Mohamed Salah sangat tidak bernasib baik selepas beliau menjadi mangsa obsesi dunia bola sepak terhadap perseteruan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Hal ini dibangkitkan sendiri oleh Alan Shearer yang merasakan Salah sepatutnya lebih dihargai berbanding apa yang beliau terima pada ketika ini.
Legenda Premier League itu percaya yang kejayaan berpanjangan duo terhebat sepanjang zaman itu telah memadam kesempatan untuk Salah
memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini.
Mo Salah told he is being affected by Lionel Messi and Cristiano Ronaldo "obsession"https://t.co/wchGGNRQb4 pic.twitter.com/gQzQWXWaml
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 9, 2021
Anugerah Ballon D’or 2021 telah berjaya dimenangi oleh Lionel Messi pada minggu lalu, dengan bintang Argentina itu kini sudah memenangi tujuh koleksi bola emas dalam kabinet miliknya.
Beliau mendedahkan kepada The Athletic bahawa:
“Mohamed Salah merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini. Penjaring terhebat dan pemain terbaik. Titik.”
“Pemain cilik hebat itu melakukan rutin beliau dalam saingan liga terhebat di dunia dan beliau lakukan itu bertemu pasukan terbaik serta dalam perlawanan terbesar. Setiap minggu, setiap tahun, Salah menunjukkan magis dia.”
“Bagaimana dia boleh berada di kedudukan ketujuh dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or baru-baru ini adalah kerana semua orang yang mengundi itu. Memang ada Obsesi terhadap Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, yang mana ia sangat difahami selepas melihat bagaimana dominan mereka dalam bola sepak modern.”
Alan Shearer has been left dumbfounded by the Ballon d’Or standings. The Englishman has claimed that 'best-in-the-world' Mohamed Salah should’ve finished ahead of Lionel Messi and Cristiano Ronaldo. https://t.co/foebKwgLZg
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) December 9, 2021
“Tapi jika kamu beri pilihan kepada saya untuk pilih mana-mana pemain dalam pasukan saya, saya akan pilih Salah.”
Salah jelas sekali sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan beliau juga merupakan nadi penting untuk skuad The Reds di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Terdapat pelbagai spekulasi berkait masa hadapan beliau bersama kelab pada ketika ini, dengan Salah sehingga kini masih belum menandatangani kontrak baru di Anfield.
Salah walau bagaimanapun menegaskan yang beliau mahu terus kekal bersama Liverpool sehingga penghujung kariernya, namun semuanya terletak di tangan pimpinan kelab.
Pemain berusia 29 tahun itu pada ketika ini mahu memberi sepenuh perhatian beliau untuk meledak lebih banyak gol dalam usahanya untuk mencipta sejarah baru dalam kariernya.
A Premier League legend says he would take Egypt and Liverpool star Mohamed Salah over Lionel Messi and Cristiano Ronaldo. #SLInt
MORE: https://t.co/Ncm26ijqAB pic.twitter.com/01xRzLrfH9
— Soccer Laduma (@Soccer_Laduma) December 10, 2021
AFCON Bakal ganggu harapan untuk Salah pecahkan rekod legenda Man United
Mohamed Salah telah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, selepas meledak gol untuk Liverpool ketika bertemu Milan semalam.
The Egyptian King itu sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dengan beliau kini sudah berjaya meledak 20 gol untuk The Reds.
Dengan pencapaian itu, beliau berjaya meletakkan diri bersama tiga lagi legenda kelab yang pernah menjaringkan 20 gol ke atas dari semua pertandingan selama lima musim berturut-turut.
Most #UCL goals scored for English teams:
Aguero: 36
Drogba: 36
Van Nistelrooy: 35
Thierry Henry: 35
Mo Salah: 33He’s coming for another record. 🔥 pic.twitter.com/OTvV2FR8j7
— Watch LFC (@Watch_LFC) December 7, 2021
Ian Rush, Roger Hunt dan Gordon Hodgson merupakan tiga legenda yang pernah mencatatkan rekod yang cemerlang itu sebelum Mo Salah.
Salah tetap diturunkan bersama skuad simpanan Liverpool bertemu AC Milan di San Siro, dek kerana beliau mahu menambah baik rekod jaringannya sepanjang musim ini.
