Jadon Sancho kini tidak dibenarkan untuk menggunakan semua kemudahan yang disediakan khas untuk skuad utama Manchester United di Pusat Latihan Carrington susulan ketegangan di antara pemain itu dengan pengurus pasukan Erik ten Hag.
Pemain sayap tersebut digugurkan daripada skuad utama United oleh Ten Hag setelah dia bertegas untuk tidak memohon maaf atas kenyataan terbuka di media sosial menentang kenyataan pengurus dari Belanda itu.
Sancho mendakwa dirinya telah dijadikan kambing hitam sejak sekian lama setelah digugurkan daripada skuad United yang tewas 3-1 kepada Arsenal pada awal September ini.
Sejak daripada itu Sancho terpaksa menyertai latihan skuad akademi dan kekeruhan hubungan pemai berusia 23 tahun dengan pengurusnya itu semakin buruk apabila kini tidak dibenarkan langsung menggunakan semua kemudahan skuad utama, termasuk bilik makan pasukan.
🚨 Jadon Sancho has been banned from all first team facilities, including the team dining room. He is unhappy with that decision, but is still refusing to apologise. [@DiscoMirror] #mufc pic.twitter.com/RbedLZXoBe
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) September 25, 2023
Tatkala kesemua pemain United duduk makan bersama selepas dan sebelum sesi latihan, Sancho pula terpaksa makan bersama skuad akademi sebagai hukuman.
Tindakan terbaru Ten Hag ini dikatakan sangat tidak disenangi oleh Sancho. Pemain itu kekal enggan memohon maaf dan tidak kisah menebalkan muka duduk makan bersama pemain akademi.
Ketegasan Ten Hag dalam isu berkaitan disiplin bermakna Sancho tidak akan kembali beraksi bersama United selagi pemain itu berdegil enggan mengaku kesalahan dan memohon maaf.
Sancho pula pada masa ini terus menjarakkan diri daripada rakan sepasukan skuad utama dan kakitangan lain dan enggan menyelesaikan isu tersebut.
🚨 Erik Ten Hag has banished Jadon Sancho from all first-team facilities at Manchester United – including the dining room. ❌
The manager has issued an ultimatum if he wants to return. 😠
He is unhappy with that decision, but is still refusing to apologise.
(Source:… pic.twitter.com/Kg5YbEkMTN
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 25, 2023
Ini bermakna persengketaan di antara Sancho dan Ten Hag masih berlarutan tanpa tarikh pasti bila ianya akan selesai.
Media di UK sebelum ini mendedahkan bagaimana sikap Sancho yang mengudang krisis kerana sering lambat hadir ke sesi latihan pasukan.
Perkara itu dilaporkan turut berlaku ketika Sancho bersama skuad England, dan sikap lewanya itu turut tidak disenangi oleh pasukan kejurulatihan Gareth Southgate.
Ten Hag adalah pengurus yang sentiasa tegas mengenai perkara berkaitan disiplin pemain. Walaupun kekurangan pemain di posisi sayap kanan, jurulatih itu masih tidak teragak-agak menyingkirkan Sancho.
Pada masa ini Ten Hag dan United hanya memiliki Facundo Pellistri di posisi tersebut apabila Antony turut dicutikan untuk menyelesaikan dakwaan di luar padang dan Mason Greenwood kini dipinjamkan ke Getafe.
Seorang lagi pemain muda berpotensi Amad Diallo pula kini sedang berehat panjang akibat kecederaan.