Rose ‘Tak Sabar’ Bersara Dari Bola Sepak Kerana Masalah Perkauman

Pemain pertahanan Tottenham Hotspurs, Danny Rose berkata beliau sudah tidak sabar untuk bersara dari arena bola sepak kerana kecewa melihat bagaimana pihak berkuasa menangani isu tersebut.

Pemain pertahanan berusia 28 tahun ini berbincang mengenai isu perkauman yang melanda bola sepak buat kali pertama selepas Spurs merakamkan kemenangan selesa 2-0 di tempat sendiri ke atas Crystal Palace kelmarin.

Rose kecewa dengan hukuman yang tidak setimpal dikenakan kepada pihak yang bersalah dalam isu perkauman

Rose yang berada dalam kesebelasan utama perlawanan tersebut, bermain baik untuk membantu Spurs mencatat kemenangan dalam perlawanan yang julung kali diadakan di stadium baru milik kelab tersebut, Tottenham Hotspurs Stadium.

Rose menganggap hukuman yang dikenakan pihak berkuasa ke atas pihak yang bersalah dalam isu perkauman sebagai ‘memalukan’.

Ketika mewakili England menentang Montenegro dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 minggu lalu, Rose turut menjadi mangsa ejekan perkauman dari penyokong lawan.

Mengenai insiden tersebut, Rose berkata beliau sudah mengagak akan menerima ejekan berbaur perkauman dari penyokong Montenegro sebelum perlawanan itu bermula lagi. Walau bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk tidak bercakap mengenai hal itu dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Disebabkan hitam, Rose dihina. Tetapi tahukah mereka, hitam itu menawan dan besor ?

Selain Rose, pemain berkulit hitam England yang lain seperti Callum-Hudson Odoi dan Raheem Sterling turut menjadi mangsa pada malam tersebut.

Rose percaya tiada tindakan yang tegas akan diambil pihak berkuasa untuk menangani masalah perkauman kerana jumlah denda yang dikenakan terhadap pihak yang bersalah hanya ‘sedikit’, menyamai duit yang beliau belanjakan apabila keluar berjimba di malam minggu sekitar bandar London.

“Saya sudah tidak tahan. Buat masa sekarang, saya berkata pada diri sendiri yang saya hanya mempunyai 5 atau 6 tahun lagi dalam bola sepak. Saya sudah tidak sabar untuk melupakan bola sepak kerana tidak tahan melihat tindakan yang diambil bagi menangani isu ini buat masa sekarang.”

“Saya rasa saya hanya ada 5 atau 6 tahun sahaja lagi dan saya mahu menikmati bola sepak sepuas mungkin.”

“Terdapat banyak sangat politik dalam bola sepak dan sejujurnya, saya sudah tidak sabar untuk melupakan bola sepak.”

“Sudah tentu, saya berasa sedih kerana negara yang bersalah hanya didenda jumlah duit yang sama seperti saya belanjakan ketika keluar pada waktu malam di London. Apa yang anda rasa selepas melihat hukuman yang mereka terima tidak begitu berat ?”

Sterling turut menjadi mangsa

“Anda dapat lihat pengurus saya [Mauricio Pochettino] didenda dua perlawanan kerana berkelakuan aggresif terhadap pengadil Mike Dean.”

“Tetapi negara yang bersalah dalam isu perkauman hanya dikenakan denda jumlah duit yang sedikit. Ia merupakan hukuman yang cukup memalukan.”

“Itulah keadaaan bola sepak sekarang. Selagi tiada hukuman berat dikenakan, saya rasa tiada perubahan yang akan berlaku.”

BACA:  Pochettino: Piala FA Sahaja Tidak Akan Bawa Tottenham Ke Mana-Mana