Roy Hodgson Pernah Salah Jual Pemain Kerana Keliru Dengan Nama Ketika Kendali Liverpool

Roy Hodgson secara tidak sengaja pernah menjual pemain yang salah ketika masih bergelar pengurus Liverpool.

Hodgson kini berusia 76 tahun pernah mengendalikan beberapa kelab di Itali dan England, dan kini dianggap sebagai antara pengurus veteran di dalam bola sepak Inggeris.

Walaupun demikian tempoh di Anfield dianggap antara yang mengecewakan sepanjang kariernya. Hosgson bergelar pengurus Liverpool tidak sampai semusim dan meninggalkan kelab Merseyside itu secara persetujuan bersama – ketika Liverpool hanya empat mata daripada zon penyingkiran.

Walaupun hanya beberapa bulan, Hodgson telah melakukan beberapa kepitisan meragukan termasuk menjual pemain yang salah.

Kisahnya bermuka ketika Hodgson mahu membawa masuk Paul Konchesky yang pernah bermain di bawah kendaliannya ketika masih bersama Fulham di jendela perpindahan musim panas.

Perjanjian untuk membawa Konchesky ke Anfield menyaksikan dua pemain, Lauri Dalla Vale dan Alexander Kacaniklic menjadi sebahagian daripada urusniaga tersebut dengan berpindah ke Fulham.

Namun demikian Kacaniklic mendedahkan Hodgson sebenarnya menjual ‘Alex’ yang salah. Dan ketika menyedarinya, segala-galanya sudah terlambat buat Hodgson untuk melakukan sebarang perubahan.

Bercakap kepada Liverpool Echo baru-baru ini, Kacaniklic berkata: “Agak sukar untuk Liverpool menggantikan saya.

“Di dalam kepalanya, dia ingat dia telah menggantikan Alex yang lain untuk mendapatkan Konchesky. Tetapi ia sudah terlambat. Ia amat melucukan.

“Kemudian dia datang kepada saya dan berkata pintu di Liverpool sentiasa terbuka untuk saya kembali. Awak fikir apa perasaan saya?

“Dan pada ketika itu saya sudah mengubah fikiran dan bersedia sepenuhnya untuk menyertai Fulham.”

Hodgson bagaimanapun bernasib baik kerana Kacaniklic tidaklah menjadi pemain bintang selepas meninggalkan Liverpool. Pemain Sweden itu melakukan 100 penampilan untuk Fuljam di Premier League dan Championship, dan sempat menjaringkan 11 gol sepanjang tempoh itu.

Kacaniklic kemudiannya melalui tempoh pinjaman yang kurang memberangsankan bersama Watford dan Burnley sebelum berhijrah menyertai Nantes secara percuna pada 2016 di mana beliau gagal menjaringkan gol sepanjang tiga musim bersama kelab Perancis itu.

Pemain sayap itu kini beraksi bersama kelab Cyprus, AEL Limassol dan beraksi 21 kali untuk negaranya.

BACA:  Jurgen Klopp Berbangga Dengan Persembahan Skuad Depth Liverpool