Rodrygo Tak Sanggup Hadap Kehadiran Mbappe Di Real Madrid

Pemain sayap Real Madrid, Rodrygo dilaporkan mengancam untuk menghantar ‘transfer request’ sekiranya Real Madrid mendatangkan Kylian Mbappe.

Menurut laporan El Nacional, ketibaan bintang antarabangsa Perancis itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan pemain itu, membuatkan dia bertekad meninggalkan Santiago Bernabeu jika perpindahan itu menjadi realiti.

Rodrygo menyifatkan adanya Mbappe di dalam pasukan Madrid itu akan membuatkan minit perlawanannya akan berkurangan secara drasttik.

Disebabkan itu bintang muda dari Brazil itu dikatakan sudah menyatakan niatnya untuk melakukan perbincangan dengan kelab lain sekiranya Real Madrid mahu meneruskan perancangan tersebut.

Rodrygo sebelum ini dianggap sebagai pemain penting untuk projek masa depan Los Blancos.

Pemain itu juga popular di kalangan penyokong selepas melakukan 165 penampilan, menjaringkan 37 gol dan 32 assist sejak menyertai gergasi Sepanyol itu.

Musim 2022/23 menyaksikan Rodrygo mencetak 19 jaringan, selain turut menghasilkan 11 assist untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti.

Ketibaan Mbappe yang dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia pada hari ini dirisaukan akan mengubah taktikal pasukan untuk memenuhi potensi pemain Perancis itu, sekaligus menyisihkan Rodrygo.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu dikatakan tidak berminat meneruskan karier bersama PSG selepas kontrak beliau tamat pada Julai tahun hadapan.

Enggan melepaskan Mbappe secara percuma, PSG nekad menjual pemain itu dan Real Madrid kini menjadi tumpuan setelah gagal membawa masuk pemain tersebut pada musim panas tahun lalu.

Walaupun demikian perpindahan tersebut hanya boleh direalisasikan dengan jumlah pelaburan besar kerana PSG tidak rela melepaskan pemain itu dengan nilai yang muarah.

Real Madrid pula terikat dengan peraturan kewangan La Liga selepas membelanjakan €103 juta untuk pemain berusia 18 tahun, Jude Bellingham daripada Borussia Dortmund.

BACA:  Ancelotti Label Laporan Kaitkan Dirinya Dengan Brazil Sekadar Khabar Angin