Saint Maximin Bakal Diberikan Peranan Baru

Penyerang Newcastle, Allan Saint Maximin bakal digunakan sebagai penyerang tunggal dalam aksi pertemuan bertemu Watford dalam saingan Premier League minggu ini.

Menurut Newcastle World Journalist, Liam Kennedy, Saint Maximin bakal diberikan peranan baru dan ia dijangka bakal memberikan impak yang positif untuk skuad.

Pemain berusia 24 tahun itu telah bermain dalam setiap minit dari kesemua lima perlawanan awal mereka dalam saingan Premier League musim ini.

Newcastle memulakan saingan musim ini dengan menggandingkan dua penyerang iaitu Saint Maximin dan Callum Wilson.

Walau bagaimanapun, bekas pemain Bournemouth itu ketika ini terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Dalam dua perlawanan liga terakhir mereka, beliau bermain di hadapan dengan formasi 5-4-1, dan beliau turut mendapat sokongan yang baik dari pemain sayap, Miguel Almiron dan Joelinton.

Walau bagaimanapun, Kennedy merasakan yang Steve Bruce bakal mencuba sesuatu yang baru pada minggu ini, dengan meletakkan Saint Maximin sebagai penyerang tunggal.

Apa yang Kennedy katakan tentang kebarangkalian peranan baru Saint Maximin?

Kennedy percaya yang Bruce bakal tidak akan menggunakan sistem lima pertahanan lagi dan akan ubahnya kepada sistem baru 4-2-3-1.

Dengan menggunakan sistem baru, Saint Maximin akan diberikan kepercayaan penuh untuk bermain di peranan No. 9.

Bercakap tentang isu tersebut, beliau mendedahkan kepada GIVEMESPORT bahawa:

“Saya jangka dia akan bermain sebagai penyerang dalam sistem 4-2-3-1 esok, yang mana ia akan membenarkan dia untuk bergerak ke tengah, kiri, kanan.”

Adakah ini bakal jadi langkah yang bijak dari Bruce?

Tidak keterlaluan untuk katakan yang taktik yang digunakan oleh Bruce sepanjang musim ini tidak begitu menjadi, jadi agak masuk akal untuk beliau mencuba sesuatu yang baru.

Newcastle sepanjang musim ini dari lima perlawanan awal, mereka gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan dan mereka tentunya tidak mahu ia berterusan.

Keadaan semakin teruk kerana Newcastle ketika ini sudah berada di zon penyingkiran dan hanya kemenangan yang bakal membawa mereka keluar dari zon tersebut.

Dengan menggunakan Saint Maximin sebagai penyerang tunggal, ia bakal membawa perubahan yang besar untuk jentera serangan Newcastle.

Saint Maximin merupakan seorang penyerang yang mempunyai kepantasan yang sungguh luar biasa menakjubkan dan beliau sudah membuktikannya pada musim ini.

Beliau sudah berjaya menjaringkan dua gol dan turut mencatatkan dua assists dari lima perlawanan awal dalam saingan liga, walaupun Newcastle masih belum mencatatkan sebarang kemenangan.

Kennedy turut menjelaskan yang keputusan tersebut bakal memberi kelebihan kepada Saint Maximin untuk bergerak bebas dan akan lebih kerap memegang bola dan ia merupakan satu hal yang baik untuk Newcastle.

Walau bagaimanapun, akan ada kebarangkalian untuk timbulnya masalah ketika beliau bermain di posisi tersebut.

Pernah berlaku pada musim ini, ketika Saint Maximin bergerak terlalu pantas, rakan sepasukannya gagal untuk mengikuti tempo permainan beliau.

Namun satu hal yang positif, jika beliau diberi peranan lebih bebas, maka beliau bakal mampu untuk menyudahkan gerakan yang beliau sendiri mulakan dan ia bakal menghasilkan sesuatu yang lebih positif.

Sumber: GMS

BACA:  Saint-Maximin Yakin Beliau Mampu Memenangi Anugerah Ballon D'or Satu Hari Nanti