Wayne Rooney menggesa Marcus Rashford agar segera untuk kembali bangkit selepas melihat kemerosotan prestasi bintang England itu.
Legenda kelab itu memberi nasihat penuh semangat kepada Rashford dan mendesak bintang England itu supaya bangkit dari kejatuhan yang sedang beliau alami pada ketika ini.
Rashford pada musim ini jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan beliau sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad.
I absolutely love this Wayne Rooney's message to Marcus Rashford ๐
A Man Utd legend who deeply understands what it means to play for the club โค๐ pic.twitter.com/pfs2Sd4AdK
โ UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) March 28, 2022
Masa depan beliau di Old Trafford juga turut menimbulkan keraguan dengan banyak khabar angin yang menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.
Pemain berusia 24 tahun itu hanya mampu menjaringkan 5 gol sahaja dari 26 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.
Beliau jelas sekali tidak menikmati karier bola sepaknya pada ketika ini, dengan Rashford turut menjadi pemain yang paling teruk dihentam oleh para peminat.
Rooney sempat beraksi bersama Rashford ketika penghujung kariernya di Old Trafford dan beliau sendiri menyerahkan jersi nombor 10 miliknya kepada pemain penyerang itu ketika beliau mahu meninggalkan kelab pada tahun 2017 yang lalu.
Ketika beraksi bersama Rooney, Rashford masih lagi seorang pemain muda yang baru datang dari skuad akademi, dan beliau turut menunjukkan potensi yang sungguh membanggakan.
Pengurus Derby County yang juga bekas pemain United dan pernah menjaringkan 253 gol untuk setan merah itu, mahu Rashford untuk kembali bangkit.
Wayne Rooney ๐ง๐๐๐ก๐ก๐ฎ wants Marcus Rashford to break his Manchester United goal record ๐ฌ pic.twitter.com/Ha94UYQMTa
โ GOAL (@goal) March 28, 2022
Beliau mahu Rashford kembali menjadi pemain yang berpotensi dan mencabar bintang England itu untuk memecahkan rekod jaringan beliau di Old Trafford.
โUntuk dapat rekod itu dan menjadi penjaring terbanyak Manchester United merupakan satu hal yang besar.โ
Jelas Rooney dalam satu temu bual bersama The Sun di acara Black tie di Manchester.
โApa yang saya harapkan adalah Marcus Rashford perlu bangkit dan cuba untuk pecahkan rekod itu. Dia anak Manchester.โ
Dalam temu bual sama, Rooney mendedahkan yang beliau sebenarnya turut memasang cita-cita untuk menjadi pengurus Manchester United satu hari nanti.
Beliau juga dalam temu bual itu turut berbicara tentang sikap bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo dan Rio Ferdinand.
Wayne Rooney offers Marcus Rashford some hard hitting advice and reminds him to focus on breaking his Man Utd goalscoring drought https://t.co/4zQt83rH1J
โ The Sun Football โฝ (@TheSunFootball) March 28, 2022
Rashford sementara itu sudah berjaya menjaringkan 93 gol dari 297 perlawanan untuk Manchester United selepas kejayaan beliau menjaringkan dua gol ketika debutnya bertemu FF Midtjylland pada tahun 2016 yang lalu.
Beliau secara keseluruhannya berjaya menjaringkan 43 gol pada musim 2019/20 dan 2020/21, namun beliau baru tiga kali sahaja diturunkan dalam kesebelasan utama setan merah, dalam saingan Premier League sejak awal tahun 2022 ini.
Kemerosotan prestasi beliau telah menyebabkan namanya disingkirkan dari skuad pilihan Gareth Southgate, dengan Rashford tidak menyertai kem England pada rehat antarabangsa kali ini.
Beliau diketepikan terus dari aksi perlawanan persahabatan bertemu Switzerland dan Ivory Coast di Wembley dan sudah tentu beliau mahu segera bangkit, agar namanya akan disenaraikan untuk skuad Piala Dunia nanti.
Rashford masih mempunyai masa untuk perbaiki kelemahan beliau dan kembali memenangi hati Ralf Rangnick agar beliau boleh beraksi bersama skuad utama semula.
Beliau perlu beraksi dan buktikan kemampuan sebenarnya, dalam usaha untuk mendapat tempat dalam skuad utama The Three Liones.
Sudah tentu impian dan harapan beliau adalah untuk beraksi bersama skuad England, namun andai prestasi beliau tidak berubah maka sukarlah untuk beliau dipanggil sertai skuad The Three Liones.
Wayne Rooney makes Marcus Rashford demand and confirms desire for Manchester United return as manager https://t.co/AKV1hBliRn pic.twitter.com/iQsup7z9Un
โ Leo Media UK (@LeoMediaUK) March 28, 2022
Bukan hanya Rashford, rakan sepasukannya Jadon Sancho dan Jesse Lingard juga kini sedang berusaha untuk mendapat tempat dalam skuad England dan perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian Gareth Southgate.
Sumber: SPORTbible