Kompilasi Mbappe vs Bayern Munich Yang Tiada Tandingan

Kompilasi rangkuman individu Kylian Mbappe ketika menentang Bayern Munich membuktikan bahawa pemain muda ini merupakan satu bakat yang tiada tandingan lagi ketika ini.

Menjaringkan hatrik ketika menyingkirkan Barcelona dan dua gol dihasilkan ketika menewaskan Bayern Munich membuktikan kehebatan Kylian Mbappe menetang pasukan gergasi dunia.

Semua ini dilakukan dalam dua perlawanan sahaja ditempat lawan oleh Kylian Mbappe di Champions League. Dua perlawanan vs dua gergasi = 5 gol.

Kylian Mbappe menjaringkan dua gol ketika PSG menewaskan Bayern Munich 3-2 di Allianz Arena dan membawa bekalan gol amat berharga untuk perlawanan kedua.

Sepanjang perlawanan ini Kylian Mbappe yang disuap sesedap rasa oleh Neymar terutamanya telah menghuru-harakan pertahanan Bayern Munich dengan kelicikan dan kepantasan beliau.

Kemampuan menjaringkan gol Mbappe tidak perlu dipertikaikan lagi namun Mbappe tidak tamat untuk merencana serangan bagi rakan sepasukan menjaringkan gol.

Nikmatilah aksi yang tidak terbatas dari Mbappe.

Berikut merupakan senarai pasukan gergasi dan bilis yang telah menjadi mangsa Kylian Mbappe yang baru berusia 22 tahun di Champions League.

– Barcelona (4 gol).
– Bayern Munich (3 gol).
– Borussia Dortmund (3 gol).
– Manchester City (2 gol).
– Juventus (1 gol).
– Liverpool (1 gol).
– Manchester United (1 gol).
– Real Madrid (1 gol).

Kylian Mbappe telah muncul antara pemain termuda dalam sejarah Piala Dunia yang beraksi dan menjaringkan gol di pentas final Piala Dunia di kejohanan Piala Dunia 2018 Russia.

Selepas sekian lama tiada pemain baru berada dalam senarai pemain muda berkasi dan menjaringkan gol di final Piala Dunia, Mbappe muncul selepas diberi kepercayaan oleh Didier Deschamp.

Semua pencapaian ini telah dilakukan oleh Mbappe ketika berusia 19 tahun.

Pemain Paling Muda Menjaringkan gol di Final :

1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
3. Peracio – 20 tahun 229 hari (Piala Dunia 1938)
4. Peucelle – 21 tahun 320 hari (Piala Dunia 1930)
5. Amarildo – 21 tahun 323 hari (Piala Dunia 1962)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)

Pemain Paling Muda Beraksi di Final :

1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Bergomi – 18 tahun 201 hari (Piala Dunia 1982)
3. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
4. Varallo – 20 tahun 175 hari (Piala Dunia 1930)
5. Suarez – 20 tahun 221 hari (Piala Dunia 1930)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)

Pemain muda Perancis ini juga mengharungi musim pertama yang gemilang bersama PSG apabila memenangai kejuaraan Treble dengan menjaringkan 21 gol dalam 44 penampilan.

Pencapaian Kylian Mbappe di tahun 2018

1. Juara Ligue 1
2. JuaraCoupe de France
3. Juara Coupe de la Ligue
4. Juara World Cup
5. Pemenang World Cup Best Young Player
6. Pemain FIFPro World XI
7. Pemenang Trophée Kopa

Highlight Bayern Munich 2-3 PSG

Jika semalam finalis Champions League 2018 bertemu dan perlawanan pagi buta ini menemukan dua finalis Champions League musim lalu, Bayern Munich sang juara bertahan menentang Paris Saint Germain.

Bayern Munich turun tanpa penyerang berbisa Eropah ketika ini, Robert Lewandowski yang mengalami kecederaan dan tugas ini digalas oleh Eric Maxim Choupo-Moting yang merupakan bekas pemain PSG.

Perlawanan antara Bayern Munich dan PSG menyaksikan salji turun dengan lebat dan telah memutihkan padang serta menghadkan jarak penglihatan.

PSG terlebih dahulu membuka tirai jaringan yang berlangsung di Allianz Arena seawal minit ketiga perlawanan menerusi Kylian Mbappe hasil bantuan gol Neymar.

