Salah Pemain Kedua Menjaringkan Gol Terbanyak Dari 100 Penampilan

Mohamed Salah telah membuat kemunculan ke-100 beliau dalam saingan Premier League pada hujung minggu lalu menentang Bournemouth dan telah menjaringkan gol ke-70 peribadi.

Salah merupakan pemain yang paling menyerlah bersama pasukan The Reds sejak ketibaanya di Anfield pada tahun 2017 lagi. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah termasuk dua Kasut Emas Liga Perdana bersama Liverpool.

Antara pembelian paling berbaloi buat skuad kendalian Jurgen Klopp. Salah telah menandatangani perjanjian bersama Liverpool dari AS Roma pada jendela perpindahan musim panas 2017 dengan nilai perpindahan £36 juta.

Pembelian Salah merupakan satu bonus buat Liverpool kerana Salah hadir sebagai pemain sayap namun Jurgen Klopp telah mengubahsuai beliau sebagai mesin gol.

Pada musim pertama Salah bersama Liverpool, pemain Mesir itu telah mempamerkan aksi tidak boleh bawa bincang dengan menjaringkan 44 gol dalam 52 perlawanan.

Para pembenci Liverpool sungguh sakit hati dan mula berdengki dengan menyatakan Salah merupakan seorang pemain ‘One season wonder’ sahaja.

Salah membuktikan sebaliknya apabila terus mencetak gol demi gol bersama Liverpool tanpa rasa bersalah dan membawa pelbagai piala.

2017/18: 52 perlawanan, 44 gol
2018/19: 52 perlawanan, 27 gol
2019/20: 39 perlawanan, 20 gol

Selama tiga musim berturut- turut Salah menjaringkan 20 gol semusim, dengan tanda harganya sangat berbaloi-baloi.

Salah mengalami kesukaran ketika bersama Chelsea diawal kariernya di England.

Namun sekembalinya beliau ke Premier League bersama pasukan Liverpool, Salah telah mempamerkan aksi luar biasa hebat dan menjadi antara penyerang terbaik dalam sejarah pasukan The Reds.

The Egyptian king telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding Michael Owen(54), Luis Suarez(62), Robbie Fowler(62), dan Fernando Torres (63) dalam 100 penampilan untuk Liverpool dalam saingan Premier League.

“Mo Salah adalah pemain yang sangat unik”

Kata dari seorang lagenda Liverpool Danny Murphy kepada talkSPORT baru-baru ini.

“Menjaringkan gol sebanyak ini dari posisi sayap adalah sesuatu yang sangat luar biasa.”

“Untuk menyamakan beliau dengan penyerang itu satu hal yang sangat sukar kerana beliau tidak bermain diposisi penyerang tengah, tetapi untuk mencapai apa yang beliau capai secepat ini dengan bermain diposisi sayap adalah kejayaan yang lebih baik dari apa jua kejayaan yang pernah dicapai oleh penyerang Liverpool yang lain.”

“Salah merupakan pembelian paling berbaloi untuk Liverpool dalam tempoh sedekad ini.”

Senarai Penjaring Terbanyak Dalam 100 Perlawanan Di Premier League.

Berikut adalah senarai nama pemain beserta jumlah jaringan dalam 100 penampilan bersama pasukan mereka di pentas Priemier League.

10. Harry Kane (Tottenham) | 59 gol

9. Thierry Henry (Arsenal) | 59 gol

8. Luis Suarez (Liverpool) | 62 gol

7. Robbie Fowler (Liverpool) | 62 gol

6. Fernando Torres (Liverpool) | 63 gol

5. Andy Cole (Newcastle/Man Utd) | 63 gol

4. Sergio Aguero (Man City) | 64 gol

3. Ruud van Nistelrooy (Man Utd) | 68 gol

2. Mohamed Salah (Liverpool) | 70 gol

1. Alan Shearer (Blackburn) | 79 gol

Hanya Alan Shearer sahaja pemain yang mempunyai jaringan terbanyak dari 100 penampilan di Premier League berbanding Salah. Ia antara kejayaan yang sangat menakjubkan.

Salah mempunyai ratio menjaringkan gol yang lebih tinggi dari Van Nistelrooy dan Aguero dalam 100 penampilan awal di Premier League.

Henry pemain yang dianggap sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman di Premier League juga 11 gol ketinggalan dari Mo Salah untuk 100 penampilan awalnya di Liga Perdana.

Cristiano Ronaldo tidak disenaraikan dalam senarai 10 penjaring terbanyak ini kerana beliau agak merundum ketika mula-mula menyertai setan merah dahulu sama seperti lagenda United,Wayne Rooney.

Statistik ini telah menunjukkan bahawa tidak dapat disangkal lagi Mo Salah merupakan salah satu pemain terbaik Liga Perdana sejak kebelakangan ini.

BACA:  Arsene Wenger Menghamburkan Pujian Menggunung Kepada Salah Dan Mane