelab dan jenis pemain yang layak untuk peminat miliki.”
“Mudah-mudahan perkara ini berkesinambungan dan Mo boleh kekal lebih lama.”
Robertson: “Let's leave it up to the club and Mo – I'm sure everyone's trying to get to an agreement that can work for everyone. Hopefully they can reach a solution because if he's not the world's best, he's definitely in the discussion for it.”
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 29, 2021
Salah mempamerkan prestasi luar biasa dan terbaik rasanya dalam kariernya bersama Liverpool apabila telah menjaringkan 15 gol dalam 12 perlawanan dalam semua kejohanan serta mencipta 5 assist.
Walaupun sudah ada perdebatan dan perbandingan yang dibuat antara Salah dan pemain handalan yang mempunyai rekod kecemerlangan yang panjang, setakat musim ini tiada keraguan Salah merupakan pemain terbaik dunia.
Sebelum ini pemain sensasi dan mesin cetak gol Liverpool, Mohamed Salah dikhabar anginkan mahu dibayar gaji £500,000 seminggu untuk melanjutkan kontraknya bagi terus kekal bersama Liverpool.
Mohamed Salah contract talks continue after '£500,000-per-week' wage reports#LFC https://t.co/M9EIviunEW pic.twitter.com/cxB2rLKRB6
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 5, 2021
Khabar angin ini mula bertiup kencang selepas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah mengesahkan bahawa kelab kini dalam perbincangan bersama Mohamed Salah untuk melanjutkan kontrak.
Mohamed Salah kini merupakan antara pemain yang menerima gaji yang tertinggi di Liverpool dan kontrak baharu akan menjadikan beliau penerima bayaran tertinggi mengatasi Virgil Van Dijk yang dibayar £220,000 seminggu.
Mohamed Salah kini dilaporkan berada dalam radar pemantauan Paris Saint Germain dan juga gergasi La Liga, Real Madrid yang menjadi destinasi tertinggi bagi setiap pemain bola sepak.
📰 Reports suggest Mohamed Salah is demanding £500,000 a week to extend his contract at Liverpool
🔴 Liverpool are adamant they won't pay that much
Is he worth it? 🤔#LFC pic.twitter.com/ycY3Kf0Bdw
— William Hill (@WilliamHill) September 5, 2021
Khabar angin paling tidak masuk akal adalah laporan tawaran Newcastle United kepada Mohamed Salah adalah sebanyak €800,000 seminggu dan akan mencecah €1.3 juta seminggu jika memenuhi berberapa syarat seperti jaringan gol dan bantuan gol.
Ejen yang mewakili Mohamed Salah dilaporkan mahukan kontrak bernilai £500,000 seminggu dan pemain bintang dari Mesir itu pula hanya mahukan antara £300,000 sehingga £380,000 sahaja seminggu.
Satu angka yang tidak logik yang akan ditunaikan oleh Liverpool, jika permintaan ini dipenuhi sudah pasti akan menimbulkan suasana tidak bagus jika ada pemain lain yang menuntut kenaikan seperti apa yang terjadi di Manchester United melibatkan Paul Pogba dan Alexis Sanchez.
Situasi terkini sudah wujud kumpulan yang terdiri dari kalangan bekas pemain dan juga peminat yang mahu Liverpool membayar apa sahaja Salah mahu kerana beliau layak.