Son Dakwa Harry Kane Adalah Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini

Pemain tengah Tottenham Hotspurs, Son Heung-Min mendakwa Harry Kane adalah pemain terbaik dunia ketika ini dan berada di kemuncak prestasi.

Pemain antarabangsa England itu meneruskan prestasi cemerlangnya musim lepas dan telah menjaringkan 24 gol dalam Liga Perdana Inggeris. Hanya Mohamed Salah sahaja menjaringkan lebih banyak gol daripada beliau musim ini.

Kenyataan berani mati daripada Son berkenaan Harry Kane. Adakah Messi dan Ronaldo sekadar bermain congkak musim ini?

Kane berdepan tugas sukar untuk meraih Anugerah Kasut Emas buat kali ke-3 berturut-turut disebabkan prestasi luar biasa yang dipamerkan Salah bersama Liverpool.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino kerap kali menggambarkan Kane sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia tetapi rakan sepasukannya, Son meletakkan Kane di tahap yang lebih tinggi dari itu.

“Sudah pasti Harry Kane adalah pemain yang sangat penting buat England kerana beliau adalah pemain terbaik dunia ketika ini.” Ujar Son ketika ditemuramah Skysports.

Kane kini sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan lutut yang dialaminya ketika perlawanan menentang Bournemouth tempoh hari. Spurs menang 4-1 perlawanan tersebut dengan Son menjaringkan dua gol. Kane hanya mampu bertahan selama 34 minit sahaja sebelum digantikan oleh Erik Lamela.

Perlu menjalani PLKN selama dua tahun sebelum 28 tahun. Fuhh

Walaupun Spurs bakal bermain tanpa khidmat Kane untuk beberapa minggu yang akan datang, pemain antarabangsa Korea Selatan ini percaya Tottenham masih mampu mencatatkan kemenangan kerana pemain lain mampu menggalas tugas Kane untuk menjaringkan gol.

“Ini adalah bolasepak, jadi kadang kala anda akan mengalami kecederaan. Bagi Tottenham pula, kami akan bermain tanpa khidmat Kane. Kami berasa sedih dengan ketiadaan Kane tetapi pemain lain bersedia untuk memikul tanggaungjawab yang ditinggalkan Kane.”

“Saya bukan pemain yang sama seperti Kane. Saya cuma menjalani latihan setiap hari untuk menjadi pemain yang lebih baik. Tetapi sekarang adalah peluang terbaik saya untuk membantu pasukan mencipta kemenangan.”

“Banyak perkara yang telah saya buktikan sepanjang 2 tahun setengah saya bermain untuk Tottenham Hotspurs. Saya berasa teruja dapat bermain dengan kelab ini  dan gembira pada masa yang sama kerana pasukan ini bekerja cukup keras. Ini adalah perkara yang saya mahu lihat dalam pasukan saya.”

Apabila ditanya adakah beliau melihat masa depannya bersama kelab lain pada masa hadapan, Son berkata beliau bersedia untuk terus kekal lebih lama di White Hart Lane.

Khudrat Son ditagih Spurs sepanjang ketiadaan Kane

“Saya sudah bermain bersama Tottenham Hotspurs selama hampir 3 tahun. Saya telah buktikan banyak perkara dan menikmati pengalaman ini dari hari ke hari.”

Dalam perkembangan lain pula, peminat Spurs mungkin terpaksa melupakan khidmat Son sehingga dua tahun sekiranya pemain tersebut dipanggil untuk menjalani khidmat ketenteraan yang diwajibkan ke atas setiap rakyat Korea Selatan.

Menurut undang-undang, setiap lelaki dewasa Korea Selatan perlu menjalani latihan tersebut sebelum berumur 28 tahun atau berdepan tindakan undang-undang. Tetapi kerajaan Korea Selatan memberi pengecualian kepada atlet yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang di pentas antarabangsa, seperti yang berlaku ke atas Park Ji-Sung yang dikecualikan kerana membantu negaranya menduduki tangga ke-4 pada Piala Dunia 2002.

BACA:  Premier League 2021/22: Tottenham 2-2 Liverpool