Larian Neymar dari tengah padang telah dikejar oleh 3-4 orang pemain Bayern Munich dan tiada seorang yang mengawal Kylian Mbappe di kanan.

Tolakan dibuat Neymar kepada Kylian Mbappe yang melepaskan satu rembatan deras menyebabkan Manuel Neuer bertelur.

Bermula dari sepakan penjuru pendek Angel Di Maria maka terhasillah gol kedua PSG yang sangat aman damai di mana semua pemain hanya mampu melihat.

David Alaba berjaya mengeluarkan bola dan semua pemain cuba kembali ke posisi masing-masing, bola sampai kepada Neymar yang membuat satu hantaran.

Marquinhos bijak menghidu dan membuat larian dari belakang lalu terlepas dari perangkap offside, Marquinhos mudah menewaskan Manuel Neuer yang terkesima.

Marquinhos terus dikeluarkan selepas jaringan kedua PSG kerana mengalami kecederaan dan bekas pemain Manchester United, Ander Herrera di masukkan.

Eric Maxim Choupo-Moting mengecilkan kembali jurang gol selepas menyundul masuk hantaran sesedap rasa Benjamin Pavard.

Bayern Munich juga melakukan dua pertukaran awal mengeluarkan Leon Goretzka dan Niklas Suele digantikan dengan Alphonso Davies dan Jerome Boateng.

Bayern Munich menguasai perlawanan namun PSG lebih tajam menjaringkan dua gol dengan hanya dua percubaan tepat sehaja sepanjang tempoh 45 minit pertama.

Bersambung babak kedua menyaksikan Bayern Munich bermula dengan sangat garang dan lain macam untuk mencari gol penyamaan dengan serangan bertali arus.

Selepas 15 minit akhirnya Bayern Munich menemui gol penyamaan hasil sundulan Thomas Muller yang sememangnya tiada obat berpunca dari sepakan percuma Joshua Kimmich.

Semangat membara dari Thomas Muller sehingga beliau tidak menyedari kepalanya sudah berdarah lecer sehinggalah ditegur pengadil supaya mendapatkan rawatan.

Seperti tandukan Thomas Muller yang tiada obat, serangan balas PSG juga sama dengan kelicikan dan kepantasan Kylian Mabppe menjaringkan gol ketiga.

Mendapat bola dari Neymar, Mbappe secara solo membawa bola ke hadapan lalu membuat acahan kepada Jerome Boateng yang mudah dijinakkan Mbappe.

Terkemut-kemut dan terhangguk-hangguk kepada Boateng di acah Mbappe sebelum rembatan dilepaskan menewaskan Manuel Neuer buat kali ketiga.

Kylian Mbappe telah menjaringkan 5 gol dalam dua perlawanan terakhir Champions League di tempat lawan. Bukan kaleng-kaleng score lawan Barcelona dan Bayern Munich.

Serangan bertali arus Bayern Munich diteruskan bagi mengurangkan kelebihan yang ada pada PSG dan sesekali PSG melakukan serangan balas.

Bayern Munich melakukan 15 percubaan tepat dan hanya dua gol terhasil, ketiadaan Robert Lewandowski jelas sangat dirindui.

Tugas berat menanti Bayern Munich apabila bertandang ke Le Parc des Princes untuk perlawanan kedua dengan PSG membawa kelebihan 3 gol tempat lawan.

Bayern Munich (4-2-3-1) Neuer; Pavard, Sule, Alaba, Hernandez; Kimmich, Goretzka; Sane, Muller, Coman; Choupo-Moting.

Substitutes: Nubel, Martinez, Boateng, Davies, Sarr, Nianzou, Musiala.

Paris Saint-Germain (4-2-3-1) Navas; Dagba, Marquinhos, Kimpembe, Diallo; Gueye, Danilo; Di Maria, Neymar, Draxler; Mbappe.

Substitutes: Rico, Lettelier, Kehrer, Rafinha, Kean, Sarabia, Herrera, Bakker, Pembele, Gharbi, Nagera, Kamara.

Referee Antonio Mateu Lahoz (Spain).

BACA:  Emi Martinez Buat Hal Lagi, Kali Ini Troll Mbappe Pula