Ruben Dias Pamer Taktik Bertahan Diluar Akal Fikiran

Pemain pertahanan tengah Manchester City, Ruben Dias telah mempamerkan satu taktik bertahan diluar akal fikiran manusia dan sangat menakjubkan ketika menentang Leeds United.

Skuad kendalian Pep Guardiola telah mengutip tiga mata di Etihad apabila gol Phil Foden, Jack Grealish, Kevin De Bruyne [2], Riyad Mahrez, John Stones dan Nathan Ake memastikan kemenangan 7-0.

The Blues jarang menghadapi masalah apabila menentang pasukan Marcelo Bielsa, yang hanya berada lima mata di atas zon penyingkiran di tempat ke-16 selepas permulaan musim yang buruk.

Sementara itu, City melebarkan kedudukkan di puncak Liga Perdana kepada empat mata, meraih satu lagi clean sheet hasil usaha Aymeric Laporte, John Stones dan Nathan Ake.

Ruben Dias juga mempamerkan aksi yang mantap, walaupun telah menunjukkan satu taktik bertahan yang agak pelik ketika mendahului 3-0 dam hasilnya usahanya itu telah menjadi viral.

Seperti yang anda boleh lihat dalam rakaman video, pertahanan tengah Portugis itu berjaya menghalang hantaran lintang masuk daripada Junior Firpo.

Bola itu kemudiannya sampai kepada Jack Harrison, yang terus berusahaa untuk mencari rakan di dalam kotak Man City namun buntu kerana kaedah pertahanan Dias yang luar biasa.

Terkelu seketika Jack Harruson melihat Ruben Dias merebahkan badan seperti mahu melakukan tekan tubi.

Semua tahu bahawa Ruben Dias tidak pernah kekurangan keyakinan. Awal tahun ini, dia mempamerkan kepercayaan luar biasa terhadap kemampuannya sendiri dengan mendakwa dirinya sendiri sebagai pemain pertahanan Portugal terbaik sepanjang zaman.

“Bolehkah saya?” bekas bek tengah Benfica itu menjawab apabila ditanya di saluran YouTube rasmi Liga Perdana siapakah pemain pertahanan terbaik Portugal.

“Ya,” jawab yang bertanya. “Kalau begitu sayalah.”

Dia kemudian ditanya tentang pertahanan Chelsea, Ricardo Carvalho, yang menikmati kerjaya sarat trofi sepanjang tempohnya di Stamford Bridge. “Dia juga hebat,” kata Dias. “Tetapi untuk menjadi lebih baik anda perlu mempercayainya terlebih dahulu.”

Manchester City 7-0 Leeds United

Manchester City berpesta gol apabila telah berpesta gol dengan membelasah Leeds United dengan tujuh jaringan tanpa balas, benar 7-0. Apa sudah jadi dengan Leeds United.

Agak kurang ajar Pep Guardiola apabila telah memalukan Tuan Gurunya sendiri Marcelo Bielsa sedemikian rupa. Terus bagi tujuh gol nak dapatkan tiga mata je kot.

Pep Guardiola dan Marcelo Bielsa yang mempunyai hubungan mentor-mentee memerhati dengan emosi yang berbeza dari garisan tepi padang ketika City memberi kekalahan terbesar yang pernah dialami Leeds di Premier League.

Kekalahan besar bolos tujuh gol ini adalah kejadian yang pertama kali dialami oleh Bielsa sepanjang karierinya sebagai seorang jurulatih.

Pemain perancang genius Manchester City, Kevin de Bryune telah menjaringkan dua gol penuh bergaya lagi cemerlang dalam perlawanan ini. Meroket perginya.

Manchester City di bawah bimbingan Guardiola begitu sensasi, dengan Phil Foden, Jack Grealish, Riyad Mahrez, John Stones dan Nathan Ake menyertai De Bruyne dalam senarai penjaring.

Dengan pesta gol ini Manchester City telah pun melepasi angka 500 gol dalam Premier League di bawah bimbingan pengurus dari Sepanyol itu.

