Ronaldo Dijatuhkan Hukuman Penjara dan Denda RM89 Juta Kerana Penipuan Cukai

Pemain sensasi dalam dunia bola sepak, Cristiano Ronaldo telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan turut dikenakan denda sebanyak €18.8 juta atau lebih kurang RM89 Juta je kerana didapati bersalah dalam penipuan cukai.

Berdasarkan laporan dari sebuah penerbitan berita Sepanyol, Marca telah mendedahkan bahawa Ronaldo telah melakukan penipuan selama 4 tahun yang bernilai €14,768,897 je dan Ronaldo redha serta pasrah menerima hukuman penjara dan denda.

Nmaun begitu Perbendaharaan Sepanyol telah memberi persetujuan ke atas bekas Real Madrid dan Portugal Cristiano Ronaldo bayaran denda sebanyak €18.8 juta sahaja dan hukuman penjara selama dua tahun itu ditangguhkan.

Di bawah undang-undang Sepanyol mana-mana hukuman selama dua tahun atau kurang boleh menggantung hukuman tersebut dengan syarat itu merupakan kesalahan pertama dan dalam tempoh pengantungan itu mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Ronaldo telah mengaku bersalah atas empat tuduhan penipuan dan telah membuat penyelesaian dengan membayar denda bernilai £16.5 juta. Akhbar Sepanyol El Mundo melaporkan bahawa pada September tahun lalu pemain Juventus ini telah menawarkan pembayaran sebanyak £12.9 juta tetapi telah ditolak oleh kerajaan Sepanyol.

Kisah penipuan cukai Ronaldo ini telah berlarutan selama setahun lepas dan Ronaldo nyata kurang menerima sokongan dari kelabnya ketika itu, Real Madrid menyaksikan Ronaldo tidak berminat untuk terus bersama Los Blancos.

Apa yang kau jerit? Pergi bayar cukai la setan.

Kini bekas pemain Manchester United itu telah bersama dengan pasukan barunya di Serie A, Juventus dengan yuran perpindahan lebih kurang ketika beliau tiba di Real Madrid pda 2009. Maka benarlah kes ini antara sebab Ronaldo berhijrah.

Pada tahun lalu, Gestifute merupakan syarikat menguruskan karier ahli sukan yang dimiliki oleh Super Ejen, Jorge Mendes telah mendedahkan bahawa pendapatan Cristiano Ronaldo bagi tahun 2015 adalah sebanyak-banyaknya berjumlah RM1.06 Bilion.

Syarikat yang menguruskan Cristiano Ronaldo telah tampil mempertahan dan cuba membersihkan nama Ronaldo atas tuduhan lari daripada membayar cukai dengan memuat naik bukti bayaran yang telah dibuat Ronaldo.

Nasib baik kena denda je. Kalau tidak sampai ke penjara nak jadi GOAT.

Sebelum ini seteru utama Ronaldo ketika di Real Madrid, Lionel Messi juga telah dijatuhkan hukuman penjara selama 21 bulan kerana terlibat dalam kes penipuan cukai.Messi sentiasa berada di hadapan Ronaldo dalam apa jua situasi.

Messi didakwa dan didapati bersalah didakwa mewujudkan beberapa syarikat palsu di Belize dan Uruguay untuk mengelak cukai €4.16 juta (RM18.67 juta) ke atas pendapatan hak cipta imej antara tahun 2007 dan 2009.

Antara pemain yang dijatuhkan hukuman kerana penipuan cukai antranya Ricardo Carvalho, Javier Mescharano manakala 3 lagi bekas pemain Real Madrid masih diburu.

Baca Juga

Baca Juga