Safee Sali Pemain Terbaru Tinggalkan Singa Utara

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan mengenai masa depan bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali yang kini menyarung jersi kuning di negeri Perlis Indera Kayangan.

Safee yang pernah menyarung jersi Selangor, PKNS dan Johor Darul Takzim sebelum ini akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Perlis selepas berdepan masalah tunggakan gaji yang kini memasuki 2 bulan.

Safee akhirnya angkat kaki gara-gara masalah gaji

Safee dikhabarkan telah menerima tawaran sebuah pasukan Liga Super yang berpengkalan di Lembah Klang tetapi identiti pasukan tersebut masih lagi dirahsiakan setakat ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Safee ketika ditemui pada sesi latihan bersama Perlis di Universiti Malaya (UM) hari ini, apabila dia mengucapkan salam terakhir kepada pemain Singa Utara sebelum meninggalkan pasukan berkenaan.

Safee berkata keputusan itu dibuat dengan berat hati selepas berbincang dengan ahli keluarganya demi kelangsungan hidup dan karier bola sepaknya.

“Saya tidak boleh buat sebarang penjelasan secara terperinci namun apa yang boleh sahkan akan bermain untuk pasukan lain sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain berakhir,” katanya, ketika ditemui selepas tamat sesi latihan pasukan Perlis di UM, hari ini.

Jodoh tidak kekal lama. Mungkin lebih ramai pemain yang akan menysul selepas ini

Mengikut terma dalam kontrak Safee bersama Perlis, beliau boleh meninggalkan Perlis tanpa sebarang halangan sekiranya pasukan tersebut gagal membayar gaji selama dua bulan berturut-turut.

Dedahnya lagi, sejak menyertai Perlis pada Disember tahun lalu, beliau masih belum menerima sebarang bayaran gaji daripada pasukan tersebut.

Safee turut mendedahkan dirinya masih lagi ‘laku’ dalam pasaran bola sepak Malaysia dimana beliau menerima 5 tawaran dari pasukan ternama selepas mengetahui beliau berdepan masalah gaji dengan Perlis.

“Saya boleh katakan Safee masih lagi laku apabila ada banyak pihak termasuklah pasukan Selangor, PJ City, Kelantan dan UiTM yang menyatakan minat serta kesediaan untuk mengambil saya.

“Namun, saya perlulah menghormati kontrak ketika bersama Perlis dan tidak boleh mengambil sebarang keputusan terburu-buru,”katanya.

Terbaru, Safee telah memuat naik satu kenyataan di laman rasmi Facebook beliau untuk mengesahkan yang beliau akan meninggalkan Perlis dengan serta merta.

Sya sudah buat keputusan utk tidak bersama dgn Perlis lagi.. Segala yg sya curah kan dgn ikhlas mmg tidak ada makna nya bagi pihak pengurusan..

Pemain dan staff kejurulatihan dah bagi yg terbaik samada dlm latihan mahupun dlm perlawanan.. Syg mmg syg tapi keputusan sya tekad demi memberi pengajaran kpd pengurusan yg tidak berperikemanusiaan dan tidak ada hati perut..

Dah byk pengorbanan pihak jurulatih dan staff lakukan.. Mungkin ini jalan yg terbaik buat masa sekarang.. Kita hanya boleh merancang tapi mmg pasti Allah yg tentukan segala nya.. Selamat tinggal Kuning Biru..

Terima kasih banyak2 atas semua kenangan ???????1️⃣0️⃣

#ssten #supersafee #theonlyone #nikeMy #extrapowerroot #zurichmalaysia #EatRightToPlayRight #keepfit #keepfight #keepsmile #keepcalm #enjoyinglife #2019

BACA:  6 Sebab Kenapa Malaysia Mesti Menewaskan Timor Leste Dan Palestin Dalam Kelayakan Piala Dunia