Pilihan gol terbaik adalah gol kedua Kevin De Bruyne dan gol kelima Manchester City dari juga dari De Bruyne, apabila peluru berpandu dari darat ditembak ke udara dari jarak 25 ela.

Rembatan meroket Kevin De Bryune membuatkan penjaga gol Leeds United, Illan Meslier tidak berdaya, City melonjak empat mata di hadapan Liverpool di tangga teratas liga.

Phil Foden pemain muda bernilai tinggi menjaringkan gol pembukaan kepada sebuah pesta pada minit kelapan apabila menjaringkan gol dari luar kotak penalti. Gol tersebut berpunca daripada aksi solo pemain tengah, Rodri, yang telah menggelecek beberapa pemain Leeds, dan berjaya masuk ke kotak penalti pasukan lawan.

Ketika dia mahu melakukan cubaan, Illan Meslier lebih terlebih dahulu berjaya menampan bola dan jatuh ke hadapan Foden. Dengan first timer yang bagus, Foden menyepak bola secara bergelembung ke arah gol Leeds.

Pemain Leeds, Stuart Dallas, yang berada di hadapan gol cuba menahan bola tersebut tetapi keliru dengan hala tuju bola sepakan Foden lalu menyebabkan dia sedikit terpele’ot.

Selepas itu , Bernardo Silva berpeluang menggandakan kedudukan apabila dia telah berjaya melepasi pemain Leeds United, namun dia memilih untuk membazirkan peluang gol terbuka.

Leeds berada dalam keadaan kucar-kacir dan ketinggalan 2-0 dalam masa 13 minit apabila Jack Grealish menanduk masuk hantaran lintang Riyad Mahrez dari kanan – jaringan tandukan pertamanya dalam karier di Premier League.

De Bruyne menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-32, penyudah berkelas dunia dengan kaki kirinya berpunca daripada hantaran lolos penuh berseni Rodri.

Foden kemudiannya merembat keluar di tepi tiang kanan ketika Meslier sudah berjaya ditewaskan, sebelum satu lagi rembatan dihalang oleh Luke Ayling, ketika City terus cuba meningkatkan perbezaan gol mereka.

Sudah penat melakukan assist, Mahrez akhirnya berjaya memberikan City gol keempat pada minit ke-49. Mahrez yang menerima bola daripada Gundogan, berhadapan dengan dua pertahanan Leeds.

Jika pemain lain mungkin sudah kelam kabut dan tidak pasti apakah yang perlu dilakukan, tetapi Mahrez dengan tenang cuba melakukan placing dan bola terkena kaki pemain Leeds lalu bergolek meleleh masuk gol dalam gol.

Foden menjaringkan gol kelima dengan menolak masuk hantaran daripada Mahrez tetapi berada dalam kedudukan ofsaid; bagaimanapun, gol kelima City tiba dengan jelas pada minit ke-62 apabila De Bruyne merembat tinggi dan tampan ke dalam jaring dari jarak jauh.

Gundogan sekali lagi mencipta nama sebagai pembantu penjaring gol apabila dia dengan bijak menarik beberapa pemain Leeds untuk mengepungnya. Apabila dia menjadi tumpuan, dengan bijak dia menolak bola kepada De Bruyne yang tidak dikawal.

Dengan ruang yang terbuka luas, De Bruyne melepaskan satu rembatan bagaikan penembak tepat menarik picu senapang. Sepakan kencang kaki kirinya itu telah membuatkan bola pergi tepat ke penjuru gol Leeds, sehingga menggegarkan gol pasukan  lawan.

Nasib baik jaring tu tak koyak.

Stones menyelar gol keenam dan rakan pertahanan Ake menanduk gol ketujuh ketika City mengatasi pelawat yang berputus asa.

Kemenangan ini meletakkan City kekal di puncak liga dengan 41 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat Liverpool yang kurang satu perlawanan. City akan meneruskan fasa sibuk Liga Perdana Inggeris ini dengan menentang Newcastle pada 19 Disember nanti.

BACA:  Peminat Percaya Perancangan Pep Mula Rosak Selepas Beliau Menonton Rakaman Temu Bual Carlo Ancelotti