Hasilnya beliau dan Divock Origi berjaya menjaringkan gol untuk membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan AC Milan dalam perlawanan tersebut.
Juara enam kali gelaran Champions League, Liverpool juga secara tidak langsung mencipta rekod baru sebagai pasukan Inggeris pertama yang layak ke pusingan kalah mati dengan rekod enam kemenangan di peringkat kumpulan.
Africa Cup of Nations could stop Premier League and Champions League goal machine Mohamed Salah reaching Ruud van Nistelrooy’s Manchester United record with Liverpool star just 24 strikes away https://t.co/oYRodPNeC3 pic.twitter.com/FIAAtmAIud
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) December 8, 2021
Nombor enam memang nombor magis untuk skuad kendalian Jurgen Klopp pada ketika ini, dengan mereka juga berjaya mencatatkan kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
Salah tidak diragukan lagi sememangnya menjadi kunci sebalik kejayaan Liverpool pada ketika ini, namun The Reds selepas ini perlu bersedia untuk beraksi tanpa bintang Mesir itu.
Liverpool akan kehilangan Mo Salah, Sadio Mane dan Naby Keita pada 9 Januari ini yang akan menyertai saingan Piala Benua Afrika.
Seandainya Salah berjaya memimpin Egypt hingga ke aksi perlawanan akhir, ia bermaksud Liverpool akan turun tanpa bintang utama mereka itu untuk tempoh satu bulan.
Satu bulan sebenarnya satu tempoh yang sangat panjang untuk skuad Liverpool, apa lagi ketika mereka sedang mencabar kejuaraan liga.
Comparing Salah’s Liverpool record with Van Nistelrooy’s at Man Utd https://t.co/mTH8ApCjNM
— SportNews365 (@Shpetim21816405) December 5, 2021
Selain Liverpool yang akan berdepan kesukaran beraksi tanpa Salah, pemain kebangsaan Mesir itu sendiri juga sebenarnya sedikit terganggu dengan hal ini.
Beliau pada ketika ini sedang dalam usahanya untuk memecahkan rekod yang dicipta oleh bintang Manchester United, Ruud Van Nistelrooy yang pernah merekodkan 44 gol satu musim dalam semua pertandingan.
Legenda Manchester United itu mencipta rekod tersebut pada musim 2002/03 dan rekod 44 gol satu musim dalam semua pertandingan kekal tidak dipecahkan oleh mana-mana pemain dalam saingan Premier League sehingga ke hari ini.
Mohamed Salah pada ketika ini sedang sangat berpotensi untuk memecahkan rekod tersebut, dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 20 gol sebelum masuk bulan Januari.
Namun AFCON berkemungkinan akan sedikit menjejaskan peluang untuk Mo Salah memecahkan rekod tersebut, namun tidak akan mengejutkan andai beliau tetap mampu memecahkan rekod itu walau tidak beraksi selama satu bulan bersama Liverpool.
Africa Cup of Nations could stop Premier League and Champions League goal machine Mohamed Salah reaching Ruud van Nistelrooy’s Manchester United record with Liverpool star just 24 strikes away https://t.co/fXMExcbiz9
— Sports Informer (@Sportsinformer3) December 8, 2021
Hal ini kerana Salah sangat konsisten menjaringkan gol untuk Liverpool dan ketajaman penyudah yang beliau tunjukkan pada ketika ini tidak boleh dipertikaikan kehebatannya.
Kualiti penyudah yang beliau ada teramat menakjubkan dan kerana itulah beliau dianggap pemain paling berprestasi dalam dunia bola sepak hari ini.
Musim ini sahaja Mohamed Salah telah memecahkan begitu banyak rekod dalam saingan Premier League dan beliau pada ketika ini antara pemain yang paling banyak memegang rekod-rekod besar di pentas bola sepak Inggeris dan Eropah.
Comparing Salah’s Liverpool record with Van Nistelrooy’s at Man Utd https://t.co/pbEWc2q7h3
— PostX News (@xpostnews) December 5, 2021
Hal ini mengukuhkan lagi kedudukan Salah untuk terus dikenang sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dalam saingan Premier League.
Sumber: SPORTbible